Now Reading
Effort Ibu Bapa Hasilkan Rekaan Kreatif Buat Anak Sempena Hari Kemerdekaan Raih Pujian [Video]

Effort Ibu Bapa Hasilkan Rekaan Kreatif Buat Anak Sempena Hari Kemerdekaan Raih Pujian [Video]

Bukan hanya topi lengkap dengan replika mercu tanda negara seperti Menara Merdeka 118, ada ibu bapa yang siap membuat wau untuk dipakai pada outfit sempena Hari Kemerdekaan.

Ringkasan
  • Seorang wanita yang dikenali sebagai Rosny, mula tular selepas berkongsi proses menghasilkan topi sempena Hari Kemerdekaan buat anaknya.
  • Rekaan topi yang bertemakan Jalur Gemilang turut menampilkan replika Menara Merdeka 118 dan Tunku Abdul Rahman.
  • Ibu bapa lain turut berkongsi hasil kreativiti masing-masing buat anak mereka sempena Hari Kemerdekaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hanya berbaki dua minggu sahaja lagi, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69 tahun.

Pada ketika ini, banyak program telah diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Merdeka dan Bulan Kebangsaan negara.

Ibu Bapa Gigih Hasilkan Rekaan Kreatif Buat Anak Sempena Hari Merdeka

Baru-baru ini, tular di media sosial hasil air tangan seorang wanita yang mencipta sebuah topi bertemakan kemerdekaan buat anaknya.

Perkara itu dikongsikan oleh wanita yang dikenali sebagai Rosny dalam satu hantaran di Threads @rosnymfz.

Menerusi hantaran tersebut, Rosny turut berkongsi imej proses awal pembuatan topi bertemakan Hari Kebangsaan.

Dapat dilihat replika Menara Merdeka 118 serta Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman menghiasi bahagian atas topi tersebut.

Malah, topi itu turut diwarnakan mengikut warna Jalur Gemilang serta dihias dengan bendera negeri di Malaysia dan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Jelas Rosny, dia mengambil masa selama tiga hari bagi menyiapkan topi tersebut.

“Hasil tiga hari buat topi merdeka anak. Emak tak kreatif, apa yang jadilah ek. Menang kalah tak apa yang penting effort. Topi Merdeka,” tulisnya.

Kongsi Rosny kepada BuzzKini, itu merupakan kali pertama dia menghasilkan rekaan sebegitu sempena Pertandingan Topi Merdeka anjuran sekolah anak keduanya.

Malah difahamkan, suami dan anaknya juga turut membantu dalam menghasilkan topi terbabit.

View on Threads

Geng Ibu Bapa Lain Turut Kongsi Hasil Air Tangan Sendiri, Siap Ada Yang Buat Topi Lengkap Dengan Perisai

Bukan hanya Rosny tetapi ibu bapa lain juga tidak kurang hebatnya.

Menerusi ruangan komen, warganet turut berkongsi usaha mereka menghasilkan rekaan unik sempena sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah cahaya mata tersayang.

Ada yang menghasilkan topi bertemakan kemerdekaan sama seperti Rosny namun lengkap dengan perisai.

Foto: Threads @zizi_loveeee

Foto: Threads @nana_zick

View on Threads

Malah, ada juga yang menghasilkan barangan lain antaranya seperti replika Menara Berkembar Petronas dan Jambatan Pulau Pinang.

View on Threads

View on Threads
View on Threads

Hiasan Wau Siap Dengan Lampu Kelip-Kelip Pun Ada

Bukan hanya topi semata-mata, ada pengguna lain dalam hantaran berasingan turut kreatif membuat hiasan seperti wau yang dihiasi dengan lampu untuk dipakai bersama outfit Hari Kemerdekaan.

Antaranya seperti Asikin yang berkongsikan rekaan suaminya sendiri menghasilkan wau tersebut buat anak mereka yang berusia lima tahun.

View on Threads

Ramai Puji Effort Ibu Bapa Hasilkan Rekaan Kreatif Buat Anak

Perkongsian para ibu bapa nyata menarik perhatian pengguna media sosial yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji usaha dan kegigihan ibu bapa dalam menghasilkan rekaan terbaik demi anak tersayang sempena hari kemerdekaan yang akan tiba tidak lama lagi.

Malah, ada yang berseloroh meminta tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi kreatif seperti mereka untuk menghasilkan rekaan yang disifatkan begitu cantik.

Ini antara komen pengguna Threads:

“Masya-Allah Kreatifnya! Terletak Elok Je Topi Merdeka Tu”

“Macam Mana Nak Buat Menara 118 Tu, Ada Template Ke?”

“Tak Kreatif Apa Rupanya Begitu Kak, Lawa Betul Hasilnya”

“Sis Tolong Buat Servis Ni Ye, Nanti Saya Beli Je Dekat Sis. Saya Jenis Tak Kreatif”

Baca Artikel Berkaitan: Rekaan Baju Pelajar Sekolah Guna Bahan Kitar Semula Sempena Hari Kebangsaan Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Dalam Banyak-banyak Pilihan, Kenapa Bunga Raya Dinobat Sebagai Bunga Kebangsaan? Ini Kisahnya

Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Fakta Menarik Tentang Hari Kemerdekaan Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.