“Tingginya Tawakal”- Lelaki OKU Penglihatan Sabar Tunggu Untuk Minta Tumpangkan Ke Pasar Malam Buat Ramai Tersentuh [Video]
Kata wanita berkenaan, lelaki OKU penglihatan itu sedang menunggu kenderaan yang sudi menumpangkannya untuk ke Pasar Malam Pekan Salak untuk mencari rezeki di sana.
Seorang lelaki OKU penglihatan dengan sabar menunggu di tepi jalan berdekatan SMK Sepang untuk meminta tumpangan ke Pasar Malam Pekan Salak.
Suami Ellia Saheba berhenti membantu lelaki itu melintas jalan, dan mendapati lelaki itu ingin ke pasar malam untuk mencari rezeki.
Ramai netizen tersentuh dan memuji tawakal lelaki OKU tersebut kepada Allah SWT, serta mendoakan kebajikannya dan kebaikan pasangan yang menolongnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sering memberikan inspirasi kepada orang ramai dengan semangat mereka menjalani kehidupan. Malah mereka tidak menjadikan kekurangan itu sebagai satu alasan, sebaliknya pembakar semangat untuk terus maju ke depan.
Lelaki OKU penglihatan minta ditumpangkan untuk ke destinasi, sabar tunggu di tepi jalan
Baru-baru ini seorang lelaki OKU penglihatan telah menjadi perhatian apabila dia dilihat dengan sabar menunggu di tepi jalan untuk meminta pengguna jalan raya yang baik hati menumpangkannya ke suatu destinasi ketika berada berdekatan dengan jalan Sekolah Menengah Kebangsaan Sepang.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ellia Saheba di Threads, katanya dia terlihat seorang lelaki sedang berdiri di tepi jalan. Katanya, lelaki itu dipercayai sedang cuba menahan kenderaan untuk menumpang ke pasar malam Salak, Sepang, Selangor.
Berhenti untuk bantu lelaki OKU melintas jalan raya, rupanya cuba tahan kereta sebab nak tumpang ke pasar malam
Oleh itu, suami Ellia kemudian berhenti di tepi jalan untuk membantunya melintas jalan.
“Sebak wei hari ini. Abang ni berdiri dekat jalan ni, jalan tak ramai orang lalu. Cik Ya (Ellia) perasan dia tahan kereta orang, orang tak berhenti dan dia buta.
“Suami kata yeke, macam mana dia nak melintas tu, saya berhenti sekarang. Berlari suami (Ellia) pergi dan dia nak ke laluan (destinasi) lain, tapi kami nak ke tempat lain,” tulisnya dalam video.
Nak ke pasar malam untuk mencari rezeki
Kata Ellia, ketika melihat lelaki OKU berkenaan dia dan suami mahu menuju ke Salak Tinggi. Menurut Ellia lagi, lelaki tersebut mahu ke pasar malam untuk mencari rezeki bahkan dia juga memaklumkan sudah membawa segala peralatan untuk ke sana.
Walau bagaimanapun, tidak dimaklumkan pekerjaan lelaki OKU itu di pasar malam berkenaan.
“Dia nak ke Pasar Malam Pekan Salak. Saya pula nak ke Salak Tinggi. Berlari suami saya nampak dia sorang-sorang dekat situ. Dia nak pergi cari rezeki dekat pasar malam, alat-alat semua dah bawa. Jalan SMK Sepang.
“Ya Allah, permudahkanlah urusan abang ni sampai ke tempat yang dituju. Lindungilah dia, ya Allah,” katanya lagi.
Ramai tersentuh lihat lelaki OKU sabar tunggu kereta untuk tumpang ke pasar malam
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak melihat lelaki OKU tersebut. Bahkan ada yang menyifatkan lelaki itu mempunyai sifat tawakal yang begitu tinggi kepada Allah SWT kerana masih berdiri di tepi jalan untuk mencari individu yang sudi menumpangkannya untuk ke pasar malam.
Tidak kurang ada yang mendoakan segala urusan Ellia dan suaminya dipermudahkan kerana telah membantu lelaki OKU penglihatan itu semampunya.
Ada juga yang berkongsi pengalaman pernah menumpangkan lelaki tersebut untuk ke pasar malam yang sama. Katanya lelaki OKU penglihatan itu cuma dapat melihat secara samar sekiranya ada objek berdekatannya.
“Berapa tingginya tawakal dan yakinnya dia dengan Allah. Sampai dia sanggup berdiri dekat situ menanti ada insan berhati mulia tumpangkan dia”
“Allah, sedihnya rasa. Bagaimana dia jalan hari-hari lain. Doa luas rezeki, panjang umur dan dilindungi Yang Esa untuknya dan cik.”
“Sabar je dia tunggu orang ya. Terima kasih sebab tolong. Allah SWT hantar”
“Hm sedihnya nak menangis. Semoga urusan akak dan suami dipermudahkan selalu dan lampu isyarat hijau.”
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.