Aiman Ariffin bought his father, Tok Pin, a coloring book to reduce his excessive TikTok addiction and cut down screen time.
Tok Pin enthusiastically showed his completed artwork to family members, with Aiman humorously hoping he recovers from his TikTok addiction soon.
Netizens shared similar experiences, using creative activities like coloring books and gardening to reduce their parents' excessive smartphone and TikTok usage.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki bernama Aiman Ariffin berkongsi gelagat ayahnya, dikenali sebagai Tok Pin yang sedang mewarna buku.
Menerusi video tersebut, kelihatan Tok Pin dengan fokus dan teliti mewarnakan setiap satu elemen pada buku menggunakan marker warnanya.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah ia memang hobi si ayah? Namun menurut Aiman, ia merupakan inisiatifnya untuk mengurangkan ketagihan ayahnya kepada penggunaaan TikTok dalam rutin harian.
‘Ayah Kerap Main TikTok, Dia Rasa Macam Influencer’ – Si Anak
Jelas Aiman kepada BuzzKini, bapanya itu terlampau kerap menghabiskan masa dengan TikTok.
“Sangat kerap (layari TikTok). Dia memang rasa macam dia influencer 😭,” katanya secara berseloroh kepada BuzzKini.
Tambah Aiman, ia juga adalah salah satu cara bagi mengurangkan masa skrin (screentime) daripada menghadap platform media sosial.
“Kami perlu bagi ayah buku mewarna untuk merawat masalah ketagihan TikTok dan (kurangkan) masa skrin. Ada sesiapa punya ayah macam ni juga?” tanya Aiman.
Menerusi carian kami, Tok Pin selalu berkongsi rutin dan aktiviti yang dilakukan di akaun TikTok milliknya sebagai contoh momen sedang menjamu selera bersama ahli keluarga, menghadiri kenduri, meluangkan masa dengan cucu, sedang bermesyuarat dan banyak lagi.
‘Lama Sangat Screentime Boleh Jadi Lewat Pertuturan’ – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi positif mengenai cara Tok Pin mengurangkan masa menggunakan peranti.
“Bagus kaedah ni. Lama sangat screentime nanti speech delay (lewat pertuturan),” kata seorang netizen.
“Aku nak cubalah. Bapak aku ni kalau panggil tu dia buat tak dengar je sibuk dengan TikTok cucuk tanam dia,” kata seorang wanita.
‘Perlu Beli Ikan Bilis Nak Bagi Mak Kopek Supaya Tak Hadap Telefon’ – Netizen
Malah ada juga anak-anak yang berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan ibu bapa yang ketagih dengan telefon pintar.
“Saya perlu beli ikan bilis untuk mak saya untuk kopek dan buat cucuk tanam dekat rumah. Demi jauhkan dia daripada telefon. Sekarang dia obses dengan kebun dia setiap pagi cari benda nak kena trim,” ujar seorang pengguna Threads.
Sementara itu, ramai juga berkata mereka menggunakan kaedah yang sama untuk mengawal ibu bapa daripada menggunakan peranti dalam tempoh masa yang lama.
“Saya pun bagi mak saya umur 72 tahun buku mewarna untuk kurangkan masa skrin. Bulan lepas masukkan pertandingan mewarna untuk warga emas. Alhamdulillah dapat tempat ke-3,” kata seorang wanita.
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹