Now Reading
Tuah Badan! Wanita Tak Sangka Suami Jadi Pembeli Ke 2000 Sambal Nyet Bilis, Antara Pemenang Bercuti Ke Itali Bersama Khairul Aming

Tuah Badan! Wanita Tak Sangka Suami Jadi Pembeli Ke 2000 Sambal Nyet Bilis, Antara Pemenang Bercuti Ke Itali Bersama Khairul Aming

Kongsi Afiqah, suaminya yang dikenali sebagai Nasruddin sememangnya suka bergurau untuk pergi ke Itali seolah-olah menyimpan harapan dapat memenangi peraduan tersebut.

Ringkasan
  • Wanita yang dikenali sebagai Afiqah menjelaskan suaminya, Nasruddin, sering bergurau mahu ke Itali setiap hari dan tidak menyangka jadi pembeli ke 2,000 Sambal Nyet Bilis.
  • Khairul Aming sebelum ini telah melancarkan Sambal Nyet Bilis dengan lima pembeli terpantas dan yang ke 1,000 serta 2,000 berpeluang bercuti ke Dolomites, Itali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, pempengaruh dan juga usahawan, Khairul Aming (KA), telah melancarkan produk terbaharu iaitu Sambal Nyet Bilis.

Menariknya, lima pelanggan terpantas dan pembeli yang ke 1,000 serta 2,000 berpeluang bercuti ke Dolomites, Itali.

Sehingga kini, lima pelanggan terpantas telah diketahui pemenangnya namun pembeli yang ke-1,000 dan 2,000 masih menjadi tanda tanya.

Suami Hari-Hari Bergurau Nak Pergi Itali, Wanita Tak Sangka Suami Jadi Pemenang Ke-7

Terbaharu, seorang wanita tidak menyangka suaminya merupakan pembeli ke 2,000 sekaligus menjadi pemenang ke-7 bagi peraduan berkenaan.

Detik bermakna itu dikongsikan oleh wanita yang dikenali sebagai Afiqah dalam satu hantaran di Threads @afiqahz88.

Kongsi Afiqah, suaminya yang dikenali sebagai Nasruddin sememangnya suka bergurau untuk pergi ke Itali seolah-olah menyimpan harapan dapat memenangi peraduan tersebut.

“Alhamdulillah rezeki yang tak disangka-sangka. Hari-hari dia duduk gurau-gurau kata pergi Itali, nak kemas beg la, nak pakai baju apa la, siapa nak hantar airport la.

“Dia kecewa semalam sambal dah post out sebab KA cakap yang dapat pergi akan post lambat-lambatkan. Akhirnya terjawab juga. Tahniah awak,” tulisnya.

View on Threads

Malah, Afiqah sebelum itu turut memuat naik hantaran bertanyakan tentang status pembeli yang ke-1,000 dan 2,000 bagi pihak suaminya.

“Dah ada ke pemenang ke 1,000 atau 2,000? Hari-hari encik suami mengharap ni, kecewa dia semalam status dah courier,” tulisnya.

View on Threads

Suami Lebih Teruja Sebab Dapat Beli Sambal, Sebelum Ini Tak Pernah Berjaya

Kongsi Afiqah kepada BuzzKini, suaminya berasa terkejut namun menzahirkan rasa syukur dengan kemenangan itu.

Ini kerana jelas Afiqah, suaminya itu teruja dengan pembelian lima botol sambal bilis nyet kerana sebelum ini tidak berjaya membeli produk berkenaan.

“Suami memang teruja menanti parcel dari hari berjaya dia beli. Sebenarnya lebih kepada teruja sebab dapat beli sambal, sebelum ini tak pernah berjaya,” kongsinya.

Berita gembira itu turut dikongsikan oleh suaminya dalam satu hantaran di Threads @nasruddinsidek.

“Assalamualaikum Khairul Aming. Alhamdulillah surat saya juga dah sampai. Terima Kasih KA & team. Terima Kasih Allah untuk rezeki ini,” tulisnya.

View on Threads

Malah, Khairul Aming turut menzahirkan ucapan tahniah dan berkongsi perkara tersebut di Threads miliknya mengenai penemuan pemenang yang ke-7.

View on Threads

Ramai Teruja Dengan Kemenangan Suami Afiqah Jadi Pembeli Ke 2,000

Perkongsian yang telah mendapat lebih 54,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menzahirkan ucapan tahniah atas kemenangan suami Afiqah yang berjaya menjadi pembeli Sambal Nyet Bilis yang ke-2000.

Ini sekaligus menjadikan suaminya itu sebagai pemenang ke-7 yang memenangi pakej percutian ke Dolomites, Itali.

Malah, pemenang yang ke-6 iaitu pembeli ke 1,000 turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Nasruddin dalam hantaran di Threads.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Tahniah Sis & Suami. Selamat Bercuti Ke Itali”

“Wah Tahniah Bang! Kita Jumpa Dekat Airport Nanti”

“Muka Ada Senyum, Ini Pembeli Ke Berapa?”

“Macam Dapat Golden Ticket Willy Wonka”

“Tahniah”

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Perkenal Produk Sambal Nyet Ke-4, Siap Turun Ke Laut Untuk Belajar Tentang Ikan Bilis [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kantoi Curi Gambar Orang Lain, Ada Yang Mula Cuba Scam Jualan Sambal Nyet Bilis Khairul Aming

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.