
Ramai Teruja Lihat Majlis Perkahwinan Guna Konsep Vendor Untuk Hidang Tetamu Makan, Siap Ada Live Station Goreng-gorengan [Video]
Menurut wanita berkenaan, terdapat beberapa hidangan makanan di majlis tersebut ditaja oleh ahli keluarga dan juga sanak-saudara.
- Sebuah majlis perkahwinan di Pulau Indah, Klang menjadi perhatian apabila tampil menyediakan makanan untuk tetamu dengan konsep vendor dan kebanyakan makanan turut disediakan oleh ahli keluarga.Â
- Malah mereka turut mempunyai live station untuk masakan gorengan seperti mi, maggi dan pelbagai lagi jenis makanan lain.Â
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali adanya majlis perkahwinan pasti ramai tetamu yang teruja. Yelah selain meraikan hari bahagia pasangan mempelai, ramai juga tidak sabar nak melihat dekorasi dan makanan yang dihidangkan.
Majlis kahwin konsep vendor raih perhatian
Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan sebuah majlis perkahwinan yang tampil menghidangkan makanan dengan konsep vendor yang disediakan oleh ahli keluarga.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Shazzrina Ali di Threads, kelihatan terdapat banyak khemah kecil yang disediakan di hadapan rumah.
Siap ada live station goreng-gorengan
Di awal klip video berkenaan, kelihatan Shazzrina menunjukkan station makanan seperti mi, kue tiau, maggi goreng yang dimasak secara langsung ketika majlis pada 30 Ogos lalu di Pulau Indah, Klang.
Manakala vendor sebelah bahagian kiri pula menyediakan pelbagai jenis buah-buahan termasuklah buah tempatan seperti:
- Buah langsat
- Oren
- Buah naga
Bagi kuih-kuih pula, mereka turut membuat kuih keria dan pisang goreng untuk para tetamu.
Pelbagai jenis makanan disediakan untuk tetamu
Selain daripada itu, mereka juga turut mempunyai makanan lain seperti:
- Bubur
- Soto
- Bihun sup
- Laksa
- Rojak
- Jagung rebus
- Pelbagai jenis minuman
- Nasi lemak
- Apam balik
- Candy booth
Setiap khemah disediakan oleh ahli keluarga, majlis jauh dari kebiasaan tak sediakan nasi minyak dan lauk kenduri
Menurut Shazzrina setiap booth itu dijaga oleh sanak-saudara dan ia secara tidak langsung membuatkan mereka mempunyai tugas masing-masing untuk melayani tetamu yang hadir.
Katanya lagi, kelainan untuk majlis tersebut adalah mereka tidak menyediakan nasi minyak atau lauk kenduri seperti kebiasaannya.
“Saudara dan keluarga saya punya idea kenduri kahwin konsep vendor. Tiada nasi minyak, tiada nasi kenduri.
“Masing-masing ada tugas untuk jaga booth dan layan tetamu yang datang. Penat tapi best,” ujarnya.
Ada makanan yang ditaja oleh ahli keluarga untuk majlis
Dalam satu lagi hantaran, Shazzrina turut memaklumkan terdapat makanan untuk majlis itu ditaja oleh sanak saudara dan adik-beradik pengantin seperti:
- Manisan
- Kuih
- Gula-gula
- Karipap
- Keria
- Jagung rebus
- Daging lembu
Hanya live station dan apam balik vendor peniaga dan bukan ahli keluarga
Manakala kos untuk vendor seperti live station pula adalah RM3,800 untuk menjamu sekitar 900 orang tetamu. Selain itu, apam balik pula RM1,500 bagi 3,000 keping.
Difahamkan kebanyakan makanan yang disediakan pada majlis kahwin itu turut dilakukan bersama-sama dengan keluarga.
Malah pasangan pengantin turut membuat baju, hantaran, door gift serta pelamin secara sendiri dan bergotong-royong dengan keluarga.
View on Threads
Ramai teruja majlis kahwin konsep vendor
Di ruangan komen, ramai yang teruja dengan konsep yang diketengahkan dalam majlis perkahwinan itu.
Tidak kurang ada yang berkongsi pengalaman pernah ke majlis perkahwinan yang melakukan konsep lebih kurang seperti konsep pasar malam.
Ada juga mengatakan ia adalah yang terbaik untuk melakukan majlis kahwin dengan konsep yang sama kerana ia kelihatan meriah selain turut menyediakan makanan yang sedap.
“Pernah pergi kenduri kahwin macam ni. Konsep pasar malam. Air 5-6 jenis. Ada apam balik, taufufa memang best!”

“Best ni. Memang semua vendor rasa nak singgah ni”

“Ya Allah bestnya macam ni. Nanti adik aku kahwin nak suruh dia buat konsep macam ni lah. Meriah makanannya, semua sedap tu.”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.





