
Siap Guna Badan Jadi Tangga, Kerjasama Orang Ramai Bantu Selamatkan Mangsa Bas Kemalangan Raih Pujian [Video]
Apa yang menjadi perhatian adalah orang ramai yang terdiri dari pelbagai bangsa berganding bahu membantu menyelamatkan mangsa bas yang kemalangan itu.
- Orang ramai pelbagai bangsa di Malaysia berganding bahu menyelamatkan mangsa kemalangan bas ekspres di Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Pagoh, Johor.
- Seorang individu sanggup menjadikan badannya sebagai tangga untuk membantu mangsa turun dari bas, mendapat pujian warganet.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap saling membantu dan tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan latar belakang.
Bas Ekspres Bawa Penumpang Alami Kemalangan, Masuk Ke Dalam Longkang Tepi Lebuh Raya
Semalam (3 September), tular di media sosial video yang memaparkan orang ramai bekerjasama dan bersatu hati membantu mangsa kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres.
Menerusi video yang dikongsikan di Threads @kak_intannn, kelihatan bas terbabit dalam keadaan senget ke bahagian kiri di dalam longkang sebuah lebuh raya akibat kemalangan.
Apa yang menjadi perhatian adalah orang ramai yang terdiri dari pelbagai bangsa berganding bahu membantu menyelamatkan mangsa kemalangan itu.
Berdasarkan video yang dikongsikan, beberapa penumpang bas dilihat keluar dari pintu kecemasan yang terdapat pada bahagian kanan belakang kenderaan terbabit.
Orang Ramai Tak Kira Bangsa Bersatu Bantu Mangsa Bas Yang Kemalangan, Siap Ada Yang ‘Tadah’ Badan Jadi Tangga
Menerusi video sama, kelihatan orang ramai menjalankan tugas masing-masing bagi menyelamatkan kesemua mangsa.
Apa yang lebih menjadi perhatian adalah terdapat seorang individu yang sanggup ‘menadah’ dan menjadikan badannya sebagai tangga bagi memudahkan mangsa untuk menuruni bas terbabit.
Manakala, tiga orang individu yang berada berhampiran membantu menyambut kesemua mangsa yang terlibat.
Bukan itu sahaja, terdapat seorang lagi individu yang sanggup berdiri di sebelah pintu kecemasan bagi menarik kesemua mangsa keluar dari kenderaan itu.
Malah, ada individu yang turut membantu mengawal lalu lintas bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain.
Kesemua mereka juga dilihat prihatin apabila ada di antaranya yang menawarkan diri untuk menelefon ambulans serta memastikan kesemua penumpang telah keluar dari bas berkenaan.
Difahamkan, kejadian berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) berhampiran Pagoh, Johor pada Selasa (1 September) lalu.
Memetik laman Facebook This Is Johor, insiden bas terbabas berkenaan adalah di Kilometer 120.9 arah selatan.
View on Threads
Warganet Puji Semangat Rakyat Malaysia, Bersatu Hati Bantu Mangsa Kemalangan
Perkongsian yang telah mendapat lebih 464,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji semangat dan keprihatinan rakyat Malaysia yang berbilang kaum berganding bahu dan bekerjasama menyelamatkan mangsa kemalangan.
Malah, majoriti daripada mereka turut memuji individu yang sanggup menjadikan badannya sebagai tangga untuk memudahkan kesemua mangsa.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Tak Kenal Sesiapa Dalam Video Tetapi Mewakili Mangsa & Ahli Keluarga Mangsa, Terima Kasih Banyak-Banyak Kepada Semua Gentlemen Yang Membantu, Hanya Allah Dapat Balas”

“Terharunya Jadi Rakyat Malaysia, Semoga Yang Membantu Especially Yang Tahan Badan Tu Allah Murahkan Rezeki & Bagi Kesihatan Yang Baik”

“Ini Malaysia Yang Kita Sayang, Ini Yang kita Mahu. Satu Hati, Satu Jiwa, Tolong Menolong”

“Terima Kasih Yang Tolong, Sebagai Rakyat Malaysia, Saya Bangga Tengok Video Ini”

“Baiknya Abang Bagi Orang Pijak Belakang Dia, Waktu Ini Tiada Perbezaan Agama & Politik”

“Abang Yang Jadi Tangga Tu Nampak Macam Chinese Atau Bornean. Bang, You Were Amazing! Thank You So Much!”

Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.







