
Lelaki Batal Pertunangan Hanya Kerana Keluarga Wanita Minta Hantaran RM5,000 Undang Kritikan
Lelaki tersebut turut menyifatkan mahar sebanyak RM300 tidak murah meskipun ia adalah nilai minimum (mengikut negeri).
- Seorang lelaki batalkan pertunangan selepas keluarga wanita minta RM5,000 untuk hantaran, manakala dia hanya mahu memberikan mahar sebanyak RM300.
- Lelaki itu turut menyifatkan mahar sebanyak RM300 adalah tidak murah, selain mengkritik adat Melayu dan feminisim sebagai satu 'penyakit.'
- Netizen mengkritik lelaki berkenaan dan menyifatkan dia belum bersedia untuk berkahwin.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pasangan yang bercinta pastinya mempunyai impian hubungan itu akan berakhir dengan perkahwinan. Namun dalam adat Melayu terdapat hantaran yang ditetapkan untuk diberikan kepada pihak wanita sebelum berkahwin.
Akan tetapi ada juga keluarga yang tidak meletakkan sebarang wang hantaran dan hanya melakukan yang wajib mengikut Islam iaitu pembayaran mahar mengikut negeri masing-masing.
Lelaki luah kecewa sanggup batalkan pertunangan sebab keluarga minta wang hantaran
Baru-baru ini tular satu hantaran memaparkan seorang lelaki yang tidak dikenali identitinya meluahkan rasa kecewa dengan wang hantaran yang diminta oleh keluarga teman wanitanya sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan memutuskan pertunangan.
Lelaki itu dipercayai meluahkan perkara itu menerusi satu platform di media sosial di mana pengguna bebas bertanya soalan dan sebagainya.
Keluarga wanita minta wang hantaran RM5,000, dah maklum cuma nak beri mahar
Dalam luahan itu, lelaki tersebut menyifatkan sikap feminis dan juga adat Melayu sebagai satu penyakit. Ini kerana dia terpaksa membatalkan pertunangannya selepas keluarga wanita berkenaan meminta wang hantaran sebanyak RM5,000.
Ujar lelaki berkenaan, dia sebelum ini telah memaklumkan hanya mahu memberikan wanita tersebut mahar atau turut dipanggil mas kahwin sahaja untuk perkahwinan mereka.
Lelaki terbabit turut menyifatkan mahar yang diberikan itu juga tidak murah harganya.
Sifatkan mahar RM300 tidak murah
“Saya putuskan pertunangan sebab keluarga wanita minta hantaran RM5,000, walhal saya sudah jelaskan hanya mahu memberikannya mahar sahaja.
“Ia juga tidak murah, RM300 kerana ia adalah nilai paling minimum. Perkahwinan sepatutnya dimudahkan. Senang-senang nak minta duit banyak,” kata lelaki berkenaan.
Luahan itu kemudiannya menjadi tular dan dikongsikan oleh seorang pengguna Threads yang menyifatkan hantaran RM5,000 adalah murah.
“RM5,000 adalah sangat murah. RM300 tu hanya jumlah yang aku guna untuk belanja Mixue untuk pelajar-pelajar saya sebab capai target peperiksaan. Kena hadap realiti, lelaki miskin dilarang kahwin,” kata pengguna itu.
View on Threads
Ramai kritik lelaki sifatkan mahar RM 300 mahal dan belum layak berkahwin
Melihat di ruangan komen, ramai yang bersetuju lelaki tersebut membatalkan perkahwinan bersama wanita berkenaan dan menyifatkan dia masih belum bersedia untuk berkahwin.
Malah ada juga yang berpendapat lelaki tersebut sebenarnya tidak berkemampuan untuk berkahwin selepas dia enggan memberikan wang hantaran sebanyak RM5,000.
Bahkan ada yang mengatakan wanita yang sepatutnya menjadi tunang lelaki terbabit bernasib baik kerana tidak berkahwin dengannya.
Ada juga sifatkan lelaki kedekut
Bukan hanya itu, ada juga yang berpendapat lelaki berkenaan kedekut selepas dia menyifatkan mahar sebanyak RM300 itu adalah jumlah yang mahal.
Namun ada juga berpendapat bukan lelaki tersebut yang membatalkan pertunangan itu tetapi pihak wanita kerana dia tidak boleh memberikan hantaran serta merasakan mahar RM300 mahal selain tidak mempunyai usaha.
Sebagai info, duit hantaran bukanlah satu kewajipan dalam Islam namun sudah menjadi amalan dan adat orang Melayu sejak dahulu lagi.
Kebiasaannya, jumlah wang hantaran ditetapkan oleh keluarga pihak wanita dengan persetujuan pihak lelaki yang bertujuan sebagai hadiah perkahwinan atau membantu majlis kenduri yang akan diadakan kelak.
Meskipun ianya tidak wajib, ia perlu dibayar atau boleh dituntut oleh pasangan sekiranya perkara itu telah dipersetujui atau sudah dijanjikan semasa majlis pertunangan atau menjadi syarat pernikahan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Wajib Ke Beri Duit Hantaran Kepada Isteri Jika Sudah Berjanji? Ini Penjelasan UAI [Video]
“Saya sokong adat Melayu menyusahkan bang, tapi kalau RM5,000 pun kita masih rasa banyak, maksudnya awak tak bersedia lagi dengan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga. Jadi ketua keluarga ni kena hati kering, buang minat sendiri untuk kebahagian orang yang kita sayang”

“RM5,000 dah rasa banyak? Hmm kau yang minskin sebenarnya”

“Bayangkan kalau RM5,000 dia rasa mahal, lepas kahwin kena duduk menumpang rumah mentua sebab deposit rumah RM3,000 pun mahal. Dia tidak akan beli rumah untuk isteri dan anak-anak. Tak payah kahwinlah”

“Mahar RM300 pun dia rasa mahal, apatah lagi hantaran RM5,000. Bapak kedekut, sejenis nak kahwin percuma je kot agaknya. Mahar Nabi Muhammad SAW kepada Siti Khadijah pun 20 ekor unta tau, jauh lebih mahal.”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






