Now Reading
Keberanian Pemuda Cabar Diri Laungkan Azan Isyak Buat Pertama Kali Di Surau Raih Pujian [Video]

Keberanian Pemuda Cabar Diri Laungkan Azan Isyak Buat Pertama Kali Di Surau Raih Pujian [Video]

Kongsi Ifan kepada BuzzKini, dia terpanggil untuk mencabar dirinya melaungkan azan buat kali pertama di surau kerana mahu mendapatkan pengalaman berharga.

Ringkasan
  • Seorang pemuda bernama Ifan mencabar diri melaungkan azan Isyak buat pertama kali di Surau Al Ittihad Seksyen 1 Bandar Baru Bangi, Selangor.
  • Pihak surau, termasuk Encik Fauzi, memberi keizinan dan peluang kepada Ifan untuk merealisasikan hasratnya melaungkan azan dengan suara yang merdu.
  • Perkongsian Ifan di Threads mendapat lebih 45,000 tontonan dan pujian ramai, serta menggalakkan anak muda lain tampil sebagai imam atau bilal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui bilal merupakan individu yang bertanggungjawab melaungkan azan bila tiba masuknya waktu solat.

Kebiasaannya, kebanyakan masjid atau surau sudahpun mempunyai individu yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas tersebut.

Lelaki Cabar Diri Laungkan Azan Isyak Dari Surau

Namun berbeza dengan seorang anak muda ini apabila dia berpeluang melaungkan azan Isyak di Surau Al Ittihad Seksyen 1 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Pengalaman istimewa itu dikongsikan oleh pemuda berkenaan dalam satu hantaran di Threads @ifqnnn.

Kongsi pemuda yang dikenali sebagai Ifan, dia mahu mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan olehnya.

“Saya nak cabar diri saya, saya nak pergi surau. Saya nak minta dekat bilal, saya nak minta azan,” kongsinya.

Minta Izin Daripada Orang Surau Untuk Azan, Pihak Surau Beri Peluang

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Ifan meminta izin dan meluahkan hasratnya kepada orang surau untuk melaungkan azan.

Apa yang menjadi perhatian adalah orang surau berkenaan seolah-olah gembira dengan permintaannya itu dan memberi keizinan serta peluang kepada pemuda terbabit merealisasikan hasratnya itu.

Melalui perkongsian berkenaan, dapat dilihat seorang lelaki dikenali sebagai Encik Fauzi membawa Ifan masuk ke dalam sebuah bilik mengandungi mikrofon dan alat yang digunakan untuk melakukan tugas terbabit.

“Dalam masa lima minit lagi (sebelum laungkan azan), Encik Fauzi ini bawa saya pergi ke bilik azan. Jadi dalam masa lima minit lagi sebelum azan, saya kena setting mikrofon semua dengan Encik Fauzi dan lepas tu baru kita boleh mula azan,” kongsinya.

Menerusi video yang dikongsikan, kedengaran Ifan melaungkan azan Isyak buat kali pertama dengan suara yang merdu.

Pada masa sama, Ifan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa (AJK) surau berkenaan yang memberi peluang sebegitu kepadanya.

Keberanian Laungkan Azan Dapat Respon Positif, Mahu Anak Muda Lain Turut Ambil Langkah Sama

Kongsi Ifan kepada BuzzKini, dia terpanggil untuk mencabar dirinya melaungkan azan buat kali pertama di surau kerana mahu mendapatkan pengalaman berharga.

Pada masa sama, dia juga mahu mengajak anak-anak muda masa kini agar tampil secara sukarela untuk menjadi imam atau bilal di mana-mana masjid mahupun surau.

Tambah Ifan lagi, tindakannya yang melaungkan azan mendapat respon positif dari AJK surau berkenaan malah difahamkan dia sekali lagi diberi peluang untuk melaungkan azan di surau terbabit.

View on Threads

Ramai Puji Tindakan Pemuda Cabar Diri Laungkan Azan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 45,000 tontonan itu nyata menarik perhatian warganet.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan berani pemuda berkenaan yang mencabar diri melaungkan azan di surau berkenaan.

Pada masa sama, ramai juga yang turut memuji AJK Surau Al Ittihad yang memberi peluang kepada pemuda seperti Ifan dengan memenuhi permintaannya itu.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Alhamdulillah, Tahniah. Merdu Suara Azan Awak, Akak Pula Sayu Mendengar”

“Steady! Pihak Surau Pun Love! Bagi Peluang”

“Hebat Anak Muda”

“Masya-Allah, Sedap Suara Kau Dik, Semoga Ramai Yang Datang Solat Bila Dengar Suara Kau Azan”

Baca Artikel Berkaitan: “Sedapnya Suara”- Ramai Puji Kanak-Kanak 8 Tahun ‘Confident’ Laungkan Azan Di Surau [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Design Masjid Kayu & Suara Azan Anak Tahfiz Di Kelantan Raih Perhatian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.