Now Reading
Ramai Tegur, Dedah Tak Selesa Pakaian Pengacara Seperti ‘Mencolok Mata’

Ramai Tegur, Dedah Tak Selesa Pakaian Pengacara Seperti ‘Mencolok Mata’

Ramai yang menyifatkan baju yang dipakai oleh pengacara wanita terbabit sewaktu bersiaran dalam sebuah program televisyen sebagai tidak bersesuaian.

Ringkasan
  • Pakaian seorang pengacara wanita televisyen menjadi perhatian di Threads dan ramai menggesa stesen televisyen itu untuk berhati-hati mengenai etika pemakaian bagi pengacara. 
  • Ramai netizen bersetuju bahawa pakaian itu tidak sesuai untuk tontonan awam, selain ada mempersoalkan mengapa tiada pihak di set bersuara mengenainya. 
  • Ada juga yang mempertahankan pengacara tersebut, dengan alasan orang ramai bertindak secara berlebihan dan pakaian adalah pilihan peribadi yang tidak sepatutnya dikawal. 

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui setiap tempat yang dikunjungi mempunyai etika pemakaian yang tersendiri dan semua masyarakat sering dinasihatkan untuk mengenakan pakaian sopan.

Apatah lagi jika berada di tempat awam atau muncul di televisyen.

Baju pengacara wanita di sebuah stesen televisyen jadi perhatian

Baru-baru ini, seorang pengacara wanita telah menjadi perhatian apabila ramai yang kurang senang melihat pakaiannya dalam program TV di sebuah stesen televisyen.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Nadia Izwanie di Threads, dia telah meminta pihak stesen televisyen tersebut untuk lebih berhati-hati mengenai etika pemakaian bagi pengacara.

Nasihatkan tidak pakai baju yang mencolok mata dan lebih sopan

Nadia turut meminta agar pakaian yang dipilih tidak mencolok mata atau sekurang-kurangnya ditutup dengan jaket atau suit sebagai pakaian luar (outer wear).

“Mohon selepas ini lebih berhati-hati dalam etika pemakaian bagi pengacara jalan lah mencolok mata sangat. Sekurang-kurangkan cover lah jaket atau suit dekat luar,” katanya.

Pakaian disifatkan keterlaluan

Seorang lagi pengguna Threads, turut menegur perkara sama serta menyifatkan pakaian itu keterlaluan.

“Ni dah secara tak langsung 18sx dah ni bayangkan suami orang ke budak-budak remaja baru nak membesar tengok pengacara ‘free show’ macam ni,” kata pengguna Threads itu.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan pengacara wanita itu memakai baju lengan panjang dengan corak harimau bintang (leopard) namun ia dilihat seperti terlalu membaluti tubuh.

Ramai yang setuju baju pengacara tak sesuai

Menjengah di ruangan komen, ramai yang turut bersetuju pemakaian pengacara yang juga model terkenal itu dilihat tidak bersesuaian khususnya untuk tatapan umum di kaca televisyen.

Tidak kurang ada yang mempersoal mengapa tidak ada mana-mana pihak yang berada di lokasi tersebut menegur pemakaian pengacara itu.

Selain itu, ada yang menyifatkan pakaian itu tidak cantik untuk dipakai oleh pengacara.

Bukan hanya itu, ada juga yang menekankan di dalam rukun negara juga ada menyebut mengenai ‘Kesopanan dan Kesusilaan’ serta meminta orang ramai untuk menghormati ikrar tersebut termasuklah dalam pakaian.

Ada juga yang bertanya mengapa pengacara tersebut tidak berpakaian yang lebih sesuai.

Ada yang berpendapat reaksi netizen terlampau berlebihan

Namun dalam ruangan komen sama, ada juga yang meminta orang ramai untuk tidak terlalu menekankan mengenai pakaian tersebut kerana itu adalah pilihan mereka.

Selain itu ada mengatakan jika seseorang yang sememangnya mempunyai niat tidak baik maka pakaian menutup aurat juga akan menyebabkan mereka memandangnya dengan penuh ghairah.

“Kau ni kenapa sibuk sangat dengan outfit dia? Baju dia, badan dia, pilihan dia. Sampai bila nak sibuk mengawal pakaian wanita? Kalau rasa tak sesuai untuk anak muda, tukar channel remote tu bukan hiasa. Semua benda nak dijadikan isu.”

“Kenapa kalau cerita lelaki yang buka baju tak kena kecam eh? Ramai je mak-mak orang bayangkan macam-macam. Tapi tulah tetap perempuan yang salah.”

“Haih bergoncang-goncang. Aku yang perempuan pun tenung je dekat situ inikan pula lelaki.”

“Bukan sahaja tak sesuai, malah buruk sangat pemilihan bajunya. Kalau bukan sebagai pengacara pun, baju tu buruk pada pemakainya.”

“Selalu kalau macam ni wardrobe yang sediakan atau dia sendiri”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.