
JATI Cipta Rekod MBOR, Hasilkan Formasi Seni Padi Terbesar Di Malaysia
- JATI, in collaboration with the Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, set a new Malaysian Book of Records for the largest paddy art formation, measuring 119 feet by 126 feet.
- The formation, titled Natural Waves of Malaysia, was created entirely using living paddy plants, planted in three phases to achieve natural color variation.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
JATI, salah satu jenama beras paling digemari di Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, telah mencipta rekod baharu “Formasi Seni Padi Terbesar” Malaysian Book Of Record (MBOR) menerusi satu bentuk seni yang unik, Natural Waves of Malaysia sewaktu pelancarannya di bahagian Laman Padi sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang berlangsung baru-baru ini.
Berukuran 119 kaki kali 126 kaki, karya seni ini turut menampilkan logo JATI yang berukuran 58.42 kaki kali 19.07 kaki. Formasi ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan padi hidup, bukan cat, pewarna mahupun bahan sintetik.
Pelbagai peringkat pertumbuhan padi digunakan untuk menghasilkan warna dan kontras dalam reka bentuk bagi membentuk simbol hati serta nama jenama JATI merentasi kawasan sawah, sebagai lambang kasih sayang berterusan jenama ini terhadap beras Malaysia serta komuniti pesawah yang menjadi tunjang industri ini.
“Pencapaian ini merupakan detik yang membanggakan bagi semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan projek ini. Sebagai jenama yang berakar umbi dalam industri beras, kami mahu meraikan padi dengan cara yang berbeza, disamping mengetengahkan kreativiti dan keupayaan pertanian yang kita miliki di Malaysia,” kata Low Kok Kean, Pengerusi LK Labuan Foundation.
Formasi ini telah disahkan oleh Malaysia Book of Records sebelum rekod tersebut diiktiraf secara rasmi.
Sijil MBOR tersebut kemudiannya disampaikan oleh Jwan Heah, Ketua Pegawai Operasi (CEO) Malaysia Book of Records, kepada Low yang menerima pengiktirafan tersebut bagi pihak JATI, dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia.
Natural Waves of Malaysia mengambil inspirasi daripada pergerakan semula jadi padi yang beralun lembut mengikut tiupan angin, membentuk alunan kehijauan dan keemasan serta menghidupkan salah satu tanaman pertanian yang paling sinonim dengan Malaysia dalam skala yang luar biasa.
Di sebalik penghasilan formasi ini ialah perancangan dan ketelitian yang mengambil masa berbulan-bulan. Proses ini bermula dengan pemetaan reka bentuk menggunakan AutoCAD, sebelum setiap bahagian ditandakan dengan teliti di kawasan sawah menggunakan pancang kayu dan tali. Kaedah ini menjadi panduan sepanjang proses penanaman bagi memastikan bentuk dan skala karya dapat dihasilkan dengan tepat.
Setelah proses pemetaan selesai, benih padi MR 284 ditanam secara berperingkat dalam tiga fasa, iaitu Fasa Kuning, Fasa Hijau dan peringkat Anak Padi. Perbezaan waktu penanaman membolehkan padi mencapai tahap kematangan yang berbeza, lalu menghasilkan variasi warna semula jadi yang menyerlahkan keseluruhan reka bentuk.
Bagi JATI, pencapaian ini bukan sekadar tentang mencipta rekod. Sebagai tanaman yang begitu dekat dengan kehidupan rakyat Malaysia, padi menjadi medium untuk JATI menampilkan kreativiti dalam cara yang segar dan bermakna. Menerusi projek ini, JATI berharap dapat membuka perspektif baharu terhadap potensi pertanian serta bagaimana bidang ini boleh diterokai secara lebih kreatif.
The name is Ahmed Faez Amir. I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters . Outside of work, I compose music, read, and go camping whenever I get the chance.






