Tahi Mata Boleh Jadi Punca Wuduk Tak Sah? Ini Yang Patut Korang Tahu [Video]
Menurut Mohamad Zaid yang juga Imam di Masjid Kg Nakhoda, Batu Caves dalam kitab majmuk disebutkan bahawa membersihkan kedua-dua mata hukumnya sunat, jika tidak ada kotoran yang menghalang air.
Tahi mata yang mengeras boleh menghalang air daripada sampai ke kulit semasa berwuduk, menyebabkan wuduk tidak sah.
Tahi mata yang lembik masih boleh menyerap air, tetapi jika ia menghalang air ke kulit, membersihkannya menjadi wajib.
Menurut Pejabat Mufti Selangor, tahi mata yang halus atau kecil dimaafkan dan tidak menjadikan wuduk tidak sah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebagai umat Islam kita disarankan untuk sentiasa memperbetulkan ibadah yang dilakukan agar ia lebih sempurna contohnya bacaan di dalam solat, cara rukuk, perkara yang boleh membatalkan wuduk dan sebagainya.
Yelah, ia merupakah ibadah harian yang sering dilakukan maka penting untuk seseorang sentiasa melakukan perkara yang betul agar solat didirikan sah.
Tahi mata boleh menyebabkan solat tak sah
Baru-baru ini Geng Masjid Kg Nakhoda di Batu Caves, Selangor telah berkongsi satu perkara yang mungkin tidak disedari oleh orang ramai tetapi boleh menyebabkan wuduk yang diambil tidak sah.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Imam yang dikenali sebagai Mohamad Zaid Mohamad Amran mengatakan solat seseorang boleh menjadi tidak sah hanya disebabkan tahi mata.
“Bayangkan bila kita bangun daripada tidur, kemudian kita ambil wuduk macam biasa basuh muka, tangan, sapu kepala, dan basuh kaki. Kita nampak macam semuanya dah sempurna.
“Tapi pada hakikatnya wuduk kita boleh jadi belum sah, sebab apa? Sebab tahi mata,” ujarnya.
Tahi mata yang dah keras boleh menjadi penghalang untuk air sampai ke kulit
Kata Mohamad Zaid sebenarnya ramai yang terlepas pandang mengenai hal tersebut sewaktu mengambil wuduk.
“Tahi mata yang dah mengeras boleh menjadi sesuatu yang menghalang air daripada sampai ke kulit.”
Namun Ahmad Syaqiq Shuhairi kemudian bertanya, bagaimana pula jika tahi mata tersebut mempunyai tekstur yang lembik?
Tahi mata yang lembik masih boleh menyerap air sampai ke kulit, wajib bersihkan bahagian mata jika ada yang menghalang air ke kulit
Mohamad Zaid menjelaskan tahi mata yang lembik masih lagi boleh menyerap air.
“Dalam kitab majmuk disebutkan bahawa membersihkan kedua-dua mata hukumnya sunat, jika tidak ada kotoran yang menghalang air.
“Tetapi kalau terdapat kotoran yang menghalang air daripada sampai ke bahagian tersebut, maka membersihkannya menjadi wajib,” katanya lagi.
Justeru itu, Mohamad Zaid menasihatkan seluruh umat Islam untuk memerhatikan terlebih dahulu serta membersihkan bahagian mata agar tiada objek yang boleh menghalang air dari sampai ke kulit sewaktu berwuduk.
Perkara sama turut dijelaskan dalam laman sesawang Pejabat Mufti Selangor, selepas ada yang bertanya adakah sah wuduk jika menyedari ada tahi mata yang halus dan kecil.
“Tahi mata tidaklah menjadikan wuduk tidak sah, kerana tahi mata bukannya najis. Ia hanya kotoran yang perlu dibersihkan, namun perlu dipastikan ia tidak kering dan melekat hingga menghalang air sampai kepadanya. Sekiranya halus atau kecil maka ia dimaafkan.”
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.