Now Reading
Tahi Kucing Merata & Dipenuhi Sampah! Owner Terkejut Penyewa Tinggalkan Rumah Sewa Dalam Keadaan Kotor [Video]

Tahi Kucing Merata & Dipenuhi Sampah! Owner Terkejut Penyewa Tinggalkan Rumah Sewa Dalam Keadaan Kotor [Video]

Menurut suri rumah, Nurul Farhana Saeidi, rumah yang sebelum ini diberikan dalam keadaan baik mula disewa oleh wanita terbabit bersama suaminya pada tahun 2023 dengan kadar RM700 sebulan dan bayaran deposit RM1,000.

Ringkasan
  • Pemilik rumah, Nurul Farhana Saeidi terkejut melihat rumah sewa miliknya di Desa Kujid, Panji, Kota Bharu, Kelantan dipenuhi tahi kucing dan sampah.
  • Penyewa yang berusia linkungan 20-an meninggalkan rumah tersebut dan menyekat nombor telefon Nurul Farhana di WhatsApp.
  • Nurul Farhana menanggung kos baik pulih mencecah RM10,000 dan laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Chepa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@dakafiqcakkpuakk/video/7666105639936003346?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7615442083235087880

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila sebut tentang rumah sewa, masih ada lagi pemilik kediaman yang terpaksa berhadapan dengan sikap tidak bertanggungjawab penyewa sehingga ada yang menggelarkan segelintir individu ini sebagai penyewa dari neraka.

Manakan tidak, rumah yang pada awalnya diserahkan dalam keadaan baik menjadi rosak gara-gara perbuatan dan sikap penyewa itu sendiri.

Tuan Rumah Terkejut Lihat Rumah Penuh Dengan Tahi Kucing & Sampah Sarap

Itulah yang dialami oleh pasangan suami isteri apabila rumah sewa mereka yang terletak di Desa Kujid, Panji, Kota Bharu, Kelantan apabila kediaman mereka dipenuhi tahi kucing, sisa makanan dan sampah sarap.

Malah, bau busuk yang meloyakan dan menusuk hidung itu sudah boleh dihidu sebaik pasangan itu memasuki rumah berkenaan sebelum kedua-duanya dikejutkan dengan keadaan rumah yang kotor.

Tuan Rumah Datang Sebab Nak Bincang Tunggakan Sewa, Penyewa Tinggal Kunci Pada Tingkap

Menurut pemilik rumah, Nurul Farhana Saeidi, dia membuat keputusan untuk memeriksa rumah sewanya itu selepas gagal menghubungi penyewa yang merupakan seorang wanita berusia lingkungan 20-an.

Jelasnya yang berusia 36 tahun, tujuan dia datang ke rumah tersebut adalah untuk membincangkan tunggakan sewa selepas nombor telefonnya didakwa telah disekat di aplikasi WhatsApp sejak bulan lalu.

Kongsi Nurul Farhana, cubaannya mencari wanita itu selama empat hari gagal. Sebaliknya, penyewa itu kemudian meninggalkan rumah dengan cara meletakkan kunci pada tingkap kediaman terbabit.

Jelasnya yang datang ke rumah sewa itu pada Khamis (23 Julai) lalu, bau busuk mula menusuk hidung sebaik pintu dibuka sebelum dia mendapati ruang dalam rumah berkenaan dipenuhi najis kucing, sangkar haiwan, bekas sisa makanan serta sampah sarap.

“Saya memang terkejut dan langsung tidak sangka keadaan rumah jadi seperti ini. Bau dalam rumah sangat busuk, penuh tahi kucing dan ada tangki air di ruang tamu.

“Tiga bilik, dapur dan tandas semuanya kotor selain beberapa pintu rosak. Memang sangat sedih melihat keadaan rumah,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Rumah Di Sewa Pada Kadar RM700 Bermula Tahun 2023, Penyewa Bayar Seperti Biasa Pada Tahun Pertama

Kongsi Nurul Farhana, rumah yang sebelum ini diberikan dalam keadaan baik mula disewa oleh wanita terbabit bersama suaminya pada tahun 2023 dengan kadar RM700 sebulan dan bayaran deposit RM1,000.

Tambahnya, penyewa berkenaan membayar sewa seperti biasa pada tahun pertama menyewa.

Namun selepas beberapa bulan, wanita berkenaan mendakwa dia menghadapi masalah kewangan menyebabkan bayaran dibuat secara ansuran dan lebih rendah daripada kadar sewa bulanan yang ditetapkan.

“Saya masih bertolak ansur kerana mereka berjanji akan menjelaskan tunggakan sedikit demi sedikit.

“Tetapi selepas itu mereka semakin sukar dihubungi dan panggilan telefon serta mesej WhatsApp juga tidak berbalas,” jelasnya.

Tuan Rumah Dah Berapa Kali Cari Penyewa, Terpaksa Tanggung Kos Baik Pulih Rumah RM10,000

Kongsi Nurul Farhana, dia sebelum ini sudah beberapa kali mencari wanita terbabit yang didakwa bekerja di sebuah kedai makan di daerah berkenaan kerana mahu menuntut tunggakan bayaran sewa sebanyak RM4,500.

Jelasnya lagi, kerja pembersihan perlu dilakukan di kediaman tersebut secara menyeluruh sebelum proses baik pulih dapat dijalankan.

“Saya sudah bertanya anggaran kos daripada syarikat pembersihan dan upah untuk membersihkan kekotoran ini sekitar RM1,000.

“Itu belum termasuk kos baik pulih dan kerosakan rumah yang saya anggarkan sekitar RM10,000,” jelasnya.

Tak Berniat Aibkan Mana-Mana Individu, Mahu Selesaikan Cara Baik

Terang Nurul Farhana lagi, dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana individu namun hanya mahu menyelesaikan isu ini secara baik.

Malah difahamkan, dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Chepa berhubung kejadian berkenaan.

“Saya tak berniat mengaibkan dia, sebaliknya kongsikan perkara ini untuk mengesan dia supaya masalah dapat diselesaikan secara baik.

“Saya sudah berjaya menghubunginya melalui WhatsApp dua hari lalu dan mahu dia bertanggung jawab,” katanya.

Tonton video penuh [DI SINI]

Baca Artikel Berkaitan: Tak Mampu Bayar Sewa, Penyewa Tinggalkan Kucing 60 Ekor Di Rumah Sehingga Ada Yang Mati

Baca Artikel Berkaitan: “Pemilik Kucing Lari Tak Bayar Sewa” – Si Bulus Terkurung 10 Hari Dalam Rumah Tanpa Makanan Undang Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Penyewa Dari Neraka” – Sangat Pengotor & Selalu Kencing Di Sinki, Lelaki Nekad Halau Housemate [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.