Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kemalangan tragis melibatkan sebuah Perodua Bezza dan lori minyak di Jalan Temerloh-Triang berhampiran Kampung Lebak, di Temerloh, Pahang pada Jumaat (14 Ogos) lalu nyata mendapat perhatian ramai.
Kejadian menyayat hati itu telah mengorbankan Muhamad Fattah Aisy Naufal Saifulnizam yang berusia 12 tahun serta ibunya, Nur Fatima Syuhada Abdullah (39 tahun) selepas Bezza yang dinaiki mereka dihempap lori tangki berkenaan sebelum terbakar.
Jenazah dua beranak itu kemudiannya telah selamat dikebumikan dalam dua liang lahad bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Sanggang, Temerloh pada 17 Ogos, jam 2.30 petang.
Individu Dipercayai Rakan Muhamad Fattah Aisy Naufal Hantar Mesej Peribadi Kepada Bapa Mangsa
Terbaharu, bapa kepada Allahyarham Muhamad Fattah Aisy Naufal, Saifulnizam Sulaiman berkongsi satu tangkap layar mesej peribadi yang dihantar kepadanya dipercayai oleh rakan kepada arwah Naufal.
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan di Instagram Story, individu berkenaan memulakan perbualan dengan bertanyakan khabar Saifulnizam.
“Assalamualaikum pak cik. Pak cik sihat?” soal individu terbabit.
Saifulnizam kemudiannya dilihat membalas mesej tersebut memaklumkan bahawa urusan pengebumian telah selesai dijalankan.
Malah, dia juga turut meminta individu terbabit mendoakan kesejahteraan buat arwah isteri dan anaknya.
Rakan Sedih Dengan Pemergian Mangsa, Sifatkan Arwah Muhamad Fattah Aisy Naufal Seorang Yang Baik
Apa yang menjadi perhatian adalah indvidu terbabit meluahkan rasa sedih dengan pemergian arwah Muhamad Fattah Aisy Naufal.
Malah dalam perbualan sama, dia turut menyifatkan arwah seorang yang baik dan suka membantu orang lain.
“Saya dah setiap hari selawat untuk mereka. Saya nak menangis bila ingat balik. Sebab Naufal dekat sekolah baik sangat, suka tolong orang,” tulisnya.
Jelas Sulaiman di IG Story berkenaan, anaknya itu sanggup tidak makan demi mahu membantu rakan-rakannya.
Sulaiman Sifatkan Kehilangan 2 Insan Tersayang Titik Terendah Dalam Hidup
Sulaiman selepas pengebumian isterinya pada Selasa (18 Ogos) lalu menjelaskan dia berasa kosong selepas pemergian kedua-dua insan tersayang itu.
“Rasa kosong sekarang ini. Tengah nak kumpul jiwa balik.” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Walau bagaimanapun, Sulaiman menjelaskan, dia amat menghargai keprihatinan orang ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat isteri dan anaknya.
“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, semua kawan-kawan. Ramai yang tak kenal pun datang dan terima kasih yang mendoakan,” ujarnya.
Sebelum ini, Sulaiman dalam satu video di Instagram pada 15 Ogos lalu menjelaskan pemergian isteri dan anaknya itu disifatkan titik terendah dalam hidupnya.
“Ini tamparan yang sangat hebat bagi saya, titik terendah dalam hidup saya,” katanya.
Pemandu Lori Mengaku Tak Bersalah Atas Dua Pertuduhan
Dalam pada itu, pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan terbabit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh semalam (18 Ogos) atas dua pertuduhan sehingga menyebabkan kematian dua beranak.
Pemandu lori terbabit, Norazlan Mahayuddin membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Anis Adlina Abu Johan.
Mengikut pertuduhan, Norazlan didakwa memandu sebuah lori tangki secara berbahaya selepas mengambil kira keadaan jalan, saiz dan kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku di lokasi kejadian.
Baca Artikel Berkaitan: “Ngeri!” – Kontena Terpisah Dari Kepala Treler Buat Ramai Mengucap Panjang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Adik Memang Suka Bantu Orang Lain” – Pemuda Meninggal Dunia Lepas Bantu Pengantin Baharu Maut Kemalangan
Nur Fatin
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.