Demi Keselamatan! Ramai Puji Bapa Guna Kain Pelikat Jadi ‘Safety Harness’ Ketika Bawa Anak Kecil Naik Motosikal [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan lelaki berkenaan menitikberatkan keselamatan anaknya apabila tidak hanya memakai helmet tetapi turut mengikat anak pada dirinya menggunakan kain pelikat.
Seorang bapa tular di Threads selepas mengikat dirinya dan anak perempuan menggunakan kain pelikat demi keselamatan menunggang motosikal.
Ramai memuji tindakan bapa itu, yang turut memastikan anaknya memakai topi keledar, sebagai contoh ibu bapa yang prihatin dan berfikiran panjang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kata orang, seorang ayah sanggup lakukan apa sahaja demi anak yang tersayang meskipun terpaksa mengorbankan diri sendiri. Semua perkara itu dilakukan demi memastikan anak hidup dalam keadaan selesa dan selamat.
Penunggang ikat anak perempuan ketika naik motor
Baru-baru ini, seorang bapa menjadi perhatian ramai sewaktu membawa anak perempuannya menaiki motosikal.
Dalam video yang dikongsikan oleh Ainn di Threads, awalnya bapa berkenaan sedang berhenti di lampu isyarat merah sambil anak kecilnya berada di bahagian pembonceng.
Ikat dengan kain pelikat untuk keselamatan anak
Namun apa yang mencuri tumpuan adalah sikap prihatin si bapa apabila dia mengikat dirinya dan anak kecil itu menggunakan kain dilihat seperti kain pelikat seperti ‘safety harness.’
Perkara itu dilakukan oleh si bapa dipercayai bertujuan untuk keselamatan seperti mengelakkannya daripada terjatuh dan sebagainya.
Bukan hanya itu, si bapa turut memastikan anak perempuannya itu memakai topi keledar sewaktu menaiki motosikal bersamanya.
“Terharu tengok abang ni tadi, jaga keselamatan anak dia. Susah nak jumpa lelaki yang betul macam ni,” kata Ain.
Ramai puji tindakan bapa ikat anak dengan kain pelikat ketika naik motosikal
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan penunggang motosikal berkenaan.
Malah ada yang berpendapat tindakan mengikat atau memakaikan ‘harness’ seperti itu adalah bagus serta selamat selain memuji si ayah seorang yang bagus serta berfikiran panjang.
Tidak kurang ada juga pengguna yang berkongsi foto memaparkan ibu bapa lain yang turut melakukan hal sama kepada anak mereka.
Video tersebut turut mengingatkan segelintir pengguna Threads kepada bapa masing-masing kerana pernah melalui pengalaman sama.
“Semoga dipermudahkan urusan abang ni dan anaknya.”
“Bagus ayah dia. Doa luas rezeki untuk kamu sekeluarga”
“Alaa comelnya”
“Abang ni seorang ayah yang tak sampai hati nak kata tidak, bila bab membahagiakan anak-anak dia. Contoh dalam video ni anak dia nak ikut naik motor tapi dah besar takkan nak duduk dekat raga depan pula solusi dia ikat lah..”
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.