Seorang peniaga affiliate didakwa membuat cerita palsu dengan berkongsi gambar imbasan ultrabunyi bayi yang palsu hanya kerana mahu mendapatkan engagement tinggi.
Affiliate itu mendakwa bahawa kandungannya itu disahkan sumbing selain berkata terfikir untuk menggugurkan kandungan kerana tidak mahu anak dilahirkan OKU.
Ramai kecam peniaga selepas ada individu mendedahkan bahawa gambar imbasan bayi itu adalah palsu dan dicuri dan pautan lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Etika dan taktik jual beli segelintir geng-geng affiliate di laman Threads dilihat semakin tidak terkawal.
Sebagai contoh, walaupun sudah ditegur tetapi masih ramai yang sanggup menularkan isu-isu lama ataupun lebih teruk membuat cerita palsu bagi ‘memancing’ pengguna media sosial untuk menekan pautan khas affiliate bagi mempromosi sesuatu produk atau servis.
Itu juga yang berlaku baru-baru ini, apabila seorang wanita yang juga peniaga affiliate telah bertindak berkongsi gambar imbasan ultrabunyi bayi dan berkata bahawa bayi yang konon anaknya disahkan sumbing.
Affiliate Terfikir Mahu Gugurkan Anak Kerana Tak Mahu Anak OKU
Lebih mengejutkan wanita berkenaan kononnya terfikir untuk menggugurkan kandungan hanya kerana tidak mahu anak dilahirkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).
“Tadi scan bayi dan mengejutkan bayi saya sumbing. Sumpah malu g*la sebab keturunan tak ada yang sumbing ya. Sekarang tengah terfikir perlu ke aku gugurkan dia. Aku lebih pentingkan maruah aku. Aku tak nak anak aku ni jadi bala dalam hidup aku. Aku malu ada anak OKU!” dakwanya.
Wanita Kantoi ‘Cedok’ Gambar Scan Bayi Dari Website Lain
Namun begitu, taktik licik affiliate ini terbongkar apabila seorang wanita mendedahkan dan mendakwa bahawa gambar imbasan ultrabunyi itu sebenarnya merupakan gambar yang dicuri daripada pautan lain dan bukannya foto miliknya sendiri.
“Curi gambar dekat website. Sakit jiwa ke sis?” soalnya.
Affiliate Sengaja Reka Cerita Untuk Buat Orang Triggered Sekaligus Raih Engagement
Perkongsian ini kemudiannya telah mendapat perhatian ramai netizen. Seorang wanita dikenali sebagai Syarmimiey menyifatkan perbuatan affiliate tersebut melampau selain mendakwa sanggup menularkan cerita palsu demi mempromosi pautan khas affiliate.
“Semakin melampau marketing geng-geng affiliate ni. Buat hantaran ganggu emosi orang (triggered) lepas tu letak link dia. Dah la buat cerita-cerita palsu,” katanya dalam nada berang.
‘Tak Ada Rasa Bersalah Ke?’ – Peniaga Affiliate Yang Lain
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai mengecam tindakan peniaga affiliate yang memuat naik perkongsian berunsur ragebait itu, bahkan tanpa sedar turut menghina anak-anak OKU.
“Saya pun affiliate tetapi geram tengok geng affiliate lain yang macam ni. Suka letak link menipu dan buat cerita macam ni. Tak ada rasa bersalah ke? Tolonglah jangan sokong mereka ni,” kata seorang wanita.
Ramai Para Ibu Akan Terasa Hati Dengan Hantaran Affiliate Yang Konon Mahu Gugurkan Anak
Malah hantaran sebegitu juga boleh membuatkan ramai wanita di luar sana tersinggung lebih-lebih lagi buat mereka yang lama menunggu zuriat atau berdepan nasib yang sama.
“Sedih tengok trend ni. Apa perasaan ibu lain yang mungkin terima nasib yang sama tapi tetap redha dengan ujian yang Allah beri,” ujar seorang pengguna Threads.
Menurut Syarmimiey, memang ada para ibu yang berkongsi gambar anak mereka selain wanita TTC (Trying To Conceive) yang kecil hati dengan hantaran affiliate berkenaan.
Sementara itu, warganet turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyokong peniaga yang mencari rezeki dengan cara sebegitu.
“Buat aduan tekan ‘false information’ di akaun dia,” kata seorang individu.
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹