Ibu Kena Darah Tinggi Masa Dalam Perjalanan Ke MAHA Dari Kuantan, Ramai Nak Tolong Selepas Wanita Minta Bantuan Di Threads
Menurut Hanani, ibu dan ayahnya bergerak dari Kuantan untuk berkunjung ke pameran MAHA sebelum si ibu mengalami darah tinggi dan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.
Seorang wanita meminta bantuan di Threads selepas ibunya dihantar ke Hospital Serdang akibat darah tinggi semasa ke MAHA.
Wanita itu meminta bantuan seperti peralatan mandi dan baju dihantar kepada ibu bapanya, serta sanggup menanggung semua kos berkaitan.
Ramai warga Threads daripada pelbagai kaum dan agama tampil membantu, menawarkan makanan dan tempat rehat, membuktikan semangat murni rakyat Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ketika ini sedang berlangsungnya Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di MAEPS Serdang dari 28 Ogos sehingga 6 September ini.
Tidak dinafikan setiap kali tibanya pameran MAHA ini, ramai yang akan berkunjung untuk melihat tanaman serta haiwan yang dipamerkan oleh setiap negeri. Malah ada yang sanggup hadir daripada pelbagai negeri hanya untuk menyaksikan pameran tersebut.
Wanita minta bantuan dari media sosial untuk berikan kepada ibu dan ayah yang berada di hospital
Baru-baru ini seorang wanita, Hanani Izzati turut berkongsi mengenai ibu bapanya yang menaiki bas dari Kuantan, Pahang untuk berkunjung ke pameran MAHA.
Namun sewaktu ibu bapanya dalam perjalanan ke sana, secara tiba-tiba ibunya mengalami tekanan darah tinggi dan berkemungkinan akan dimasukkan ke wad di Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.
Minta berikan peralatan mandi dan baju
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads, Hanani kemudian meminta orang ramai untuk membantunya memberikan barangan keperluan seperti peralatan mandi atau pakaian kepada ibu bapanya.
Ini kerana, dia juga tidak pasti bilakah si ibu akan dapat keluar daripada hospital berkenaan. Malah, Hanani turut memaklumkan akan menanggung segala kos untuk memberikan barangan tersebut kepada ibu bapanya.
Rupanya ramai yang nak bantu, siap nak bagi makanan
Namun tanpa disangka, hantaran untuk meminta bantuan itu kemudiannya meraih perhatian malah ramai yang mahu menghulurkan pertolongan kepada ibu bapa Hanani.
Tidak kurang ada juga seorang wanita mendakwa bertemu dengan ibu dan bapa Hanani ketika berada di hospital serta bertanya apakah pertolongan yang boleh diberikan untuk memudahkannya.
Selain itu, ada juga yang meminta Hanani untuk menyalurkan maklumat tentang wad supaya mereka dapat menghantar makanan kepada ibu bapanya.
Yang tampil nak tolong daripada pelbagai kaum dan agama
Apa yang menyentuh hati, warga Threads yang tampil untuk memberikan bantuan itu datang daripada pelbagai kaum dan juga agama.
Malah ia secara tidak langsung membuatkan netizen berbangga dengan sikap rakyat Malaysia yang suka membantu tanpa mengira bangsa dan juga agama.
Susulan itu, Hanani kemudiannya memaklumkan situasi ibu dan bapanya sudah membaik dan telah dikeluarkan daripada hospital pada malam semalam (3 September) serta sudah dibawa oleh saudaranya.
“Terima kasih sekali lagi atas semua yang kongsi, balas dan doa dari kalian.. Semoga semua kebaikan kalian di balas berganda-ganda lagi,” ujar Hanani.
“Beritahu saya kalau dah dapat wad, saya boleh hantarkan makanan untuk mak ayah atau perlukan apa-apa. Rumah saya dekat, kalau ayah perlukan tempat rehat pun bagitahu, saya ambil”
“Terharu baca semua reply. The beauty of Malaysian people”
“Sis sudah selesai? Saya tinggal di Kajang, Selangor sahaja. Jika perlu bantuan, beritahu ya, saya sedia bantu”
“Bergenang air mata baca setiap komen. Manusia baik itu masih wujud, alhamdulillah. Teruskan berbuat baik tau korang”
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.