Siap Tunjuk Jari Tengah, Pemandu Yaris Didakwa ‘Buli’ Pemandu Bas Di Tengah Jalan Raya Jadi Perhatian [Video]
Berdasarkan hantaran yang tular di Threads, pengguna terbabit meminta bantuan warganet untuk menular serta melaporkan perbuatan pemandu Yaris yang didakwa membuli di jalan raya.
Seorang pemandu Toyota Yaris didakwa membuli pemandu bas menghala ke KLIA dengan memotong bas dan menunjuk jari tengah.
Pemandu Yaris dipercayai tidak puas hati kerana dihon oleh pemandu bas, lalu membalas dengan menghimpit dan brek mengejut di depan bas.
Video yang tular di Threads mendapat lebih 469,000 tontonan, dengan ramai warganet mengecam dan mencadangkan laporan dibuat kepada JPJ.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pengguna jalan raya sering diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang.
Namun, ada segelintir yang dilihat tidak bertanggungjawab malah mementingkan diri sehingga boleh membahayakan keselamatan orang lain.
Pemandu Toyota Yaris Tunjuk Samseng, Tunjuk Jari Tengah Kepada Pemandu Bas
Semalam (21 Ogos), tular di media sosial rakaman video mengenai sikap seorang pemandu Toyota Yaris terhadap pemandu sebuah bas.
Perkara itu dikongsikan oleh individu yang dipercayai penumpang bas terbabit dalam satu hantaran di Threads @irfnn.ihtisym.
Berdasarkan hantaran tersebut, pengguna terbabit meminta bantuan warganet khususnya pengguna Threads untuk menular serta melaporkan perbuatan pemandu Yaris yang didakwa membuli di jalan raya.
“Mintak tolong warga thread! Kasi viral dan report brother ni buli di atas jalan raya menghala ke KLIA,” tulisnya.
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat pemandu Yaris berkenaan memandu kenderaannya secara perlahan selepas memotong bas terbabit.
Lebih mengejutkan, dia turut menunjuk jari tengah dipercayai sebagai isyarat tidak puas hati terhadap pemandu bas ketika kenderaannya dipotong semula oleh bas tersebut.
Penumpang Minta Pemandu Bas Tak Perlu Layan, Siap Bagi Kata Semangat & Tolong Rakam Sikap Pemandu Yaris
Berdasarkan video yang dikongsikan juga, kedengaran penumpang bas turut memberi perhatian kepada insiden terbabit.
Malah, ada di antara mereka menasihati serta memberi kata-kata semangat kepada pemandu bas berkenaan agar tidak melayan sikap pemandu Yaris berkenaan.
Bukan itu sahaja, ada yang turut membantu merakam perbuatan pemandu Yaris yang menghimpit serta menunjukkan jari tengah dan terus memaklumkan kepada pemandu bas ketika kenderaan itu memotong kereta terbabit.
Pemandu Yaris Dipercayai Tak Puas Hati Kerana Kena Hon Dengan Pemandu Bas
Dakwa pengguna itu, pemandu Yaris tersebut dipercayai tidak puas hati dengan pemandu bas kerana dihon.
“Dah tak puas hati kena hon, dibalas pulak main brek kereta di depan bas sambil mengeluarkan jari tengah kepada kami.
“Tunjuk muka samseng pula dekat atas jalan. Ingat jalan bapa dia punya ke! Kalau (terjadi) kemalangan tu, nyawa kami yang dipertaruhkan,” tulisnya.
Dakwanya lagi, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 12 tengah hari sehingga 1 petang.
Namun setakat ini, tarikh insiden dan lokasi sebenar kejadian tidak diketahui.
Warganet Beri Pelbagai Reaksi, Ada Yang Kecam & Terhibur Dengan Gelagat Penumpang
Perkongsian yang telah mendapat lebih 469,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, masing-masing memberi pendapat dan reaksi tersendiri mengenai kejadian tersebut.
Ramai yang mengecam tindakan pemandu Yaris yang didakwa membuli dan menjadi samseng jalan raya sehingga perbuatannya disifatkan boleh membahayakan pengguna lain.
Malah, ada warganet yang mencadangkan agar pengguna berkenaan melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pada masa sama, ada juga yang memuji tindakan penumpang yang menyokong dan memberi motivasi kepada pemandu bas berkenaan.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Dah La Jalan Tu Banyak Lori & Bas, Dengan Ramai Orang Dalam Bas Tu, Gila Ke Orang Dalam Kereta Tu?”
“Dia Ingat Pemandu Bas Je Tengok, Sekali Penumpang Semua Saksikan Betapa Teruk Driver Yaris Tu”
“Halah, Sampai Nak Tunjuk Jari, Nak Tunjuk Gangster Sangat La Tu”
“Orang Malaysia Kebanyakannya Rasa Tercabar Atau Cepat Sangat Trigger Kalau Kena Hon”
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.