
‘Jangan Guna Isu OKU Sebagai Bahan Konten Affiliate, Boleh Beri Kesan Emosi’ – Influencer Cerebral Palsy
Menurut pempengaruh OKU, Zulfaqar Aslam, perbuatan menunggang isu OKU sangat tidak wajar kerana ia boleh memberi kesan kepada emosi seseorang terutamanya golongan itu sendiri.
- Zulfaqar Aslam Zulkefli, a Cerebral Palsy influencer, warned that using OKU issues for affiliate content can cause emotional harm to affected individuals and their families.
- Within one month, two separate posts on Threads exploited OKU related issues, ending with affiliate links, showing a growing irresponsible trend among affiliate sellers.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, pempengaruh Orang Kurang Upaya (OKU), Zulfaqar Aslam Zulkefli menerusi hantaran di laman Threads telah tampil menegur sikap segelintir peniaga affiliate (afiliasi) yang bertindak menghina dan memperendahkan golongan OKU demi mempromosikan pautan affiliate.
Dua Posting Jadikan Golongan OKU Sebagai Konten Demi Promosi Link Affiliate
Menurutnya dalam masa sebulan sahaja, dia telah melihat dua hantaran berbeza yang menunggang isu OKU demi keuntungan.
Menerusi tangkap layar yang dikongsi, kelihatan seorang individu menghina seorang pengguna kerusi roda yang mahu menggunakan lif di sebuah stesen LRT (Transit Aliran Ringan).
Satu lagi hantaran pula mendiskriminasi golongan autisme yang keluar berjalan-jalan di tempat awam.
Namun akhirnya? Kedua-dua hantaran diakhiri dengan pautan link affiliate.
Tunggang Isu OKU Demi Klik Pada Link Affiliate Boleh Beri Kesan Emosi Kepada Banyak Pihak
Tegas Aslam yang menghidap Celebral Palsy sejak lahir, perbuatan itu sangat tidak wajar kerana ia boleh memberi kesan kepada emosi seseorang terutamanya golongan OKU sendiri.
“Semakin lama, semakin banyak pihak guna isu OKU untuk konten dan jualan affiliate. Dalam sebulan sahaja, dah ada dua posting yang saya nampak mempergunakan isu OKU dengan cara yang sama.
“Benda macam ni bukan sahaja tak wajar, tapi boleh beri kesan kepada emosi golongan OKU sendiri, termasuk ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak OKU. Konten macam ini mungkin nampak biasa, tapi boleh memberi kesan kepada orang yang terlibat,” katanya.
View on Threads
“Jangan Jadikan OKU Sebagai Konten” – Aslam
Mahu perkara itu dihentikan serta-merta, Aslam di ruangan balas sekali lagi menegur peniaga affiliate agar tidak sesekali menggunakan gelaran atau isu melibatkan OKU untuk kepentingan diri sendiri.
“Jangan jadikan isu OKU sebagai bahan konten semata-mata. Gunakan pengaruh dengan tanggungjawab bukan untuk kepentingan sendiri,” kata graduan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu.
Baca Artikel Berkaitan: Kekurangan Bukan Alasan Untuk Berjaya, Ramai Bangga Lihat Graduan OKU UniSZA Tamat Belajar [Video]
Ramai Peniaga Sanggup Reka Cerita Palsu & Tularkan Isu Lama Untuk ‘Pancing’ Orang Ramai Tekan Link Affiliate
Buat yang tidak tahu, sesetengah peniaga affiliate sanggup menularkan isu-isu lama, ataupun lebih teruk membuat cerita palsu bagi ‘memancing’ pengguna media sosial untuk menekan pautan khas affiliate bagi mempromosi sesuatu produk atau servis.
Dalam konteks ini, mereka menunggang isu-isu melibatkan golongan OKU. Trend tersebut dilihat semakin berleluasa di laman Threads.
Baca Artikel Berkaitan: “Jadilah Affiliate Yang Jujur” – Trend ‘Pancing’ Netizen Klik Link Kononnya Konten Viral Buat Ramai Bengang
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecam Geng Affiliate, Letak Foto Scan Bayi & Reka Cerita Konon Anak OKU Demi Promote Link
“Berkat Ke Macam Ni?” – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bengang dengan sikap sesetengah peniaga affiliate yang tidak menjaga sensitiviti masyarakat di Malaysia ini.
“Nak viral cara mudah. Mungkin otak diorang di luar, tak pun di lutut,” sindir seorang pengguna Threads.
“Betul, mereka menggunakan isu OKU untuk konten yang mana bagi saya, benda tu biadab kerana semata-mata nak promosi link affiliate mereka tu. Berkat ke macam ni?” soal seorang individu.
‘Saya Rasa Sedih Dengan Perkara Ini’ – Individu OKU
Malah ada juga individu OKU yang terasa hati dengan perbuatan geng-geng affilate yang melakukan perkara sedemikian.
“Sebagai seorang OKU, saya sentiasa berusaha membuat penulisan untuk mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap OKU. Saya berasa sedih terhadap perkara ini,” kata seorang lelaki.
Sementara itu, seorang warganet meminta orang ramai untuk melaporkan mana-mana akaun yang didapati memperlekehkan OKU demi mempromosi pautan afiliasi.
“Makhluk yang buat konten ni boleh mula laporkan akaun diorang semua. Tak payah sokong, nak cari untung sangat kan,” ujar seorang warganet.
Berikut antara komen-komen netizen:


Baca Artikel Berkaitan: Threads Jadi Lubuk Geng Affiliate Sebar Aib & Promote Link Demi Kaut Untung
Baca Artikel Berkaitan: “Aku Tak Halalkan” – Habis Beribu Ringgit, Influencer Tegur Individu Curi Video Untuk Buat Affiliate
Baca Artikel Berkaitan: Menjelang 12.12: TikTok Shop Lancar Affiliate Link, Buka Peluang ‘Creator’ Tempatan Jana Income
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹





