Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini Malaysia telah diumumkan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan satu kerjasama khas membabitkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Kerajaan Bahrain serta Kerajaan Malaysia.
Perlumbaan berkenaan akan diadakan di Sepang pada 2 hingga 4 Oktober ini sekali gus menggembirakan hati peminat dunia automotif tempatan selepas penganjurannya kali terakhir pada 2017.
Anwar Ibrahim jelaskan pengajuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 adalah percuma
Terbaharu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia tidak dikenakan sebarang bayaran pendaftaran oleh FIA susulan penganjuran bagi perlumbaan itu.
Jelas beliau, penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 (F1) adalah percuma.
Menurut beliau, ia dianjur tanpa sebarang kos pendaftaran kepada syarikat dan percuma.
“Alhamdulillah (penganjuran) ini setelah belasan tahun. Dulu kosnya ratusan juta masa kita anjurkan tahun 2017.
“Hari ini, kita anjur tanpa membayar kos pendaftaran kepada syarikat dan percuma,” jelasnya, lapor Harian Metro.
Malaysia hanya keluar perbelanjaan untuk baiki trek SIC
Kata Anwar Ibrahim lagi, perbelanjaan hanya dikeluarkan untuk membaiki trek di SIC. Ini kerana trek sekarang telah digunakan untuk kederaan, motosikal serta lain-lain dan ia perlu dibaiki.
“Kalau ada sedikit perbelanjaan nak baiki trek. Trek yang sekarang digunakan untuk kenderaan, motosikal dan lain-lain itu (perlu) dibaiki sedikit. Saya jangkakan kira-kira RM10 hingga 16 juta.
“Orang lain anjur, perbelanjaan ratusan juta atau minimum RM1 bilion.
“Kita diminta belanja RM16 juta (untuk baiki trek yang akan) menjadi tumpuan semua pelumba terkenal dunia, kenderaan yang tercanggih di dunia dan ribuan jurutera yang akan terbang ke Sepang, Malaysia.”
Ada 3 faktor Malaysia dipilih untuk penganjuran F1
Kata beliau lagi, terdapat tiga faktor Malaysia dipilih bagi penganjuran F1 daripada banyak negara yang diteliti.
“Ada puluhan, kalau tidak lebih, negara-negara yang diteliti oleh mereka. Pertama harus aman. Kedua, urusannya baik dan cekap. Ketiga, infrastrukturnya lebih baik,” jelasnya lagi.
Afifa Syahirah
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.