“Raising A Man”- Ramai Puji Ibu Latih Anak Lelaki Usia 5 Tahun Mengemas & Memasak [Video]
Menerusi video selain memasak, kelihatan si kecil itu turut dilatih mengemas rumah seperti menyusun kasut, menjemur dan membasuh pakaian serta banyak lagi.
Seorang ibu di TikTok (@housewifequinn) viral kerana melatih anak lelaki berumur lima tahun memasak dan mengemas rumah.
Si kecil diajar kemahiran praktikal seperti memotong sayur, memasak roti telur, mencuci sinki, dan menjemur pakaian sejak usia tiga tahun.
Ramai netizen memuji ibu tersebut kerana mendidik anaknya menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berdikari sejak kecil.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak dari dulu kita mungkin dimomokkan dengan stigma mengemas dan memasak adalah kerja wanita. Namun hakikatnya ia bukanlah kerja yang hanya membabitkan jantina sebaliknya bersama. Tidak kiralah lelaki atau perempuan kedua-duanya perlu untuk belajar mengemas dan memasak.
Cara besarkan anak, siap ajar mengemas dan masak dari kecil raih perhatian
Baru-baru ini seorang wanita telah berkongsi caranya membesarkan anak lelakinya dengan melatih mereka dari kecil untuk memasak serta mengemas rumah.
Perkara ini secara tidak langsung membantu membentuk personaliti diri mereka untuk mempunyai sikap bertanggungjawab, teratur, kemas dan sentiasa menjaga kebersihan.
Walaupun masih kecil tapi dah pandai potong sayur dan buat kerja di dapur
Menerusi video yang dikongsikan oleh @housewifequinn di TikTok, awalnya kelihatan dia menunjukkan anak lelakinya yang masih kecil sedang membantunya di dapur seperti memotong sayur, bawang dan barangan mentah yang mudah.
Bukan hanya itu, kanak-kanak kecil itu turut diajar untuk membersihkan singki sebaik ia selesai digunakan.
Turut kelihatan si kecil itu menggunakan berus untuk membersihkan bahagian celah-celah singki.
Boleh memasak dengan pantauan ibu
Apa yang lebih menarik, meskipun di usia masih kecil namun kanak-kanak lelaki itu juga sudah pandai memasak. Akan tetapi ia pastinya dengan pantauan si ibu.
Turut kelihatan dia pandai memasak roti telur, sayur tumis, dan sebagainya. Selain memasak, si ibu turut melatih anak lelakinya itu menjemur, membasuh dan mengangkat pakaian yang sudah kering.
Selain itu, rumah juga dilihat sentiasa kemas dan teratur kerana ada si kecil yang rajin membantu selepas dilatih oleh ibu.
Ramai puji kanak-kanak lelaki dan cara ibu melatihnya sejak kecil
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap kanak-kanak lelaki yang dilihat begitu rajin dan cekap dalam membuat kerja rumah.
Bahkan ramai juga memuji si ibu kerana membesarkan anaknya untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab apabila sudah besar nanti.
Di dalam komen si ibu memaklumkan anak lelakinya itu baru berusia lima tahun dan menjelaskan anaknya itu sememangnya suka melihat dia memasak di dapur. Oleh itu, dia kemudian mula melatih anaknya memegang pisau apabila berumur tiga tahun.
Malah ada yang berseloroh mahu menjadikan si kecil itu sebagai menantu dek kerana kerajinannya.
“Aunty nak booking nak buat jadi menantu.”
“Umur berapa ni sis. Anak perempuan saya darjah satu. Kalau muda lagi dari perempuan tak apa.”
“Berapa tahun boleh mula suruh-suruh macam ni ya? Tak sabar pula”
“Terbaik puan, puas hati cara puan mendidik anak-anak. Saya belum mampu nak didik macam ni.”
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.