Now Reading
Wanita Panik Bagasi Tiba-tiba Meluncur Dari Atas Eskalator MRT, Bengang Pemilik Langsung Tak Minta Maaf [Video]

Wanita Panik Bagasi Tiba-tiba Meluncur Dari Atas Eskalator MRT, Bengang Pemilik Langsung Tak Minta Maaf [Video]

Menerusi video tular, kedengaran bagasi itu tergelincir dan meluncur dengan laju dari atas eskalator MRT TRX lalu merempuh mereka.

Ringkasan
  • A woman named Tee and her friends were hit by a runaway luggage sliding down an MRT escalator at Tun Razak Exchange (TRX), causing injuries.
  • The luggage owner did not apologize at all, making Tee and netizens furious over the irresponsible and dangerous behavior.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Tee berkongsi situasi mencemaskan yang berlaku kepada dia dan dua orang rakannya sewaktu menuruni eskalator di stesen MRT (Transit Aliran Massa), Tun Razak Exchange (TRX).

Menerusi video tersebut, kelihatan Tee sedang berbual dan merakam dirinya. Namun tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi kuat di belakang apabila sebuah bagasi ‘terlepas’ lalu meluncur ke bawah dengan laju dari atas sebelum merempuh mereka.

Oleh disebabkan situasi itu berlaku dengan begitu pantas dan tanpa amaran, wanita-wanita itu tidak sempat untuk mengelak dari bagasi berkenaan.

Seorang Jatuh Terduduk, Seorang Lagi Sakit Kaki Dirempuh Bagasi

Difahamkan salah seorang daripada rakan Tee terjatuh akibat perlanggaran dengan bagasi itu. Manakala salah seorang mengadu rasa sakit di bahagian kaki.

“Kita tak sedar tiba-tiba bunyi luggage (bagasi). Saya yang lompat pun sakit kaki bayangkan kawan saya yang jatuh terduduk tu. Sakit weh sampai nak duduk pun tak boleh,” kata rakan Tee.

View on Threads

‘Tak Ada Common Sense, Satu Maaf Pun Tak Keluar Dari Mulut Pemilik Bagasi’ – Mangsa Kejadian

Apa yang membuatkan Tee lebih bengang apabila pemilik bagasi itu didakwa tidak memohon maaf atas kealpaannya tidak menjaga bagasi dengan baik.

“Tak faham macam mana orang boleh tak ada common sense satu maaf pun tak keluar dari mulut kau (pemilik bagasi)! Kitorang balik kerja penat-penat kena hadap orang perangai b*d*h dengan kosong common sense.

“Kitorang penat sangat sampai tak boleh nak marah sampai kena kejar tren lagi. Sangat trauma ya bunyi bagasi jatuh dari atas,” katanya di ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan balas, Tee juga sempat mengucapkan terima kasih kepada seorang lelaki yang prihatin dan memimpin si rakan yang dirempuh bagasi laju itu.

View on Threads

“Tak Pegang Bagasi Ke Masa Naik Eskalator?” – Netizen

Perkongsian ini kemudiannya telah mendapat perhatian ramai netizen. Rata-rata orang ramai dilihat berang dengan sikap pemilik bagasi yang tidak bertanggungjawab.

“Weh tak pegang ke bagasi masa naik eskalator tu? Bahaya betul la, kesian kawan awak,” kata seorang wanita.

“Kenapa ya orang yang bawa bagasi ni tak reti naik lif. Sumpah bahaya kalau jatuh boleh cedera orang,” tambah seorang lagi pengguna Threads.

Kes Sama Pernah Berlaku Di China, Bagasi Menggelongsor Laju Hingga Rempuh Pengguna Eskalator

Malah ada juga yang berkongsi situasi sama yang pernah terjadi di China sebelum ini. Menerusi video perkongsian, seorang wanita telah meletakkan bagasinya di ruangan berdiri di eskalator.

Dia menyangka bahawa bagasi itu akan berdiri tegak sepanjang ia turun, namun bagasi itu telah terjatuh dan menggeluncur lalu merempuh seorang pengguna eskalator.

View on Threads

Bahkan sebelum ini juga pernah berlaku insiden seorang wanita warga emas maut selepas dirempuh troli yang sarat dengan barangan runcit ketika sedang menuruni eskalator di sebuah pasar raya di China.

Sementara itu, ramai juga berharap agar Tee dan rakan-rakannya membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut.

Dalam satu lagi hantaran balas, Tee memaklumkan rakannya itu akan melakukan ujian X-Ray sebelum membuat laporan berhubung insiden berkenaan.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.