Pelanggan Judge Pekerja Cashier Kononnya Tak ‘Belajar Tinggi’, Rupanya Sedang Part Time Ketika Cuti Sem
Jelas pemuda dikenali sebagai Danish, pelanggan itu pada awalnya telah bertanya tentang umur sebelum mempersoalkan pekerjaannya sebagai seorang juruwang.
- Seorang pelanggan menghina Danish, 22 tahun, kerana bekerja sebagai cashier, tanpa tahu dia sebenarnya sedang part time semasa cuti semester degree.
- Netizen menegaskan setiap pekerjaan perlu dihormati, kerana kerja cashier mengajar kemahiran berharga seperti mengurus wang dan memberi perkhidmatan pelanggan yang baik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pekerjaan mempunyai nilainya tersendiri tanpa mengira pangkat dan jawatan. Yang penting, pekerjaan yang dilakukan itu adalah halal dan pendapatan pun daripada sumber rezeki diberkati Allah SWT.
Bagaimanapun, mentaliti memperlekehkan pekerjaan seseorang masih wujud hinggalah ke hari ini. Kebiasaannya, yang selalu mendapat tempias adalah individu yang bekerja sebagai seorang juruwang.
Pelanggan Persoal Pekerjaan Pemuda Sebagai Seorang Cashier
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Danish berkongsi pengalamannya selepas pekerjaannya dipersoal oleh seorang pelanggan hanya kerana bergelar seorang cashier.
Jelas Danish, pelanggan itu pada awalnya telah bertanya tentang umurnya semasa mahu membuat pembayaran di kaunter.
“Belajar Pandai-pandai, Kan Dah Kerja Cashier” – Pelanggan
Dakwanya selepas memberitahu usianya 22 tahun, pelanggan itu dengan selamba berkata, “Dik belajar pandai-pandai ya, kan dah kerja macam ni.”
“Hina sangat ke jadi cashier? Tadi ada satu pelanggan tengah bayar lepas tu dia tanya ‘Dik, umur awak berapa?’ Lepas tu aku cakap la aku 22 tahun kemudian dia kata ‘Ohh yeke?’ Ulang kali (cakap) ‘Dik belajar pandai-pandai ya, kan dah kerja macam ni’,” kongsi Danish.
Pelanggan Terdiam Selepas Tahu Staf Rupanya Sedang Kerja Sambilan Semasa Cuti Semester Degree
Namun apa yang pelanggan itu tidak tahu adalah pemuda tersebut sebenarnya sedang bekerja sambilan sementara cuti semester bagi pengajian di peringkat Sarjana Muda (degree).
Jelas Danish, pelanggan berkenaan hanya mampu terdiam selepas tahu tentang statusnya. Tegas pemuda itu, orang ramai seharusnya menghormati setiap jenis pekerjaan di luar sana tanpa mengira pangkat.
“Lepas tu aku balas ‘Ohh maaf kak sebenarnya sekarang saya tengah buat part time (kerja separuh masa) sementara tengah cuti semester dua degree’.
“Lepas tu dia terdiam bila dengar aku bagit tahu. Tapi apa pun tolong hormat setiap jawatan dan pangkat dalam mana-mana pekerjaan,” katanya di akhir perkongsian.
View on Threads
Kalau Semua Pekerja Atasan, Siapa Yang Nak Jadi Cashier? – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berpendapat bahawa tidak sepatutnya seseorang itu mempertikaikan pekerjaan orang lain.
“Kenapa mesti nak hina setiap pekerjaan orang ya? Kalau tak ada yang bawahan ni, mana mungkin ada pekerja atasan. Kalau semua berebut nak kerja best dan elok-elok, habis kerja yang biasa ni macam mana? Allah ni buat sesuatu semua bersebab. Cashier tu ada sebab nak memudahkan hidup kau bukan untuk kau pandang hina,” kata seorang wanita.
Kerja Sebagai Juruwang Beri Pengalaman Yang Banyak Kepada Individu
Malah ada yang berkata pekerjaan sebagai seorang juruwang sangat mencabar dan mengajar seseorang untuk menjadi lebih penyabar dan teratur.
“Saya bekerja sebagai cashier sejak tahun 2010 hingga 2013 separuh masa sahaja. Tetapi serius, semua tu adalah pengalaman berharga. Kau belajar cara nak urus wang, kawal kesabaran, beri perkhidmatan pelanggan yang bagus dan menyelesaikan masalah. Semua tu sebahagian daripada pekerjaan tu.
“Sebab tu jadi cashier ni mencabar, bukan semua orang berupaya untuk lakukannya. Percayalah, banggalah dengan diri sendiri, dan biarkan sahaja mereka bercakap (menghina),” kongsi seorang lelaki.
Ramai Je Cashier Berpelajaran Tinggi – Pengguna Threads
Sementara itu, ramai juga tidak sangka masih ada pihak yang memandang rendah kepada pekerjaan seseorang.
“Syabas adik. Patut kau speaking je dalam Bahasa Inggeris atau Sepanyol ke. Biar terbeliak biji mata, sesuka hati judge orang,” ujar seorang warganet.
“Dia tak tahu ke kadang-kadang yang kerja cashier ni semuanya belajar tinggi? Kadangkala kerja sementara je,” kata seorang wanita.
Malah sebelum ini tular kisah seorang makcik yang menghakimi seorang ‘juruwang’ tanpa mengetahui dia sebenarnya adalah pemilik kedai makan tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: ‘Umur 26 Tahun Jadi Cashier Je?’- Makcik ‘Judge’ Juruwang yang Sebenarnya Pemilik Kedai Makan
Berikut antara komen-komen netizen:







Baca Artikel Berkaitan: Bekas Pembantu Liew Chin Tong Mohon Maaf Selepas Tular Persenda Pekerja 7E Kerana Undi BN
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kecewa Kawan Baik ‘Judge’ Kerja Kilang, Ramai Tampil Beri Sokongan [Video]
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹






