“Bangga Tengok Semua Hormat” – Pengunjung AEON Dipuji, Terus Berdiri Tegak Ketika Lagu Negaraku Dimainkan [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan para pengunjung AEON Cheras Selatan sedang berdiri tegak sewaktu sebuah majlis oleh PTPTN di sana memainkan lagu Negaraku.
- Pengunjung AEON Cheras Selatan dipuji kerana berdiri tegak sewaktu lagu Negaraku dimainkan di sebuah majlis dianjurkan PTPTN di sana.
- Orang ramai di pintu masuk juga dilihat berdiri tegak meskipun mereka bukan peserta majlis itu.
- Di bawah Akta Lagu Kebangsaan 1968, mana-mana individu yang tidak menghormati lagu Negaraku boleh dipenjara sebulan dan didenda maksimum RM100.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selalunya, kita akan dengar lagu Negaraku dimainkan sewaktu perhimpunan sekolah, pejabat kerajaan atau pada permulaan sebarang majlis rasmi, namun jarang terdengar lagu keramat itu dipasang di pusat membeli-belah.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads menunjukkan pengunjung yang ramai di dalam pusat beli-belah AEON Cheras Selatan, Cheras.
Ramai Pengunjung Termasuk Bukan Peserta Majlis Diri Tegak Semasa Lagu Negaraku Dimainkan
Tidak seperti pemandangan biasa yang anda lihat di dalam shopping mall, kelihatan orang ramai sedang berdiri tegak sewaktu lagu Negaraku berkumandang di dalam bangunan tersebut termasuklah golongan kanak-kanak, dewasa dan pengunjung lain yang tidak terlibat dalam majlis berkenaan.
Malah dari pintu masuk lagi anda boleh lihat orang sudah berdiri tegak.
Difahamkan lagu kebangsaan itu dimainkan sewaktu majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Teater Pendek Simpan SSPN anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
‘Indahnya Duduk Malaysia, Semua Hormat & Diri Nyanyi Lagu Negaraku’ – Pengguna Threads
Kesedaran orang ramai yang terus berdiri tegak sejurus mendengar lagu keramat itu dimainkan membuatkan pemilik video dikenali sebagai Naiski berasa terharu.
“Indahnya duduk di Malaysia apabila laungan lagu Negaraku dimainkan di dalam mall. Semua hormat, berdiri dan menyanyi bersama-sama.
“Bayangkan korang tengah jalan-jalan lepas tu ada event tengah mall buat raptai buka Lagu Negaraku, korang berhenti dan memberi penghormatan and nyanyi bersama berbilang kaum. Terharunya,” katanya di ruangan kapsyen.
View on Threads
Individu Tak Hormat Lagu Negaraku Boleh Dipenjara
Untuk info, individu boleh dikenakan hukuman sekiranya tidak menghormati dan enggan berdiri tegak ketika lagu Negaraku berkumandang.
Jika disabit kesalahan, individu terbabit boleh dipenjara selama sebulan serta denda maksimum RM100.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, mereka yang tidak berdiri bagi menghormati lagu Negaraku itu boleh ditahan mengikut Akta Lagu Kebangsaan 1968.
Baca Artikel Berkaitan: Semua Pelanggan Berdiri Sejurus Dengar Lagu Negaraku Di Restoran Raih Pujian [Video]
‘Bangga Jadi Anak Malaysia’ – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji pengunjung kerana menunjukkan sikap hormat terhadap lagu tersebut.
“Kita dah diajar dari kecil di sekolah kalau dengar lagu kebangsaan kena berdiri tegak. Tak kira bangsa. Inilah budaya di Malaysia. Tunjukkan pada orang luar yang rakyat Malaysia berjiwa sayangkan negara. Biar orang luar terpegun tengok. Bangga jadi anak Malaysia,” kata seorang wanita.
Malah ada individu yang berkata dia lebih menghayati maksud sebenar Negaraku selepas meningkat usia.
“Semasa budak, nyanyi (lagu Negaraku) hanya rasa seronok. Tapi sekarang dah umur 40 lebih, dengar dan nyanyi, air mata selalunya nyaris-nyaris jatuh. Memang tidak tahu mengapa,” ujar seorang pengguna Threads.
‘Dulu Waktu Kecil Nyanyi Negaraku Rasa Seronok, Sekarang Rasa Sebak’ – Netizen
Sementara itu, ada juga yang berkongsi kisah orang ramai di dalam sebuah hospital yang menghentikan terus aktiviti mereka sejurus mendengar lagu Negaraku dimainkan.
“Ni membuatkan saya teringat masa saya dekat Institut Kanser Negara (IKN) dulu waktu hari Isnin pagi yang sibuk dan hospital tu penuh dengan orang. Semua tengah jalan dalam keadaan bergesa-gesa. Kemudian lagu Negaraku dimainkan. Semua orang berhenti.
“Macam masa untuk semua duduk diam. Doktor, jururawat, pesakit dan juga warga asing semuanya diri tegak. Bila lagu habis, macam seolah-olah orang tekan ‘play’ balik (orang teruskan urusan seperti biasa). Sebak weh. Rasa patriotik,” kongsi seorang wanita.
Berikut antara komen-komen netizen:




Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terhibur Lelaki Set Alarm Lagu ‘Negaraku’, Siap Tersenarai Top Song Dalam Spotify Wrapped
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Terharu Lihat Pengunjung IOI City Mall Diri Tegak Ketika Lagu ‘Negaraku’ Dimainkan Tiba-tiba
Baca Artikel Berkaitan: “Lebih Laju & Upbeat” – Netizen Throwback Lagu Negaraku Versi Lama
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹






