Now Reading
“Isteri Datang Dulu Sebelum Bayi” – Doktor Nasihat Bakal Bapa Pertahankan Pendapat Isteri Selepas Bersalin Buat Ramai Wanita Boleh Relate [Video]

“Isteri Datang Dulu Sebelum Bayi” – Doktor Nasihat Bakal Bapa Pertahankan Pendapat Isteri Selepas Bersalin Buat Ramai Wanita Boleh Relate [Video]

Menurut seorang doktor perubatan, Dr Adli Hidayat dalam satu hantaran di TikTok, kebiasaannya ramai pihak yang akan campur tangan urusan bayi maka suami perlulah mempertahankan pendapat isteri.

Ringkasan
  • Menurut Dr Adli Hidayat, bakal bapa perlu mengutamakan isteri, bukan hanya bayi, kerana "tak ada isteri, tak ada baby."
  • Naluri seorang ibu tentang anak biasanya betul, dan suami bertanggungjawab mempertahankan pendapat isteri daripada campur tangan orang lain.
  • Menurut Public Health Malaysia (PHM), sokongan suami membantu merembeskan hormon Oksitosin, mempercepatkan pemulihan isteri selepas bersalin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kehadiran cahaya mata buat pertama kali sememangnya amat mengujakan. Bukan hanya ibu bapa malah ahli keluarga lain juga turut teruja menyambut kehadiran si comel.

Sudah pastilah banyak persiapan dan persediaan dibuat demi menyambut kelahiran cahaya mata tersayang.

Doktor Kongsi Nasihat Buat Bakal Bapa Agar Utamakan Isteri

Baru-baru ini, seorang doktor perubatan, Dr Adli Hidayat berkongsi satu nasihat untuk mereka yang bakal bergelar bapa buat pertama kali dalam satu hantaran di TikTok.

Beliau berkongsi nasihat tersebut selepas mendapat pertanyaan dari seorang individu dari Johor yang bakal bergelar ayah.

Kongsi Dr Adli, seorang suami perlu mengutamakan perasaan isteri berbanding orang lain.

Ini kerana hanya suami sahajalah individu yang menyayangi dan bertanggungjawab menjaga seorang isteri.

“Semua orang jaga bayi, semua orang sayang bayi. Awak seorang sayang isteri, awak seorang jaga isteri,” katanya.

Isteri Sebagai Ibu Ada Naluri Tentang Anak, Suami Perlu Pertahankan Pendapat Isteri

Jelas Dr Adli lagi, kebiasaannya ramai pihak yang akan campur tangan urusan bayi maka suami perlulah mempertahankan pendapat isteri.

“Apa yang isteri awak rasa betul, biasanya betul. Naluri seorang ibu tentang anak biasanya betul.

“Bila dalam jaga bayi ni, ramai orang akan campur tangan sebab semua orang sayang bayi.

“Tetapi, siapa yang nak pertahankan pendapat dan apa yang seorang ibu itu rasa? Awak (suami).

“Sebelum ada bayi, hanya ada korang berdua sahaja dan hanya kerana awak jadi seorang ibu bapa yang baru, awak terpaksa dengar cakap semua orang dan awak terpaksa sisihkan cakap isteri awak sedangkan isteri awak adalah isteri awak dan emak kepada bayi.

“Jadi, walau macam mana sekalipun, bakal-bakal ayah dekat luar sana, ingatlah isteri tu datang dulu sebelum bayi. Tak ada isteri, tak ada baby,” katanya.

@dradlihidayat Nasihat buat bakal bakal ayah diluar sana. Btw kelas jaga newborn ada di highlight story kt profi|e saya tau. #baby #isteri #firsttimemom #newborn #jaga ♬ original sound – Dr Adli Hidayat

Tonton video penuh [DI SINI]

‘Ubat’ Terbaik Isteri Lepas Bersalin Adalah Sokongan Suami – PHM

Peranan suami sememangnya mempunyai pengaruh yang besar lebih-lebih lagi selepas isteri bersalin.

Menurut Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di Facebook, ubat terbaik seorang isteri selepas bersalin adalah sokongan dari pasangan mereka.

Terang PHM, terdapat kajian yang menunjukkan sokongan suami menjadi faktor utama yang menentukan sama ada isteri akan pulih dengan cepat atau lambat dari kemurungan lepas bersalin (Postpartum Depression).

“Bila suami ringan tulang, peluk isteri, dan ambil alih jaga bayi, otak isteri akan merembeskan hormon Oksitosin. Hormon ini bukan saja buat dia tenang, tapi ia juga memberi lima kesan ajaib,” katanya.

Lima kesan hormon Oksitosin kepada isteri adalah:

  • Emosi isteri lebih stabil & bahagia
  • Luka bersalin (Czer atau Normal) sembuh dengan lebih cepat
  • Susu badan lebih banyak terhasil (kurang stres)
  • Mengelakkan risiko meroyan (PPD)
  • Anak membesar dengan lebih tenang

Ramai Geng Isteri Setuju Dengan Nasihat Doktor

Perkongsian yang telah mendapat lebih 286,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet khususnya para isteri bersetuju dengan kenyataan pengamal perubatan berkenaan mengenai kepentingan sokongan suami terhadap isteri lebih-lebih lagi selepas bersalin.

Namun ada netizen berpendapat, seorang suami juga bertanggungjawab untuk menegur sekiranya penjagaan bayi adalah salah meskipun mempunyai pendapat yang berbeza.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Setuju. Lepas Bersalin Semua Tanya Pasal Baby, Semua Menyerbu Nak Tengok Baby Tetapi Tak Ada Siapa Nak Tanya Pasal Ibu Baby”

“Terbaik Nasihat Ini Dr, Benda Yang Selalu Orang Terlepas Pandang”

“Jadi, Kalau Penjagaan Baby Cara Salah, Kita Sebagai Bapa Mesti Tegur & Betulkan Cara Walaupun Pendapat Yang Berbeza”

“Sangat Betul Nasihat Ini. Sedih & Menusuk Ke Hati, Semoga Para Suami Utamakan Isteri Dahulu Sebelum Orang Lain”

“Bagus Doktor Bagi Nasihat Macam Ini, Time Pantang La Orang Sekeliling Sibuk Nak Campur Tangan”

Baca Artikel Berkaitan: Tips Kehamilan: Doktor Kongsi 4 Makanan Utama Matangkan Telur Wanita [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Dedah Bahaya Cium Bayi Orang Lain, Boleh Undang Maut Jika Tidak Berhati-hati

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.