“Akak Buat Ibu Saya Nangis” – Wanita Terharu, Cari Individu Tak Dikenali Belanja Ibu Buku Agama [Video]
Difahamkan, buku yang dibelanja oleh individu tak dikenali bernama Fiza itu bertajuk ‘Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhl Wasallam’ yang dijual dengan harga bermula RM38 sehingga RM65.
Seorang wanita bernama Siti mencari individu tak dikenali bernama Fiza yang telah membelanja ibunya sebuah buku agama di Popular IOI City Mall.
Fiza menggunakan keahliannya untuk membayar buku Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam dan meminta ibu Siti mendoakan urusan umrahnya dipermudahkan.
Perbuatan baik Fiza telah menyentuh hati ibu Siti sehingga menangis, dan perkongsian ini mendapat lebih 336,000 tontonan di media sosial.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak kira besar atau kecil, perbuatan baik dilakukan seseorang sememangnya memberi makna buat mereka yang menerima.
Apatah lagi, jika kebaikan dan bantuan itu diperolehi dari individu yang tak dikenali.
Wanita Terharu Indvidu Tak Dikenali Belanja Ibu Buku Agama
Itu yang dikongsi oleh seorang wanita yang menzahirkan rasa terharu apabila ada individu tak dikenali telah membelanja ibunya sebuah buku agama yang sudah lama diinginkan ketika berada di Kedai Buku Popular, IOI City Mall, Putrajaya.
Perkara itu dikongsikan oleh wanita berkenaan dalam satu hantaran di Threads @aryrsln.
Kongsi wanita yang dikenali sebagai Siti itu, dia mencari individu bernama Fiza kerana telah membuat ibunya menangis terharu dek kerana perbuatannya yang membayarkan ibunya buku terbabit.
“Kepada akak Fiza yang belikan ibu saya buku dekat Popular IOI City Mall, semalam (5 Ogos). Kalau post ni lalu dekat akak, boleh tak akak reply sini?
“Akak buat ibu saya menangis,” tulisnya.
Ibu Dah Lama Teringin Beli Buku, Sangka Individu Bagi Pinjam Keahlian
Jelas Siti, ibunya itu sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki buku berkenaan selepas mendapat saranan dari rakan surau.
Namun ketika mahu membayar, bapanya memaklumkan kepada si ibu bahawa dia boleh mendapat diskaun sebanyak 20% sekiranya mempunyai keahlian.
Malangnya, ibu Siti tidak mempunyai keahlian dari premis berkenaan.
“Tiba-tiba akak yang langsung kami tak kenal terus sapa, ‘saya ada membership. Meh saya bayarkan dulu. Saya pernah baca buku ni, it’s a good book’.
“Kami ingat akak cuma nak tolong guna membership. Ibu terus tunggu dekat hujung nak bayar balik duit tu,” kongsinya.
‘Akak Fiza’ Belanja Buku Minta Doa Urusan Umrah Dipermudahkan
Namun apa yang menjadi perhatian, indvidu yang bernama Fiza itu hanya tersenyum dan memberitahu mahu membelanja ibunya buku berkenaan.
“Tapi akak cuma senyum dan cakap, ‘Tak payah. Saya belanja buku ni untuk makcik. Doakan saya dipermudahkan urusan nak pergi umrah bulan depan ya’,” tulisnya.
Kongsi Siti, dek kerana tersentuh dengan perbuatan baik itu, ibunya menangis terharu.
Malah menerusi hantaran tersebut dapat dilihat ibu Siti mengesat air mata dan menceritakan kisah sebenar momen indah itu.
“Lepas je akak keluar dari kedai, suara ibu dah mula bergetar masa cerita dekat kami.
“Katanya, ‘masih ada orang yang tak kenal kita tapi sanggup berbuat baik macam ni’. Ibu menangis,” tulis Siti.
Wanita Doakan Kebaikan Buat Fiza Kerana Belanja Ibu
Pada masa sama, Siti turut mendoakan kebaikan buat individu bernama Fiza itu dek kerana kebaikan yang dibuat terhadap ibunya.
“Semoga setiap helaian buku yang ibu baca nanti menjadi pahala yang berpanjangan buat akak.
“Semoga Allah permudahkan perjalanan umrah akak, menerima setiap doa yang akak bawa ke Tanah Suci dan membalas kebaikan akak dengan ganjaran yang jauh lebih besar daripada nilai sebuah buku,” tulisnya lagi.
Malah, Siti turut berkongsi ibunya sendiri memuat naik gambar berkenaan dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Fiza dalam satu hantaran story di Instagram.
Difahamkan, buku yang dibelanja oleh Fiza itu bertajuk Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhl Wasallam yang dijual dengan harga bermula RM38 sehingga RM65.
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.