Now Reading
“Ni Bukan Fashion Show” – Snorkeling Mask Penuh Kesan Mekap Buat Netizen Bengang [Video]

“Ni Bukan Fashion Show” – Snorkeling Mask Penuh Kesan Mekap Buat Netizen Bengang [Video]

Pemakaian alat solek dalam laut boleh mengancam hidupan marin termasuk terumbu karang kerana bahan-bahannya yang toksik.

Ringkasan
  • A Kapas Campsites agency at Pulau Kapas, Terengganu went viral after sharing a snorkeling mask heavily coated with women's foundation makeup.
  • Tour guides urge visitors to only use coral safe sunblock, as cosmetics containing harmful chemicals can damage marine ecosystems and coral reefs.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@kapas_campsites/video/7676716492905319700

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila sebuah agensi pelancongan di Pulau Kapas, Terengganu dikenali sebagai Kapas Campsites berkongsi satu video mengenai sikap pengunjung yang menggunakan peralatan snorkeling mereka.

Menerusi video tersebut, kelihatan satu topeng snorkeling dipenuhi dengan sesuatu berwarna kulit muka dipercayai mekap foundation para wanita. Bukan hanya sekadar calitan tetapi seluruh permukaan topeng itu melekat dengan bedak foundation yang tebal.

Petugas Tour Guide Nasihat Pengunjung Elak Pakai Mekap Ketika Menyelam Di Laut

Berasa bimbang sekiranya bahan berkimia itu mampu menjejaskan hidupan laut, pengendali akaun Kapas Campsites menasihati para pengunjung agar tidak memakai sebarang mekap ketika menyertai aktiviti snorkeling.

“Pakai pelindung cahaya matahari (sunblock) coral safe (mesra terumbu karang) sahaja guys! Kesian dekat hidupan laut,” tegurnya di ruangan kapsyen.

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Tegur Tapi.. – Pemandu Pelancong Didakwa Selamba Pijak Terumbu Karang Di Pulau Redang [Video]

Ada Bahan Kosmetik Yang Mampu Memerangkap Oksigen Di Dalam Laut

Untuk info, barang-barang kosmetik memang boleh mengancam ekosistem marin terutamanya jika ia mengandungi bahan seperti petrolatum, parafin dan ozokerit yang terkenal dengan sifatnya yang melembapkan.

Kenapa ia berbahaya?

Hal ini kerana memetik The International Natural and Organic Cosmetics Association, bahan-bahan itu kekal dalam sesuatu persekitaran dalam tempoh masa yang lama dan boleh membentuk lapisan pada permukaan air, sekaligus mengurangkan kandungan oksigen serta menjejaskan kelangsungan kehidupan marin.

Sunscreen Mesra Terumbu Karang Tiada Bahan Toksin Berbahaya

Malah losyen badan serta krim pelindung matahari yang digunakan ketika melakukan aktiviti rekreasi di laut juga boleh mengancam kepupusan batu karang.

Namun itulah realiti sekarang, apabila sesetengah pengunjung lebih menitikberatkan kecantikan dan penampilan diri berbanding keselamatan hidupan laut ini.

Oleh disebabkan itu, anda digalakkan untuk memakai pelindung matahari jenis mesra terumbu karang yang diformulasikan tanpa sebarang bahan kimia toksik yang boleh meracuni terumbu karang seperti Oxybenzone, Octinoxate, Octisalate, dan paraben.

“Nak Snorkeling Bukan Pergi Fashion Show” – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mempersoalkan golongan individu yang memakai solekan semasa melakukan aktiviti air dan menyelam di laut.

“Aku ni jenis merentan juga kalau orang pertikai pasal makeup. Tak para wanita, kalau dah tahu nak berendam tak payah la pakai makeup,” tegur seorang wanita.

“Dah tahu nak pergi snorkeling pun pakai makeup ke weh? Aku pakai sunscreen je. Bukan nak pergi mana pun. Nak berseronok dengan aktiviti bukan tengok pertunjukan fesyen,” tambah seorang lagi individu.

Malah sesetengah individu turut mencadangkan agar pemandu pelancong meletakkan notis tentang bahaya pemakaian makeup terhadap hidupan laut agar semakin ramai pengunjung cakna mengenai perkara tersebut.

“Lepas ni dekat jeti tu tulis siap-siap tidak dibenarkan pakai foundation atau gincu yang boleh merosakkan coral. Ni kalau kita menyelam pun boleh nampak banyak terumbu karang yang mati. Etika semasa snorkeling tulis (dan paparkan) besar-besar,” kata seorang pengguna Threads.

Orang Seterusnya Yang Nak Pakai Topeng Snorkeling Rasa Geli

Sementara itu, ada individu berpendapat bahawa topeng snorkeling yang akan dikitar semula dan digunakan oleh pengunjung itu akan berada dalam keadaan kotor justeru, pengusaha snorkeling patut menetapkan peraturan baharu buat para pengunjung.

“Kena tetapkan peraturan baru, untuk keselamatan laut dan hidupan laut. Apa-apa foundation, losyen selain pelindung matahari tak boleh snorkeling. Ni juga untuk aspek kebersihan. Bayangkan pengguna seterusnya nak pakai mask ni geli la. Kena buat sign perjanjian. Kalau kantoi, kena bayar denda,” kata seorang wanita.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Gadis Melayu Bantu Beri Taklimat Keselamatan Kepada Pelancong Dalam Bahasa Mandarin Raih Pujian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.