“Selamat Hairy Jadi” – Kek Topping ‘Bulu’ Pertama Di Malaysia Raih Perhatian Ramai [Video]
Kek mini berupa bulu manusia itu dikenali sebagai ‘Kek Bulu-bulu’ dan dijual pada harga RM15 bagi setiap satu.
- A bakery in Shah Alam, Selangor called Pasteljla introduced the first Bulu-bulu Kek in Malaysia, priced at RM15 each.
- The "hair" topping on the cake is actually seaweed, not real human hair, sparking mixed reactions from netizens.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selain memastikan makanan lazat atau pun menggunakan kuasa viral, salah satu cara bagi memastikan produk kita mendapat perhatian ramai adalah rupanya yang unik.
Disebabkan itu, ramai peniaga bereksperimen dalam menghasilkan produk-produk makanan yang istimewa untuk kelihatan eksklusif dan lain daripada lain.
Bakeri Di Shah Alam Perkenal Kek Rupa Bulu Manusia
Seperti baru-baru ini, tular beberapa hantaran di media sosial menunjukkan kek mini berupa bulu. Ya, bulu manusia.
Menerusi video dikongsi, kelihatan kek disaluti krim berwarna putih itu ditambah dengan topping ‘bulu-bulu’.
Sebuah bakeri terletak di Shah Alam, Selangor dikenali sebagai Pasteljla telah membawa sedikit kelainan dengan memperkenalkan kek itu dengan harga RM15 bagi setiap satu. Kek berperisa Cookies and Cream itu digelar sebagai ‘Bulu-bulu kek’.
‘Bulu’ Yang Digunakan Sebagai Topping Sebenarnya Rumpai Laut
Namun jangan terkejut dulu! Ini kerana sudah tentu ‘bulu’ yang digunakan itu bukanlah bulu manusia sebenar tetapi hanyalah rumpai laut.
Menurut pengasasnya, Jayla, konsep kafe itu adalah untuk sentiasa menawarkan kek yang comel dan menyeronokkan buat para pelanggan. Difahamkan, ini merupakan Kek Bulu-bulu pertama yang anda boleh dapatkan di Malaysia.
Kek Bulu Dipercayai Mula Viral Di Thailand & Filipina Sebelum ‘Landing’ Di Malaysia
Kek berbulu ini dipercayai mula tular selepas dijual di sebuah kafe di Thailand. Malah ia juga telah ‘mendarat’ di Filipina dengan panggilan ‘bul-cake’.
Kafe-kafe di negara luar ini juga menggunakan rumpai laut sebagai bahan utama yang melambangkan visual bulu manusia itu.
Baca Artikel Berkaitan: “Aneh-aneh Je” – Tular Super Ring Milkshake Raih Perhatian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Apa Benda Ni?” – Menu Campuran Nasi Lemak & Char Kuetiau Nachos Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Terliur” – Resipi Nasi Lemak Cendol Sempena Ramadan Buat Ramai Kembang Tekak
Ada Yang Tertanya-tanya Tentang Rasa Kek Bulu-bulu
Seperti yang anda boleh sangkakan, ruangan komen pasti sudah dipenuhi dengan reaksi orang ramai yang terkejut dan terkesima melihat rupa kek berkenaan.
Meskipun kelihatan agak pelik, namun kelihatan segelintir individu menunjukkan minat dan tertanya-tanya tentang perisa kek itu.
“Hadiah terbaik untuk ulang tahun hari jadi saya,” kata seorang netizen.
Malah ada juga yang sempat berjenaka melihat Kek Bulu-bulu kek tersebut.
“Macam bulu ketiak suami saya,” ujar seorang pengguna Instagram.
“Selamat Hairy Jadi,” tambah seorang lelaki.
‘Macam Mana Nak Bezakan Bulu Palsu & Bulu Sebenar?’ – Netizen
Bagaimanapun, ada juga sesetengah individu yang tidak bersetuju dengan konsep tersebut. Buat segelintir, visual kek itu tidak kelihatan menyelerakan. Bahkan ada juga yang berasa bimbang tentang kebersihan kek berkenaan.
“Macam mana nak bezakan kalau tukang bakar (baker) terjatuhkan rambut atau bulunya sendiri dekat kek tu?” soal seorang wanita.
Berikut antara komen-komen netizen:






Baca Artikel Berkaitan: “Untuk Yang Single Ke ni?” – Nasi Kandar Bentuk ‘Love’ Jadi Tumpuan, Serendah RM1 Pun Ada!
Baca Artikel Berkaitan: Lepas Kek Tapak Kuda, Kek Tapak Gajah Pula Jadi Perhatian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Takut Nak Makan” – Kafe Di Indonesia Jual Kopi Indomie Jadi Perhatian
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹

