Now Reading
“Tak Senonoh, Tak Patut Pamer Di Tempat Awam” – T-Shirt Dengan Imej Kemaluan Lelaki Di Festival Seni Undang Perhatian

“Tak Senonoh, Tak Patut Pamer Di Tempat Awam” – T-Shirt Dengan Imej Kemaluan Lelaki Di Festival Seni Undang Perhatian

Menerusi foto dikongsi seorang pengguna Threads, kelihatan terdapat baju, bahan promosi dan dekorasi bercorak serta berbentuk alat sulit lelaki dipamerkan di sebuah festival seni yang dianjurkan baru-baru ini.

Ringkasan
  • Sebuah booth di festival seni di The Campus Ampang, Selangor, mempamerkan baju t-shirt bercorak kemaluan lelaki secara terbuka kepada orang awam.
  • Ramai netizen mengecam pameran tersebut, ada yang membuat aduan kepada PDRM, KPDN, dan MCMC kerana ia melanggar undang-undang dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki berkongsi foto menunjukkan kemeriahan orang ramai yang sedang berjalan-jalan sekitar sebuah festival seni yang berlangsung di Ampang, Selangor.

Difahamkan terdapat banyak aktiviti dijalankan semasa acara ini berlangsung selama tiga hari lalu, 7-9 Ogos 2026 termasuklah jualan vendor, pameran hasil seni artis, pengalaman photobooth, demonstrasi cetakan sutera secara langsung dan banyak lagi.

Namun perkara yang mendapat perhatian apabila terdapat booth yang didakwa mempamerkan bahan-bahan promosi yang tidak senonoh. Menerusi foto perkongsian, kelihatan sehelai baju t-shirt bercorak kemaluan lelaki atau zakar digantung di sana untuk tontonan umum.

Bukan itu sahaja, kelihatan juga papan tanda dan dekorasi kecil berbentuk alat sulit lelaki dipaparkan di booth berkenaan.

View on Threads

Carian kami di media sosial mendapati corak tersebut sememangnya digunakan oleh seorang artis yang berpangkalan di Malaysia.

Difahamkan, graduan reka bentuk tekstil dari universiti luar negara itu banyak bereksperimen dengan pelbagai idea untuk berkarya.

Selain meneroka barang untuk rumah menggunakan 3D printer, dia juga menghasilkan ilustrasi menggunakan tanah liat.

‘Ni Malaysia, Melampau Pamer ‘Art Berat’ Ni Di Tempat Terbuka – Pengguna Threads

Perkongsian ini kemudiannya mendapat perhatian ramai netizen yang mana rata-ratanya tidak bersetuju dan mengecam baju dan bahan promosi dengan bentuk sebegitu yang dijadikan pameran di tempat awam.

“Tak kisah la art berat ke apa tapi melampau sangat. Kalau nak buat (pamer), buat dekat premis sendiri dah la, ini terbuka. Malaysia ni,” luah seorang lelaki.

“Macam tak kena tempat je nak gantung baju tu. Situ kan banyak keluarga yang datang,” tambah seorang lagi pengguna Threads.

‘Pamer Gambar Bahagian Sulit Di Tempat Awam Tidak Patut Dinormalisasikan’ – Netizen

Malah ada juga beberapa individu yang membuat aduan kepada pihak berkuasa berhubung isu itu selain menegaskan pakaian bercorak alat sulit yang dipamerkan di tempat tumpuan orang ramai itu tidak sepatutnya dinormalisasikan.

“Jumpa pakaian yang memaparkan gambar bahagian sulit secara terbuka dan dijual di kawasan awam sebuah pusat membeli-belah. Perkara ini amat tidak sesuai lebih-lebih lagi di tempat awam yang mudah dilihat oleh kanak-kanak.

“Saya membuat laporan mengenai perkara ini kepada pihak pengurusan pusat beli-belah dan pihak berkuasa berkaitan. Tolong jangan normalisasikan perkara seperti ini,” kata seorang lelaki sambil menyebut (tag) akaun Threads Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Sementara itu, ada juga segelintir yang mempersoalkan darjat kesenian dan kebudayaan di negara ini.

“Ini ke seni dah kebudayaan di Malaysia? Malunya,” kata seorang wanita.

‘Pamer Apa-apa Barangan Berupa Seperti Kemaluan Manusia Salah Dari Segi Undang-undang’ – Warganet

“Diorang tak periksa ke? Sebab mempamer apa-apa walaupun hanya keychain yang berupa seperti kemaluan manusia, salah dari segi undang undang. Tapi yang ni? ‘Art berat’ katanya,” soal seorang lelaki.  

View on Threads

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Pelanggan Biasa, Rupanya..” – Tular Lelaki Tayang Alat Sulit Dalam Kedai Kosmetik

Baca Artikel Berkaitan: “Jijiknya Poster”- Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Imej Mirip ‘Miss V’ Buat Ramai Tergamam

Baca Artikel Berkaitan: Isu Fan Art Lucah, Ejen Ali Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang

Baca Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Tegur Tindakan Memalukan Sekumpulan Lelaki Beri Hadiah Berunsur Lucah Kepada Pengantin

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.