
“Rosak Harta Awam” – Air Pancut Depan Masjid Jamek KL Jadi Port Main Skateboard Undang Perhatian [Video]
Menerusi foto dikongsi, kelihatan jubin marmar di air pancut tersebut seperti terhakis dipercayai berpunca daripada sukan papan selaju di sana.
- A man was caught skateboarding at the decorative fountain in front of Masjid Jamek, Kuala Lumpur, damaging the marble tiles in the process.
- Netizens are urging Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to monitor the area, calling the act vandalism against public property.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Leman menunjukkan perbuatan seorang lelaki yang bermain papan selaju (skateboard) di air pancut berhadapan Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Seperti yang kita tahu, air pancut di di perkarangan ruang ibadah itu hanyalah bertujuan hiasan semata-mata dan bukannya untuk tempat bermain skateboard.
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan sedang bermain skateboard di kawasan air pancut sebagai platform untuk meluncur manakala seorang lagi individu sedang merakam aksi berkenaan daripada tepi.
‘DBKL Tolong Pantau, Ni Dah Rosakkan Harta Benda Awam’ – Pengguna Threads
Namun apa yang membuatkan Leman musykil adalah adakah aktiviti itu sebenarnya telah mendapat kelulusan pihak berkuasa?
Jelasnya lagi, perbuatan sebegini hanya akan merosakkan harta awam yang jelas untuk kegunaan masyarakat bersama.
“Minta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tolong pantau. Rosak habis harta awam. Bila tanya dekat orang pertama ada kebenaran. Bila tanya orang kedua tak ada kebenaran. Suara macam orang Indonesia. Lokasi depan Masjid Jamek,” kata Leman.
View on Threads
Jubin Marmar Pada Air Pancut Terhakis & Kotor
Dalam hantaran sama, Leman juga ada berkongsi foto jubin marmar air pancut berkenaan. Kelihatan jubin berada dalam keadaan kotor, manakala bahagian bucu tepi seperti terhakis berkemungkinan disebabkan perbuatan bermain skateboard di sana.

‘Bila Tegur, Melawan’ – Pengguna Threads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak berpuas hati apabila air pancut dijadikan sebagai port bermain skateboard.
“Ini dah kira vandalisme,” kata seorang lelaki.
“Semua tempat kalau boleh (skaters) ni nak main. Bukan dia kisah pun rosakkan harta benda awam. Bila tegur melawan. Dekat rumah aku habis rosak taman permainan budak-budak sebab diorang ni,” tambah seorang individu.
Orang Lain Juga Pernah Lihat Individu Main Papan Selaju Di Air Pancut Depan Masjid Jamek
Malah ada juga yang berkata mereka pernah terlihat individu bermain skateboard di sana, namun tidak dapat dipastikan orang yang sama atau pun tidak.
“Aku pernah duduk dekat air pancut ni dengan kakak aku tahun lepas. Santai la makan beli dekat pasar malam, masa tu air pancut tak ‘hidup’, rosak kot. Ada lagi la beberapa orang lain lepak sama. Tak lama selepas tu aku perasan ada beberapa budak dengan skateboard.
“Kita pun relax je. Bila kita pergi, diorang (pemain papan selaju) buat macam video tu (main skateboard). Dah jadi port diorang la ni. Tak tahu budak sama ke tidak. Jauh sangat ke Ampang Park tu,” ujar seorang wanita.
Skate Park Yang Terhad Mungkin Puncanya – Netizen
Sementara itu, ada juga yang mengaitkan video ini dengan kes pemain-pemain skateboard yang ditegur oleh seorang bapa sebelum ini di Urban Skate Plaza by Vans sekitar MRT Ampang Park.
“Sebab tu ada skate park. Bila dah ada skate park, ada pula mak bapak suruh diorang ke tepi untuk kasi anak-anak diorang yang umur lima ke enam tahun main rollerblade,” kata seorang lelaki.
Baca Artikel Berkaitan: Video Bapa Minta Skaters Beri Ruang Anak Main Rollerblade Di Skate Park Undang Perhatian
Sebenarnya ada banyak skate park terletak sekitar Lembah Klang ni. Malah sesetengah tempat mesra kanak-kanak. Untuk info lanjut, jangan lupa baca slide di bawah:
View on Threads
Berikut antara komen-komen netizen:







Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹







