Now Reading
“Demi Mak, Akak Sanggup” – Gelagat Keluarga Seronok Anak Belanja KFC Lepas Dapat Gaji Buat Ramai Tersentuh [Video]

“Demi Mak, Akak Sanggup” – Gelagat Keluarga Seronok Anak Belanja KFC Lepas Dapat Gaji Buat Ramai Tersentuh [Video]

Shuhada memaklumkan dia bekerja di Gelang Patah dan pulang ke Pontian untuk memberikan KFC tersebut kepada ibu tersayang.

Ringkasan
  • Seorang wanita bernama Shuhada dari Gelang Patah, Johor pulang ke Pontian membawa KFC untuk ibunya selepas menerima gaji.
  • Video yang tular di TikTok menyentuh hati ramai netizen yang sebak melihat kegembiraan keluarga Shuhada menerima KFC tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai anak pastinya kita sanggup melakukan apa sahaja demi ibu dan keluarga tercinta. Ini kerana, kasih sayang yang terjalin antara satu sama lain membuatkan anak-anak melihat pengorbanan ibu bapa.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila ramai anak-anak yang sanggup berusaha untuk mengembirakan hati ibu bapa mengikut kemampuan mereka.

Gelagat keluarga gembira wanita bawa pulang KFC raih perhatian

Baru-baru ini gelagat sebuah keluarga menjadi perhatian apabila mereka dilihat begitu gembira sewaktu salah seorang ahli keluarga membawa pulang makanan daripada restoran makanan segera, KFC (Kentucky Fried Chicken).

Menerusi video yang dikongsikan oleh Shuhada di TikTok, awalnya kelihatan wanita itu telah pulang ke rumah pada waktu malam dengan menaiki motosikal.

Namun dia tidak pulang dengan tangan kosong, sebaliknya membawa satu kotak makanan daripada KFC dengan wajah yang gembira.

“Demi mak. Demi mak, akak sanggup,” katanya dalam video itu.

Terus panggil ibu untuk tunjuk bawa pulang KFC

Masuk sahaja ke dalam rumah, kedengaran dia memanggil ibunya sambil mencari susuk tubuh wanita itu.

Dia kemudian menunggu si ibu di hadapan biliknya, sebaik sahaja pintu dibuka dia menunjukkan bungkusan yang ada di tangan.

Kelihatan wajah si ibu begitu gembira dan tersenyum melihat anaknya pulang membawa makanan tersebut.

Siap panggil adik-beradik dan beritahu dah gaji, ibu rupanya teringan KFC

Wanita itu kemudian memanggil adik-beradik yang lain keluar sambil berkata dia membawa KFC.

Turut kelihatan mereka menyambut dengan riang sambil wanita itu memaklumkan dia sudah menerima gaji.

Wanita itu lalu mengajak ahli keluarganya ke ruang hadapan rumah dipercayai untuk menikmati makanan segera itu bersama-sama.

Di ruangan kapsyen, wanita itu mengatakan ibunya begitu teringin untuk makan KFC.

Jelas Shuhada, dia bekerja di Gelang Patah, Johor dan pulang ke Pontian untuk memberikan KFC itu kepada ibunya.

@.shhda._

demi mak akak sanggup,dia nk sangt makan kfc #fyp

♬ Mencintaimu Piano Cover – Peaceano

Ramai tersentuh lihat kegembiraan keluarga dapat makan KFC

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak melihat reaksi ahli keluarga wanita itu apabila dia pulang membawa KFC tersebut.

Tidak kurang ada yang mendoakan agar rezekinya diluaskan lagi kerana telah membelanja ahli keluarganya.

Malah ramai yang suka melihat perkara itu dan memahami kegembiraan dirasakan oleh wanita berkenaan apabila dapat belanja ahli keluarga.

“KFC ni tempat banyak cerita di mana ayah dapat bonus bawa belanja KFC, anak dapat score exam cemerlang bawa makan KFC.”

“Happykan bila dapat belanja keluarga. Rasa puasnya hidup”

“Ini bukan tentang KFC, ni tentang dia dah gaji”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.