Now Reading
Ini Senarai Animasi & Filem Yang Mencipta Nama Di Luar Negara

Ini Senarai Animasi & Filem Yang Mencipta Nama Di Luar Negara

Banyak filem dan animasi tempatan yang sudah kian dikenali oleh masyarakat di luar negara, malah ada segelintirnya turut meraih pelbagai anugerah yang secara tidak langsung mengangkat nama Malaysia dalam industri perfileman dan animasi.

Ringkasan
  • Upin & Ipin, yang diterbikan oleh Les' Copaque Production Sdn Bhd, telah meraih populariti antarabangsa seperti di Indonesia, China, Vietnam, malah  Netflix di UK dan Australia.
  • Ejen Ali, yang diterbitkan Wau Animation, turut berkembang secara global ke negara-negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom selain berjaya meraih kutipan filem puluhan juta.  
  • Abang Adik yang diarahkan oleh Jin Ong, telah mencipta sejarah sebagai filem Malaysia pertama memperoleh NT$40mil (RM6.5 juta) di Taiwan dan memenangi anugerah Far East Film Festival di Itali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Malaysia merupakan negara yang sedang membangun serta mencapai pelbagai kemajuan termasuklah dalam industri perfileman dan juga animasi.

Apa yang lebih membanggakan, banyak karya-karya dari filem dan animasi tempatan kini sudah menempah nama di persada dunia selain menjadi kegemaran rakyat di luar negara.

Karya tersebut tidak sahaja dinilai dari segi jalan ceritanya sahaja tetapi termasuk sinematografi dan sebagainya selain turut memenangi pelbagai anugerah di peringkat dunia.

Jom kami kongsikan kepada anda senarai animasi serta filem yang berjaya menempah nama di peringkat global:

#1 Upin & Ipin

Upin & Ipin merupakan animasi yang dihasilkan oleh Les’ Copaque Production Sdn Bhd. Animasi ini menceritakan tentang dua kanak-kanak lelaki kembar yatim piatu yang dijaga oleh neneknya.

Animasi ini sangat dekat dengan rakyat Malaysia di mana ia menunjukkan gaya hidup, budaya, pergaulan sosial yang harmoni dengan pelbagai kaum dan sebagainya.

Filem ini bukan sahaja menjadi kegemaran rakyat tempatan namun turut menjadi kesukaan masyarakat luar negara apabila ia menembusi pasaran luar negara seperti:

Selain itu, filem animasi ini turut menembusi pasaran United Kingdom dan Australia serta India menerusi Netflix, lapor Free Malaysia Today.

Animasi Upin & Ipin tidak hanya tampil dengan siri episod tetapi turut mempunyai beberapa filem seperti:

  • Upin & Ipin: Geng Pengembaraan Bermula
  • Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

#2 Ejen Ali

Selain Upin & Ipin, Ejen Ali juga antara siri animasi yang turut mendapat perhatian di mata dunia.

Ejen Ali mengisahkan tentang aksi perisikan seorang kanak-kanak yang bernama Ejen Ali yang mempunyai misi di M.A.T.A.

Animasi ini telah diterbitkan oleh Wau Animation serta turut tampil dengan Ejen Ali: The Movie pada tahun 2019 dan Ejen Ali The Movie 2 pada 2025 selepas siri animasinya berjaya menembusi pasaran negara serta Asia Tenggara.

Lebih mengagumkan kedua-dua filem Ejen Ali turut berjaya mengumpul kutipan sehingga puluhan juta:

Animasi ini juga telah berjaya menembusi pasaran luar negara seperti:

Malah jalan cerita yang mudah serta penghasilan grafik animasi yang cantik persis taraf antarabangsa turut membuatkan animasi ini sentiasa digemari ramai bagi setiap lapisan masyarakat.

#3 Boboiboy

Foto: FB Boboiboy

Bermula dengan siri animasi di televisyen, Boboiboy terbitan Monsta Studio atau Animonsta Studio Sdn Bhd ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki iaitu Boboiboy mempunyai kuasa untuk memanipulasi elemen semula jadi dalam melindungi bumi dan rakan-rakannya dari ancaman makhluk asing.

Apa yang lebih menarik rakan-rakan yang sering bersama Boboiboy seperti Gopal, Yaya, Ying dan Fang turut mempunyai kuasa tersendiri.

Animasi ini turut membawa nilai-nilai murni menerusi persabahatan mereka selain turut mempunyai elemen komedi yang tersendiri.

Memandangkan ia berasal dari Malaysia, animasi ini turut memasukkan unsur tradisi negara ini seperti makanan, permainan termasuklah lokasi, lapor Popular.

Boboiboy kemudiannya turut tampil dengan beberapa filem animasi seperti:

  • Boboiboy The Movie – 2016
  • Boboiboy Movie 2 – 2019

Filem animasi ini turut tidak kurangnya apabila berjaya meraih puluhan juta di Malaysia iaitu sebanyak RM27.7 juta bagi Boboiboy Movie 2 dalam tempoh 26 hari ia ditayangkan, lapor Berita Harian.

Selain itu, sama seperti animasi lain Boboiboy juga ditayangkan di beberapa negara seperti:

  • Indonesia
  • Singapura
  • Brunei
  • Vietnam
  • Jepun
  • India
  • Afrika Utara
  • Negara di Timur Tengah dan banyak lagi

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Razak pada tahun 2022 karakter Yaya turut diangkat menjadi Ikon Tourism di Jepun. Wow! Bukan biasa-biasa animasi Malaysia ni, semuanya bertaraf antarabangsa.

#4 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan

Foto: IG Studio Kembara

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang diarahkan Syamsul Yusof turut menjadi fenomena di negara ini.

Selain mengutip kutipan puluhan jutaan ringgit dalam tempoh seminggu ia disiarkan, filem ini turut mengangkat semangat jati diri selain membawa banyak mesej keagamaan.

Filem yang diterbitkan oleh Studio Kembara ini tidak hanya berada di layar perak, tetapi turut mendapat sambutan hangat di luar negara seperti:

  • Indonesia
  • Singapura
  • Brunei

Malah memetik Astro Awani, ia diterima lebih meluas dan berjaya berada dalam carta global Top 10 pada September 2022 selepas ditayangkan di platform Penstriman Netflix.

#5 Abang Adik

Foto: IG Abang Adik The Movie

Filem Abang Adik yang diarahkan oleh Jin Ong menceritakan tentang dua anak yatim piatu yang menjalani kehidupan miskin di Kuala Lumpur.

Mereka hidup di dalam keadaan tanpa sebarang dokumen peribadi di pasar basah Pudu, Kuala Lumpur.

Menurut Gempak, filem ini turut melakar sejarah di Taiwan apabila menjadi filem Malaysia pertama yang merekodkan kutipan sehingga NT$40mil (RM6.5 juta).

Bukan itu sahaja, antara kejayaan lain filem ini ia juga meraih Filem Asia Tenggara pertama yang mendapat tiga hadiah utama di Far East Film Festival ke-25 di Itali Pada April 2023.

Antara kejayaan lain bagi filem Abang Adik adalah:

  • Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 di Los Angelas, Amerika Syarikat pada November 2024, lapor Astro Awani.
  • Anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Asia New York dan rangku Golden Mulberry, Black Dragon Critics’ Award.
  • FPP Visionary Award dan MirrorFiction Story Award, Astro Awani.

Filem ini turut ditayangkan di:

  • China
  • Taiwan
  • Singapura
  • Itali
  • Thailand
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.