
“Shooting 21 Jam, Editing 1 Bulan”- Sofyank Kongsi Filem VFX Pendek Bertema Adventure Fantasy, Ramai Puji & Siap Minta Episod Baru [Video]
Menerusi filem pendek VFX yang dihasilkan oleh Sofyank dan pasukannya kelihatan setiap elemen grafik begitu realistik seolah-olah ia wujud di alam nyata.
- Sofyank menghasilkan filem pendek VFX bergenre adventure fantasi untuk mempromosikan produk terbaru Gardenia, dengan penggambaran 21 jam dan suntingan satu bulan.
- Ramai penonton memuji hasil kerja Sofyank, menyifatkan filem tanah air Malaysia mempunyai masa depan cerah, malah meminta lebih banyak filem pendek.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Nama Sofyank dengan kepakarannya dalam Digital Visual Effect (VFX) sudah tidak asing lagi di Malaysia ini. Malah kehebatannya ini turut membuka ruang buatnya sehingga dapat berkolaborasi dengan ramai pelakon antarabangsa terkenal seperti Chris Hemsworth, Paul Rudd, Ryan Reynolds dan ramai lagi.
Sofyank tampil dengan filem pendek VFX bergenre adventure fantasi
Terbaharu Sofyank sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila muncul dengan filem VFX pendeknya untuk mempromosikan produk terbaru daripada Gardenia.
Menerusi filem pendek yang dihasilkan, Sofyank tampil dengan genre adventure fantasy (pengembaraan fantasi) dengan menggunakan permainan seperti Jumanji untuk memulakan ceritanya.
Elemen grafik power dan nampak realistik
Dalam filem tersebut Sofyank turut memasukkan elemen motion dan grafik yang kelihatan realistik seperti aksi berada di atas bangunan tinggi, dinosaur, serta rekahan bumi yang berbentuk seperti api dan banyak lagi.
Bukan hanya itu, hasil sinematografi yang diberikan dalam filem pendek itu juga begitu cantik dan persis filem antarabangsa termasuklah jalan cerita yang menarik.
Promosi produk terbaharu daripada Gardenia
Namun siapa sangka filem pendek ini sebenarnya mahu memperkenalkan produk baharu daripada jenama roti terkenal, Gardenia iaitu Twiggies perisa keju beri biru dan Squiggles matcha midori.
Sofyank turut memaklumkan penggambaran filem pendek itu dilakukan dalam masa 21 jam manakala suntingan pula mengambil masa selama satu bulan.
“Akhirnya siap juga filem pendek VFX bertemakan adventure fantasi. Harap korang enjoy! Kalau korang suka video ini jangan lupa kongsi tau,” katanya.
View on Threads
Ramai puji, siap ada yang minta Sofyank hasilkan lebih banyak filem pendek
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji hasil filem pendek Sofyank dan menyifatkan filem tanah air Malaysia mempunyai masa depan yang cerah dengan bakatnya.
Malah ada yang memuji kehebatan Sofyank dan pasukannya kerana berjaya menghasilkan filem pendek dengan suntingan yang baik.
Bukan hanya itu ramai yang turut terpegun dan menonton filem pendek itu sehingga ke penghujungnya. Bahkan ada juga yang meminta Sofyank dan pasukan untuk menghasilkan lebih banyak lagi filem pendek.
Ada juga yang memberi komen membina
Dalam masa sama ada juga yang memberikan komen membina seperti cara lakonan serta lontaran dialog yang mungkin boleh ditambah baik untuk filem pendek seterusnya.
Tidak kurang ada yang beri cadangan seperti Sofyank sepatutnya membuat efek angin ketika mereka berada di atas jambatan dalam satu scene tersebut.
Sofyank menjelaskan ia adalah kesilapannya kerana tidak meletakkan kipas sewaktu sesi pengambaran berlangsung.
“Sejujurnya ini kesilapan saya sewaktu shooting, sepatutnya saya prepare prop kipas manual yang tak pakai elektrik untuk dapatkan ‘feel’ angin.
“Sebab final video akan gunakan audio dari set, jadi kalau tembak kipas angin yang ada enjin, akan ada bunyi noise yang sangat kuat dalam footage. Insya-Allah untuk karya seterusnya, kami akan cuba perbaiki untuk bahagian yang boleh ditambah baik. Terima kasih.”
“Kalau ini masa ddepan filem tanah air, kita ada mas depan yang cerah. Gembiranya tengok. Next level!”

“Penggambaran 21 jam, suntingan 1 bulan. Hasil 30 saat pertama terus rasa nak tengok sampai habis. Ini dia standard baru content Malaysia. Terbaik”

“Manta habis semua! Cuma lakonan dan lontaran dialog je kena asah lagi kot.”

“Saya rasa mungkin awak boleh tambah macam angin semasa dekat atas jambatan tu, akan membuatkan ia nampak lagi realistik tetapi kesemuanya saya suka kerja awak seperti biasa”

“Gardenia tak salah orang. Terbaik”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.







