“Nak Sampai Tanam Cendawan Ke?” – Kerusi & Meja Berkerak, Berkulat Di Hentian Gua Musang Undang Perhatian [Video]
Untuk info, Pengerusi Eksekutif Hentian Gua Musang, sebelum ini memaklumkan sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan bagi membina terminal bas baharu di Hentian Gua Musang, Kelantan sebagai usaha meningkatkan tahap keselesaan penumpang.
Kerusi dan meja di Hentian Gua Musang, Kelantan tular di Threads kerana kotor, berkerak, dan berkulat, memalukan imej negeri.
Pengunjung risau dengan kebersihan, terutama baby chair yang lebih teruk, sehingga bimbang anak boleh dapat penyakit.
Sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan untuk naik taraf Hentian Gua Musang, dijangka siap sebelum pertengahan tahun ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Faris Ruslan menunjukkan keadaan kerusi dan meja makan yang uzur di Hentian Gua Musang, Kelantan.
Menerusi video dan foto dikongsi, kelihatan kerusi-kerusi dan meja di sana dalam keadaan kotor seolah-olah tidak terjaga.
Pengunjung Dakwa Kerusi Berkerak, Meja Dipenuhi Kulat
Tempat duduk dilihat berkerak seperti sudah lama tidak ditukar manakala meja didakwa sudah berkulat. Malah warna jingga pada kerusi itu juga dilihat semakin pudar menunjukkan fasiliti tersebut mungkin sudah lama digunakan.
“Kena Jaga Sikit Imej Selaku Pintu Masuk Pertama” – Pengunjung
Menurut Faris, fasiliti yang usang itu boleh memburukkan imej negeri tersebut memandangkan tempat berkenaan merupakan lokasi tumpuan para perantau dan pelancong.
“Sebagai tempat tumpuan orang ramai untuk berhenti makan dan rehat daripada kalangan perantau dan pelancong luar, kena jaga sikit la imej selaku ‘pintu masuk pertama’ untuk negeri Kelantan kita ni,” katanya.
‘Selesa Ke Duduk Dalam Keadaan Macam Ni?’ – Lelaki
Tambahnya, kerusi dan meja makan yang kotor sekaligus akan membuatkan pengunjung serta pelanggan sekitar kedai makan di sana berasa tidak selesa.
“Kau tak rasa kurang selesa ke makan dan duduk dalam keadaan macam ni?” katanya lagi di ruangan kapsyen.
‘Teruk Betul Kerusinya, Lagi Teruk Baby Chair’ – Pengunjung
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai meluahkan rasa jijik dan geli melihat kerusi dan meja yang kotor.
Seorang ibu dipercayai pernah mengunjungi Hentian Gua Musang mendakwa kebersihan kerusi bayi (baby chair) lebih teruk berbanding kerusi dewasa.
“Teruk betul kerusi dia. Lagi teruk kerusi bayi dia (baby chair). Risau nak letak anak takut dapat penyakit lain pula,” kata seorang wanita.
Sekurang-kurangnya Bersihkan Kerusi Kalau Tak Tukar Yang Baharu – Netizen
Malah ada yang berkata pihak pengurusan sepatutnya sekurang-kurangnya membersihkan kerusi secara berkala.
“Kalau tak nak tukar kerusi baru, basuhlah weh kerusi tu,” kata seorang pengguna Threads.
Tidak kurang juga segelintir netizen yang menyindir selepas melihat keadaan kerusi dan meja sebegitu rupa.
“Tak payah la tukar. Itulah panggil nestelgia (nostalgia),” kata seorang lelaki.
RM1.5 Juta Diperuntukkan Untuk Kos Naik Taraf Hentian Gua Musang
Untuk info, Pengerusi Eksekutif Hentian Gua Musang, Che Ibrahim Che Ismail sebelum ini memaklumkan sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan bagi membina terminal bas baharu di Hentian Gua Musang, Kelantan sebagai usaha meningkatkan tahap keselesaan pengguna pengangkutan awam di negeri itu.
Projek naik taraf itu dijangka dilaksanakan sebelum pertengahan tahun ini dan bakal memberi nafas baharu kepada hentian yang menjadi lokasi utama pergerakan bas ekspres serta perkhidmatan BAS.My.
Tambahnya, pembinaan terminal tersebut amat penting memandangkan jumlah penumpang, khususnya pada musim perayaan dan cuti umum menunjukkan peningkatan.
Ia dijangka menyediakan ruang menunggu yang lebih selesa, selain kaunter tiker bas yang lebih tersusun agar urusan penumpang lebih mudah.
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹