“Kanser Tak Membunuh, Tapi Chemo” – Pusat Rawatan Tradisional Dakwa Kemoterapi Adalah Scam Undang Perhatian [Video]
Dakwa seorang pengamal perubatan tradisional, rawatan kemoterapi adalah “scam terbesar dalam dunia perubatan” selain mendakwa pesakit akan bertambah teruk selepas menjalani terapi berkenaan.
Sebuah pusat rawatan tradisional di Kedah mendakwa kemoterapi adalah "scam terbesar dalam dunia perubatan" dan tidak diperlukan untuk merawat kanser.
Pengasas pusat rawatan tersebut turut mendakwa boleh mengesan penyakit dalaman seseorang hanya melalui gambar mata dan merawat pesakit dalam masa 15 minit.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan rawatan moden seperti kemoterapi yang terbukti keberkesanannya seharusnya menjadi pilihan utama merawat kanser.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular beberapa tangkap layar dari TikTok menunjukkan sebuah pusat rawatan tradisional yang mendakwa boleh merawat penyakit kanser dihidap pesakit tanpa perlu melalui sesi rawatan kemoterapi.
Pusat Rawatan Tradisional Dakwa Kemoterapi Scam Terbesar Dunia Perubatan
Dakwa akaun TikTok itu lagi, kemoterapi adalah “scam terbesar dalam dunia perubatan”, malah mendakwa bahawa pesakit akan bertambah teruk selepas menjalani terapi berkenaan.
“Tolong bawa anak-anak yang kena kanser datang Kedah untuk berubat dengan kami. Kanser tak pernah membunuhmu tetapi kemoterapi,” dakwanya.
Pengasas Pusat Rawatan Dakwa Dapat Kesan Penyakit Dihidap Individu Melalui Gambar Mata
Menerusi semakan kami di akaun TikTok tersebut, pengamal perubatan tradisional dan pengasas pusat rawatan terbabit mendakwa keberkesanan salah satu rawatannya boleh dilihat dalam masa 15 minit sahaja.
Bukan itu sahaja, dalam salah satu hantarannya, dia mendakwa mereka boleh mengesan penyakit dalaman yang dihidapi seseorang hanya menerusi gambar mata individu yang dikongsi.
“Ubat Yang Individu Makan Lepas Jalani Pemeriksaan Kesihatan Adalah Racun” – Pengamal Perubatan Tradisional
Katanya, ubat-ubat yang diberikan pakar dan doktor selepas seseorang individu menjalani pemeriksaan kesihatan adalah ‘racun’ dan akan membuatkan kesihatan badan merosot.
“Scam! Jaga-jaga tuan puan bila pergi lakukan pemeriksaan kesihatan, tuan puan bakal diberi ubat seumur hidup. Yang tuan puan makan bukan ubat tapi racun sintetik pemusnah masalah organ! Sudah tiba masanya kita kembali ke perubatan alamiah dan ilahiah,” dakwanya menerusi satu lagi perkongsian.
Sumber: TikTok
Dakwaan-dakwaan ini kemudiannya telah mendapat perhatian pengguna Threads selepas beberapa tangkap layar akaun itu dimuat naik semula di platform berkenaan.
“Lepas ni doktor dah boleh bersara awal dah 📏,” kata seorang netizen dengan nada sinis.
‘Rawatan Moden Yang Terbukti Keberkesanannya Harus Jadi Pilihan Utama Pesakit’ – Pejabat Mufti WP
Menerusi semakan kami, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini menegaskan bahawa rawatan konvensional (moden) seperti kemoterapi, radioterapi, pembedahan, imunoterapi yang dibuktikan keberkesanannya melalui pelbagai ujian klinikal seharusnya menjadi pilihan utama dalam merawat penyakit kanser yang berisiko kematian.
Ini dikatakan lebih praktikal berbanding bergantung kepada terapi tradisional yang tidak mempunyai bukti kukuh tentang keberkesanannya.
‘Penat-penat Pakar Belajar & Dapatkan Kelayakan, Tapi Spray Herba Yang Dikatakan Dapat Sembuhkan’ – Netizen
Menjengah ke ruangan balas Threads, rata-rata orang ramai terkejut dengan dakwaan tak berasas yang dikeluarkan pengasas pusat rawatan tradisional itu.
“Penat-penat doktor belajar lima tahun untuk ijazah perubatan, lepas tu lima tahun lagi untuk master dan setahun lagi untuk pengkhususan perubatan, akhirnya spray herba air dia paling berjaya, automatik sihat,” kata seorang wanita.
‘Tak Setuju Rawatan Kemoterapi, Tapi Setuju Dengan Diagnosis Kanser Oleh Pakar’ – Doktor Kesihatan
Seorang doktor kesihatan turut berasa pelik dengan sikap pengamal perubatan tradisional tersebut yang tidak mempercayai rawatan moden untuk merawat kanser tetapi bersetuju dengan diagnos dilakukan pakar terlibat.
“Yang susah payah buat diagnosis, buat biopsi, buat ujian pemeriksaan untuk sahkan kanser tu bukannya dia pun. Tak setuju dengan rawatan tetapi tiba-tiba boleh setuju dengan diagnosis? Pelik,” katanya.
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹