Now Reading
“Wajibkan Pergi Gim Setiap Hari & Jaga Makan”- Ramai Terinspirasi Khairul Aming Kongsi Turun Berat 24 Kg Dalam Masa Setahun [Video]

“Wajibkan Pergi Gim Setiap Hari & Jaga Makan”- Ramai Terinspirasi Khairul Aming Kongsi Turun Berat 24 Kg Dalam Masa Setahun [Video]

Menurut Khairul Aming, meskipun sibuk namun dia mewajibkan diri setiap hari ke gim selain turut disiplin menjaga makan.

Ringkasan
  • Khairul Aming berjaya menurunkan berat badan sebanyak 24 kg dalam masa setahun dengan disiplin bersenam di gim setiap hari dan menjaga pemakanan.
  • Perkongsian Khairul Aming memberi inspirasi kepada ramai rakyat Malaysia untuk mengubah gaya hidup mereka kepada yang lebih sihat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Proses menurunkan berat badan dan mengubah gaya hidup yang lebih sihat bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Bahkan ia memerlukan motivasi dan disiplin yang tinggi buat seseorang kekal konsisten untuk mendapatkan hasilnya.

Khairul Aming turun berat badan 24 kg dalam masa setahun

Terbaharu influencer dan usahawan, Khairul Aming telah berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 24 kilogram (kg) dalam masa setahun.

Menerusi video yang dikongsikan oleh usahawan sambal itu, kelihatan dia menunjukkan setiap satu perjalanan dalam menjaga badannya dengan melakukan senaman setiap hari di gim.

Disiplin jaga makan dan pergi bersenam setiap hari

Dalam video tersebut, KA turut menunjukkan keadaan perut yang buncit setahun lalu serta keadaan sekarang yang kelihatan lebih sihat, berotot dan tidak lagi sama seperti sebelum ini.

Kata KA meskipun penat dengan tugasan harian sejak dari tahun lalu namun dia mewajibkan diri untuk ke gim pada setiap hari selain menjaga makan.

“Bermula dari zaman bina rembayung, shoot video puasa, sampai ke launching Sambal Nyet Bilis, tetap eat clean (diet) dan bersenam. Ni hasil selepas setahun jaga disipin,” katanya.

View on Threads

Ramai terinspirasi perkongsian Khairul Aming disiplin jaga makan dan bersenam

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian video daripada usahawan itu secara tidak langsung memberikan inspirasi kepada orang lain untuk mengubah gaya hidup mereka kepada yang lebih sihat.

Selain itu, ramai yang turut mengatakan influencer itu sememangnya patut dijadikan idola kerana tidak hanya memberi inspirasi dari segi kejayaan dalam dunia perniagaan tetapi turut mempengaruhi rakyat Malaysia menjaga kesihatan.

Tidak kurang ada yang berseloroh dengan mengatakan tidak sangka KA secara senyap-senyap mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam untuk kuruskan badan dalam masa sama berkongsi resipi masakan yang sedap sehingga orang ramai makan nasi bertambah.

“Pergh makin kacak dan sado”

“Idola betul lah KA ni”

“Mesti KA dah ada target audience kan?”

“KA pun dah kurus senyap-senyap, kita ni tak kurus-kurus canang dekat orang cut sugar bagai”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.