Bangga & Sebak! Juruterbang Kongsi Kokpit Buat Pertama Kali Bersama Anak Sulung Terbang Ke Colombo [Video]
Momen bersejarah itu berlaku sewaktu juruterbang Batik Air, Razali Abdul Aziz bersama anak sulungnya, Fatin Dayini mengendalikan penerbangan OD297/298 bagi laluan Kuala Lumpur-Colombo-Kuala Lumpur pada Isnin (3 Ogos) lalu.
Kapten Razali Abdul Aziz berkongsi momen indah apabila terbang bersama anak sulungnya, Fatin Dayini pada 3 Ogos lalu.
Pasangan bapa dan anak perempuan itu mengendalikan penerbangan OD297/298 bagi laluan Kuala Lumpur dan Colombo.
Razali yang mempunyai pengalaman 30 tahun dalam bidang penerbangan dengan 18,500 jam penerbangan menyifatkan momen bersejarah itu sebagai bukti melihat legasi yang dibina berkembang secara semula jadi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak semua orang berpeluang bekerja dengan ahli keluarga dalam satu tempat yang sama.
Namun, berbeza dengan seorang juruterbang ini yang mencipta sejarah apabila berpeluang bekerja bersama anak sulungnya.
Juruterbang Kongsi Momen Indah, Terbang Bersama Anak Sulung Dalam Penerbangan Ke Colombo
Perkara itu dikongsikan oleh juruterbang, Razali Abdul Aziz, dalam satu hantaran di TikTok @captjalibotak.
Menerusi video yang dikongsikan, Razali berkongsi momen bersejarah berkongsi kokpit dan terbang bersama anak sulungnya, Fatin Dayini pada 3 Ogos lalu.
“03.08.2026, hari bersejarah. Pertama kali terbang dengan anak sulung, Fatin Dayini.
“Perasaan bangga berbaur sebak, terharu. Demi tugas, perasaan dan emosi harus diketepikan. Melihat legasi tumbuh depan mata, tiada kata-kata yang boleh dijadikan cerita.
“Kuatkan semangatmu, terus melangkah anakku kerana langkah ayah akan terhenti satu hari nanti,” tulisnya di ruang kapsyen.
Menerusi hantaran itu juga, Razali yang merupakan Kapten Batik Air Malaysia turut berkongsi beberapa keping gambar dia bersama anaknya dalam kokpit serta krew dalam penerbangan terbabit.
Memetik Kosmo, momen bersejarah itu berlaku sewaktu Razali bersama anaknya mengendalikan penerbangan OD297/298 bagi laluan Kuala Lumpur-Colombo-Kuala Lumpur pada Isnin (3 Ogos) lalu.
“Meskipun perasaan itu cukup kuat, saya dan anak tetap mengetepikan emosi sepanjang berada di kokpit demi memastikan aspek keselamatan, kelancaran serta keselesaan penumpang sentiasa diutamakan.
“Saya rasa bangga, terharu, gembira dan pada masa sama sedikit janggal kerana bertugas dengan anak sendiri dalam kokpit yang sama,” katanya.
Anak Mula Tunjuk Minat Dengan Bidang Penerbangan Sejak Kecil
Kongsi Razali yang berpengalaman selama 30 tahun dalam dunia penerbangan, anaknya itu mula menunjukkan minat terhadap bidang penerbangan sejak dari bangku sekolah lagi iaitu sewaktu menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Trolak dan Taiping.
“Dia memang banyak bertanya mengenai kapal terbang dan dunia penerbangan. Malah, dia suka menyelongkar beg kerja saya untuk melihat bahan berkaitan penerbangan,” ujarnya.
Tambah Razali lagi, antara detik yang paling bermakna dalam momen bersejarah itu adalah apabila dia sendiri dapat membimbing anaknya untuk mengendalikan proses berlepas dan mendarat dengan baik serta penuh keyakinan.
“Bagi saya, saat itu ibarat melihat legasi yang dibina selama ini berkembang secara semula jadi.
“Ia satu kepuasan yang sukar digambarkan apabila melihat anak mampu melaksanakan tugas dengan baik,” jelasnya.
Razali mula bergelar juruterbang pada tahun 1996 selepas berjaya mendapat Diploma Penerbangan dan Lesen Juruterbang Pengangkutan Udara (ATPL) daripada Australian Air Academy di Tamworth, Australia.
Sepanjang tempoh tiga dekad perkhidmatannya, Razali telah berjaya merekodkan lebih 18,500 jam penerbangan dan kini merupakan juruterbang pesawat Boeing 737.
@captjalibotak 03.08.2026 Hari Bersejarah, pertama kali terbang dgn anak sulung..Fatin Dayini. Perasaan bangga berbaur sebak, terharu..demi tugas, perasaan & emosi harus diketepikan.. melihat LEGASI tumbuh depan mata, tiada kata2 yg boleh dijadikan carita.. kuatkan semangatmu, teruslah melangkah anak ku kerana langkah ayah akan terhenti di satu hari nanti.. #batikairmalaysia#negerisembilan#orangkampung#pilot#motivasi @Yin @Lady of 1001 ♬ There You'll Be – Faith Hill
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.