Ramai Puji Pemandu Bas Sanggup Berhenti Lebih Masa Demi Tunggu Waktu Subuh
Menerusi hantaran dikongsikan kelihatan penumpang dikenali sebagai Salehuddin itu membeli satu tin air kopi untuk diberikan kepada pemandu bas berkenaan kerana sanggup menunggu waktu subuh.
Seorang pemandu bas sanggup bergerak lambat ketika berhenti rehat di sebuah stesen minyak di Rawang untuk menunggu waktu solat subuh.Â
Seorang penumpang lelaki kemudiannya memberikan pemandu itu satu tin air kopi sebagai reward, serta memuji tindakannya.
Netizen memuji sikap pemandu berkenaan, ada segelintir mengatakan tidak kisah sampai ke destinasi lambat disebabkan perkara itu.Â
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Solat merupakan ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh setiap umat Islam. Oleh itu, sebagai umat Islam kita juga perlu saling ingat-mengingati antara satu sama lain dalam melakukannya.
Ramai puji pemandu bas sanggup gerak lambat untuk tunggu waktu solat subuh
Baru-baru ini seorang pemandu bas telah mendapat pujian ramai apabila dia sanggup lambat perjalanan semula demi menunggu masuknya waktu solat subuh agar semua penumpang Muslim dapat melakukan ibadah berkenaan.
Menerusi hantaran dimuat naik oleh Salehuddin Lokman di Threads, katanya pada mula pemandu bas yang merupakan anak muda telah berhenti di sebuah stesen minyak di Rawang untuk berehat bagi membolehkan para penumpang ke tandas pada jam 5.20 pagi.
Bas masih belum bergerak dan pemandu masih berada di bawah
Namun Salehuddin menjadi pelik apabila melihat pada jam 5.45 pagi bas masih lagi belum bergerak.
Dia kemudian mengambil keputusan untuk mencari pemandu bas sebelum mendapati pemandu itu masih lagi berada di bawah dan belum masuk ke tempat duduk pemandu.
Pemandu bas maklum gerak selepas subuh
Pemandu bas yang melihat Salehuddin kemudian memaklumkan hanya akan bergerak selepas subuh.
“Bang kita sekali jalan terus je, subuh sini,” kata pemandu tersebut.
Menurut Salehuddin selepas sejam berhenti di stesen minyak itu dia membuat keputusan untuk membelikan kopi untuk diberikan kepada pemandu bas sebagai hadiah.
“Akhirnya sejam berhenti dekat Petronas Rawang ni dan saya tak boleh hentikan diri untuk membeli kopi untuk reward dia. Sebab lama tak naik bas, dulu bas berhenti hujung-hujung waktu nak solat atau tak berhenti langsung.
“Malaysia makin ramai yang ada kesedaran pasal waktu subuh,” jelasnya lagi.
Ramai puji pemandu bas kerana cakna dengan waktu solat
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap pemandu bas berkenaan kerana cakna dengan waktu solat serta memudahkan penumpang untuk menunaikannya.
Tidak kurang ada yang berkongsi pernah mempunyai pengalaman sama seperti Salehuddin ketika dalam perjalanan dari Penang ke Dungun.
Ada juga berkongsi pemandu pernah memohon maaf terlambat berhenti solat subuh disebabkan kesesakan lalu lintas.
Malah ada yang mengatakan mereka tidak kisah jika lambat sampai ke destinasi jika disebabkan perkara tersebut.
“Benda macam ni pun boleh buat hati syahdu”
“Bagusnya driver bas berhenti sekejap untuk solat subuh. Nanti bagi rating 5 bintang dekat dia tau”
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.