“Ni Bukan Budaya Malaysia” – Pelancong Asing Hitchhiking Dari Cameron Highlands Ke KL Undang Perhatian [Video]
Tiga pengembara itu pada awalnya ditumpangkan oleh sebuah Proton Saga hingga ke Tapah sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Kuala Lumpur menaiki kereta Tesla.
Tiga pelancong asing dikritik ramai selepas mengemis meminta mana-mana individu menumpangkan mereka dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur.
Walaupun berjaya sampai ke Kuala Lumpur menaiki Proton Saga dan kereta Tesla, namun ramai berpendapat bahawa budaya hitchhiking tidak sepatutnya dijadikan satu norma di Malaysia.
Netizen harap pelancong asing lebih menghormati negara yang dilawati dan tidak mengambil kesempatan terhadap kebaikan penduduk tempatan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular video tiga orang pelancong dari luar negara sedang bercuti di Cameron Highlands, Pahang.
Namun apa yang mendapat perhatian apabila mereka bertindak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali secara percuma atau istilah lainnya hitchhiking dari sana ke ibu kota, Kuala Lumpur.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang menulis perkataan “Kuala Lumpur” dan “Kuala Lumpur or Tapah” pada sekeping plakad ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran.
Pemandu Proton Saga Tumpangkan Backpackers Setengah Jalan
Mereka kemudiannya menuju ke jalan besar lalu memaparkan kadbod tersebut ke arah kenderaan-kenderaan dengan harapan ada insan baik hati yang boleh menumpangkan mereka ke destinasi yang mahu dituju.
Difahamkan pemilik kereta sebuah Proto Saga telah menumpangkan mereka hingga ke kawasan sekitar Tapah. Mereka kemudian berjaya meneruskan perjalanan apabila ditumpangkan oleh pemandu sebuah kenderaan elektrik (EV), Tesla pula.
Pengembara Kemudian Ditumpangkan Oleh Pemandu Tesla Hingga Sampai Ke KL
Difahamkan geng pengembara asing tersebut telah berjalan kaki hingga ke kawasan tol sebelum bertemu dengan pemandu Tesla berkenaan.
Dengan bantuan pemandu Tesla itu, tiga backpackers ini berjaya sampai ke Kuala Lumpur.
Perkongsian video tersebut telah mendapat kecaman ramai selepas dimuat naik di akaun Threads (16.9 aida).
Bagaimanapun menerusi semakan kami, video asal yang dimuat naik pelancong asing berkenaan tidak dapat diakses selepas dia menetapkan akaunnya ke mod peribadi (private).
‘Jangan Bawa Budaya Hitchhiking Ke Malaysia’ – Netizen
Rata-rata pengguna Threads dilihat tidak bersetuju tabiat hitchhiking ini diamalkan di Malaysia.
“Kenapa korang tolong orang kaya? Dia datang bercuti weh lepas tu mengemis. Duit dia jimat dia pergi makan tempat-tempat sedap. Korang makan nasi telur kicap,” kata seorang netizen.
“Korang semua (pelancong asing) boleh sewa kereta dan carpool sama-sama. Jangan bawa budaya hitchhiking di Malaysia,” tambah seorang individu.
Netizen Dakwa Rakyat Malaysia Akan Dihalau Pulang Jika Hicthhiking Di Luar Negara
Malah ramai juga berpandangan bahawa rakyat Malaysia akan diperlekeh sekiranya melakukan perkara tersebut di negara luar.
“Sementara tu, ramai yang menyimpan duit berbulan dan bertahun-tahun sebelum melancong sebab mereka tak nak harapkan orang tak dikenali beri sumbangan. Bayangkan kalau kita orang Asia ni mula hitchhiking dan mengemis di Europe atau Australia sebab kita tak mampu nak mengembara?
“Kita akan dimaki, banyak stereotaip, dihalau balik dan digunakan sebagai contoh kenapa imigrasi dan pelancongan perlu dikawal,” ujar seorang wanita.
“Orang Malaysia Baik Hati, Tapi Jangan Salah Anggap Kebaikan Sebagai Kelemahan” – Pengguna Threads
Dalam masa sama, ramai juga mengingatkan rakyat Malaysia untuk sentiasa berpada-pada dalam menghulurkan kebaikan selain meminta pelancong asing untuk menghormati negara ini.
“Saya tak faham. Kalau kita travel luar negara, kita diminta untuk tunjuk tiket balik, bukti pembayaran, dan maklumat tempat penginapan. Kenapa benda yang sama tak diguna pakai untuk semua orang sebelum masuk ke sesebuah negara?
“Orang Malaysia ni memang baik hati, tetapi jangan salah anggap kebaikan kami sebagai kelemahan. Pelancong sepatutnya hormat negara kita, bukan ambil kesempatan,” kata seorang pengguna Threads.
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹