“Semoga Kuat Pejuang Nafkah” – Sekumpulan Lelaki Solat Subuh Berjemaah Dalam Koc KTM Raih Pujian [Video]
Menerusi video tular itu, kelihatan empat orang lelaki tersebut sedang solat Subuh beralaskan sejadah yang dibentangkan di dalam ruangan koc kereta api yang agak sempit.
Video sekumpulan penumpang lelaki Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sedang solat Subuh berjemaah di dalam tren dari arah Arau ke Anak Bukit, Alor Setar mendapat perhatian ramai.
Menerusi video berkenaan, kelihatan empat lelaki itu sedang solat beralaskan sejadah yang dibentangkan di dalam ruangan koc kereta api yang agak sempit.
Meskipun ruang solat adalah terhad, namun ia tidak menjadi penghalang kepada penumpang-penumpang itu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan Allah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti yang kita semua tahu, mendirikan solat lima waktu sehari merupakan kewajipan bagi semua umat Islam yang cukup syaratnya.
Bagaimanapun, tidak boleh dinafikan ada segelintir yang terlepas menunaikan tanggungjawabnya dengan alasan sibuk dengan urusan dunia. Pun begitu, perlu ingat solat ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan tempatnya bersih dan suci.
Empat Lelaki Solat Subuh Berjemaah Dalam Koc KTMB
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Nadia berkongsi video sekumpulan penumpang lelaki Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sedang solat Subuh berjemaah di dalam tren dari arah Arau ke Anak Bukit, Alor Setar.
Menerusi video berkenaan, kelihatan empat lelaki itu sedang solat beralaskan sejadah yang dibentangkan di dalam ruangan koc kereta api yang agak sempit.
“Masuk Je Waktu Solat, Terus Bentang Sejadah” – Penumpang
Meskipun ruang solat adalah terhad, namun ia tidak menjadi penghalang kepada penumpang-penumpang itu melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang hamba Allah.
“Pagi hari ni naik komuter dari Arau ke Anak Bukit untuk pergi lapangan terbang. Masuk je waktu Subuh, abang-abang ni terus bentang sejadah dan solat berjemaah dalam komuter,” kongsinya.
‘Memang Perlu Solat Dalam Tren Untuk Sampai Pejabat Sebelum 8 Pagi’ – Penumpang KTMB
Jelas Nadia, kekerapan tren KTMB di kawasan Pantai Timur agak terhad sehingga menyebabkan penumpang perlu mendirikan solat di dalam tren sekiranya tidak mahu terlewat ke tempat kerja.
“Pemandangan yang jarang sangat nampak (orang solat dalam tren) kalau di Kuala Lumpur, mungkin sebab banyak pengangkutan awam dekat sana.
“Sini kalau nak ke Sungai Petani atau Pulau Pinang naik KTM, tren ada setiap 20 ke 30 minit. Jadi memang kena solat dalam tren untuk sampai tempat kerja sebelum jam 8 pagi.
“Semoga Allah terus kuatkan langkah para pejuang nafkah. Semoga setiap perjalanan dan penat lelah menjadi ibadah,” katanya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji lelaki-lelaki berkenaan kerana tidak melupakan tanggungjawab hakiki meskipun sibuk dengan urusan dunia.
“Pernah juga nampak mereka yang kerja jauh terpaksa solat dalam tren. Masa tu naik tren lebih kurang pukul 5 pagi. Ada juga yang solat sambil duduk di kerusi untuk menghormati waktu tu. Respect sangat dengan mereka semua ni. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT,” kata seorang wanita.
Ramai Cadang KTMB Tambah Surau Dalam Gerabak Kereta Api
Malah ada juga yang berharap agar KTMB boleh mempertimbangkan menambah surau di mana-mana gerabak tren pada masa akan datang.
“Inilah Malaysia. Nanti penduduk dah ramai dan semakin maju boleh tambah gerabak ada surau,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, ada juga seorang wanita yang berkata suaminya sempat solat berjemaah dan membaca al-Quran ketika menaiki tren pada hari Jumaat.
“Suami saya salah seorang yang naik komuter dari Alor Setar ke Parit Buntar. Kalau hari Jumaat, dia kata sempat berjemaah dan baca ayat Surah Sajadah,” kata seorang wanita.
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹