
“Sesuai Untuk Murid Visual” – Cikgu Kreatif Hasilkan Video AI Kaitkan Matematik Dengan Kehidupan Seharian Raih Pujian [Video]
Kongsi guru, Wan Muhammad Firdaus kepada BuzzKini, dia baru mula menghasilkan video AI sejak dua minggu lalu untuk menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran lebih menarik.
- Guru Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, Wan Muhammad Firdaus, menggunakan AI seperti ChatGPT dan Gemini untuk menghasilkan video subjek Matematik.
- Video yang menunjukkan penggunaan Matematik dan Matematik Tambahan dalam kehidupan seharian telah mendapat lebih 108,000 tontonan serta mendapat pujian ramai.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kemajuan teknologi pada masa kini khususnya kecerdasan buatan (AI) sememangnya memudahkan kehidupan seharian.
Kadangkala, ia membantu orang ramai untuk memahami sesuatu perkara atau proses dengan lebih mudah.
Guru Hasilkan Video AI, Kaitkan Hubungan Subjek Matematik Dengan Realiti Kehidupan
Baru-baru ini, tular di media sosial hantaran seorang guru yang menghasilkan video menggunakan AI bagi menerangkan hubungan subjek Matematik dengan kehidupan seharian.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @wmfwz, guru yang dikenali sebagai Wan Muhammad Firdaus itu berkongsikan video yang menerangkan bab Solution of Triangles (SOT) di bawah subjek Matematik Tambahan bagi pelajar tingkatan empat.
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat kandungan video berkenaan menerangkan kepentingan topik tersebut serta kaitan segi tiga dengan realiti kehidupan antaranya seperti pembinaan jambatan serta mengukur jarak yang tidak diketahui.
View on Threads
Malah menerusi hantaran berasingan, Wan Muhammad Firdaus turut menghasilkan video bertemakan Piala Dunia dengan mengaitkan kejohanan bola sepak dunia itu dengan topik Sum Arithmatic Progressions.
View on Threads
Guru Guna AI Hasilkan Video Sejak Dua Minggu Lalu
Kongsi guru berkenaan kepada BuzzKini, dia baru mula menghasilkan video AI sejak dua minggu lalu untuk menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran lebih menarik.
Jelasnya yang berusia 36 tahun, prompt bagi setiap jalan cerita (storyboard) dihasilkan menggunakan ChatGPT dan Gemini pula untuk mencipta video.
“Saya guna Gemini untuk create video. Sebelum itu, prompt untuk setiap scene saya buat guna ChatGPT.
“Seterusnya gabung semua scene guna Capcut. Saya mula hasilkan video AI ini baru lagi, dalam dua minggu lebih. Ia mudah untuk digunakan dan menjadikan pengajaran lebih menarik,” jelasnya.
Kongsi Wan Muhammad Firdaus lagi, kebanyakan video yang dijana lebih memfokuskan subjek Matematik dan Matematik Tambahan serta memberi gambaran kepada murid apa yang mereka bakal belajar dalam bab tersebut dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
Mahu Cari Kelainan Dalam Mengajar, Tak Mahu Murid Rasa Bosan Belajar Matematik & Matematik Tambahan
Terang Wan Muhammad Firdaus yang kini mengajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu, dia sentiasa berminat untuk mencari kelainan dalam proses pembelajaran agar murid tidak telalu bosan dengan keadah pengajaran tradisional.
“Saya minat untuk sentiasa berinovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).
“Sama ada dari segi kandungan, penyampaian kandungan, bahan pembelajaran mengikut kecenderungan murid serta mengikut perubahan semasa sesuai dengan Gen Alpha.
“Ada murid visual, auditori dan kinestetik. Jadi untuk murid visual, ini sangat sesuai.
“Murid juga perlu tahu apa kaitan ilmu yang diajar dengan bidang yang akan mereka ceburi pada masa hadapan. Supaya mereka tak rasa belajar Matematik dan Matematik Tambahan itu sekadar belajar untuk peperiksaan.
“Sebenarnya lebih dari itu. Membentuk dan merangsang pemikiran kognitif, membuat keputusan dan sebagainya,” kongsinya kepada BuzzKini.
View on Threads
Murid Turut Teruja Dengan Video Yang Dihasilkan, Tak Sabar Tunggu Kelas Seterusnya
Kongsi Wan Muhammad Firdaus lagi, penerimaan pelajarnya terhadap video yang dihasilkan amat baik.
Malah, mereka sendiri teruja untuk menanti ‘kejutan’ dari guru Matematik Tambahan itu dalam kelas seterusnya.
Ramai Puji Guru Hasilkan Video Guna AI, Kaitkan Matematik Dengan Kehidupan Seharian
Perkongsian yang telah mendapat lebih 108,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji usaha Wan Muhammad Firdaus memanfaatkan teknologi dalam menghasilkan video untuk menarik minat serta memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu topik serta kaitannya dalam kehidupan seharian.
Malah, ada warganet yang turut meminta guru berkenaan mengajar mereka tentang cara menghasilkan video itu.
Ini antara komen pengguna Threads;
“Terima Kasih Cikgu Sebab Explain Bagaimana Matematik Digunakan Dalam Dunia Sebenar, Selama Ini Belajar Je Tapi Tak Diterangkan Dekat Mana Nak Apply”

“Sebab Utama Saya Tak Minat Matematik Dulu, Saya Tak Nampak Tujuan & Penggunaannya Dalam Kehidupan Sebenar”

“Rezeki Anak-Anak Zaman Sekarang”

“Inilah Bergunanya AI Zaman Sekarang, Tahniah Cikgu”

Baca Artikel Berkaitan: Nasihat Deep Cikgu Kenapa Murid Patut Ucap Selamat Hari Guru Untuk Ibu Berstatus Suri Rumah Buat Ramai Tersentuh [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Momen Indah Sepanjang Jadi Guru, Hias Kelas Macam Rumah Sendiri Untuk Tarik Minat Murid
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.