Penyanyi Vietnam Captain Boy dan Wren Evans teruja apabila bertanya kepada penyanyi Malaysia, Ivan adakah benar animasi Upin & Ipin dari Malaysia.
Captain Boy dan Wren Evans kongsi Upin & Ipin disukai oleh setiap lapisan masyarakat di Vietnam, malah Captain Boy turut cuba mengikut gaya karakter utama dalam animasi itu.
Kedua-dua penyanyi itu turut menyebut tagline daripada karakter Upin & Ipin iaitu "True, True, True" dan "Yes, Yes, Yes,",Captain Boy turut memaklumkan dia juga menonton Boboiboy.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebut tentang animasi Upin & Ipin pasti ramai yang sudah teringat dengan tagline dua beradik ini yang suka gunakan perkataan “betul, betul, betul.”
Malah animasi ini bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak dan masyarakat tempatan tetapi turut mendapat sambutan di luar negara seperti Indonesia tanpa mengira usia.
Penyanyi dari Vietnam teruja cakap mengenai Upin & Ipin
Terbaharu dua penyanyi Vietnam iaitu Captain Boy dan Wren Evans menjadi perhatian apabila teruja bercakap mengenai animasi Upin & Ipin ketika bersembang dengan seorang penyanyi Malaysia, Ivan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Dynalee di TikTok, awalnya kelihatan ketiga-tiga penyanyi itu sedang duduk di satu barisan kerusi.
Tidak lama kemudian Wren Evans bertanya kepada Ivan adakah Upin & Ipin daripada Malaysia. Ivan lalu menjawab, benar ia menggunakan bahasa Melayu.
Siap tanya adakah ia filem terbaik Malaysia?
Captain Boy yang teruja mendengar perkara tersebut kemudiannya bertanya adakah benar animasi itu filem terbaik di Malaysia?
Ivan bagaimanapun tidak dapat menjawabnya kerana dia tidak menonton Upin & Ipin. Mendengar jawapan Ivan mereka terkejut seolah-olah tidak percaya Ivan tidak menontonnya.
Sifatkan Upin & Ipin adalah animasi kegemaran kanak-kanak di Vietnam
Mereka kemudian mengatakan ia merupakan animasi kegemaran kanak-kanak di Vietnam.
“Yo, awak tahu di Vietnam semua kanak-kanak mengetahuinya (Upin & Ipin). Saya tahu mengenainya.
“Ia seperti semua generasi mengetahui tentang Upin & Ipin,” kata Wren Evans.
Dah tengok siri Upin & Ipin main badminton banyak kali
Turut kelihatan Captain Boy yang berada di tengah-tengah mula melakukan gaya seperti watak Upin & Ipin. Malah dia juga mengatakan animasi berkenaan juga ada bermain badminton.
“Upin & Ipin main badminton, saya menontonnya banyak kali. Saya tahu,” jelas Captain Boy dan turut bertanya mengapan Ivan tidak menontonnya.
Siap sebut “True, True, True” dan “Yes, Yes, Yes” sama macam Upin & Ipin, Sifatkan minat animasi Boboiboy juga
Wren Evans turut menyebut tagline popular animasi berkenaan di dalam bahasa Inggeris seperti “True, True, True” dan Captain Boy mengikutinya serta menyebut “Yes, Yes, Yes” persis seperti Upin & Ipin dalam kartun tersebut.
Selain Upin & Ipin, Captain Boy turut menonton satu lagi animasi daripada Malaysia iaitu Boboiboy selain menyifatkan dirinya umpama Boboiboy.
Bukan hanya itu Captain Boy juga turut meniru gaya karakter Boboiboy dengang mengangkat jaketnya sambil bergerak.
Sangat tak expect ye.. Upin & Ipin mentioned in Vietnamese show😂 srs ah Upin Ipin memang famous dekat Vietnam dari dulu lagi? Also wondering, Malaysian yang Chinese memang tak tengok Upin Ipin ke sbb ada jugak a few friends yang tak tengok.. #fypツ#IVAN#tinhhasayhi#malaysia#upinipin
Turut difahamkan ketiga-tiga penyanyi itu memasuki program realiti di Vietnam iaitu Tinh Ha Say Hi yang menampilkan seramai 24 peserta yang terdiri daripada penyanyi dan pencipta lagu.
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji dua penyanyi Vietnam itu kelihatan comel apabila menyebut tagline Upin & Ipin.
Malah ada juga yang tidak sangka karya Upin & Ipin dan Boboiboy turut terkenal di negara Asia Tenggara selain Indonesia.
“Kalau Indonesia tak pelik lagi tau, ni Vietnam. Asal random betul, tak sangka Upin & Ipin ni famous juga dekat sana ‘a whole generation know'”
“Saya pun tak tahu naimasi Malaysia popular dekat Asia Tenggara sampailah ada orang post pasal tu. Kalau Omar dan Hana tu dah sampai market muslim international”
“Aku ingatkan semua orang tahu yang Upin & Ipin ni famous dekat Asia Tenggara macam Filipina, Thailand dan Vietnam”
“Saya dari Vietnam dan Upin & Ipin adalah zaman ketika saya kecil. Bila saya tanya kepada kawan-kawan mengenainya 90% sukakannya (Upin & Ipin).”
“Next, tunggu Papazola masuk Korea Septemberni pula”
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.