Now Reading
Tular Video Pemandu Kereta Singapura Bergaduh Dengan Polis Malaysia Berhampiran Woodlands Checkpoint

Tular Video Pemandu Kereta Singapura Bergaduh Dengan Polis Malaysia Berhampiran Woodlands Checkpoint

Seorang lelaki yang menyaksikan insiden itu turut memaklumkan dia tidak pasti apakah punca kepada perselisihan faham antara pemandu warga Singapura dan anggota polis terbabit.

Ringkasan
  • Seorang pemandu Singapura dilihat bertengkar dengan seorang anggota polis trafik Malaysia ketika berada di Checkpoint Woodlands jam 12.08 pagi pada 16 Ogos.
  • Menerusi video dikongsikan kelihatan anggota polis berkenaan menghayun helmetnya ke arah pemandu berkenaan, sebelum datang seorang lagi anggota polis untuk meleraikan perselisihan faham berkenaan. 

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali ingin memasuki sempadan sesebuah negara pastinya terdapat pihak berkuasa seperti polis yang sedang menjaga lalu lintas ia bertujuan untuk mengelak atau mengawal kesesakan lalu lintas.

Pemandu kereta Singapura didakwa bertengkar dengan anggota polis Malaysia ketika dalam perjalanan masuk ke pintu masuk Woodlands

Terbaharu, seorang pemandu dipercayai warga Singapura dilihat bergaduh dengan seorang anggota polis trafik Malaysia ketika berada di laluan memasuki pintu masuk Woodlands (Woodlands checkpoint) ]pada 16 Ogos lalu.

Menurut Mothership yang memetik sumber, Aeric insiden itu dipercayai berlaku pada jam 12.08 pagi. Ketika insiden berlaku Aeric turut berada di kawasan berkenaan kerana tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Sumber memaklumkan tak pasti punca berlaku pergaduhan antara pemandu dan anggota polis berkenaan

Ujar Aeric, dia tidak pasti apakah punca yang menyebabkan pemandu lelaki kereta bernombor pendaftaran Singapura dan polis trafik tersebut bertengkar dan kelihatan tiada individu yang mengalami kecederaan daripada perselisahan faham itu.

Sewaktu ditanya adakah perselisihan faham itu berlaku disebabkan kesesakan lalu lintas, Aeric mengatakan tidak pasti kerana kesesakan itu tidak terlalu teruk namun boleh menyebabkan sedikit gangguan.

“Tidak juga kerana kesesakan lalu lintas itu tidak terlalu teruk pada ketika itu,” katanya.

Anggota polis dilihat menghayun helmet ke arah pemandu kereta

Menerusi video yang dikongsikan oleh Aeric kepada Mothership, kelihatan pemandu berkenaan dan polis itu sedang bertengkar antara satu sama lain dan berlaku tolak-menolak.

Malah turut kelihatan dalam video anggota polis terbabit dipercayai menghayun helmetnya ke arah pemandu berkenaan. Namun pemandu itu sempat mengelak.

Datang seorang lagi anggota polis cuba leraikan perselisihan faham

Tidak lama kemudian datang seorang lagi anggota polis cuba meleraikan perselisihan antara dua lelaki berkenaan.

Namun pemandu lelaki itu dilihat terus agresif serta cuba melakukan provokasi untuk bergaduh semula.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.