
“Nampak Meyakinkan” – Tindakan Individu Guna AI Jana Imej Dr Malar Promosi Jualan Murah Beg Tangan Berjenama Jadi Perhatian [Video]
Perkongsian yang telah mendapat lebih 240,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial termasuk Dr Malar sendiri yang sedih dan kecewa dengan kandungan melibatkan dirinya itu.
- Scammer guna AI untuk menjana imej dan video pempengaruh yang juga doktor perubatan terkenal, Dr Malar Santhi mempromosikan jualan murah beg tangan berjenama.
- Dr Malar meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan kandungan yang melibatkan dirinya dan mendakwa tidak dapat mengambil sebarang tindakan kerana tiada undang-undang ketat mengenai penipuan digital.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) diakui nyata memudahkan kehidupan seharian khususnya dalam menyiapkan sesuatu tugasan.
Namun, ada segelintir yang dilihat menyalahgunakan kemudahan ini dengan menjana imej palsu individu tertentu semata-mata untuk menipu orang lain.
Individu Dipercayai Scammer Jana Imej Dr Malar, Promosi Jualan Murah Beg Tangan Berjenama
Semalam (26 Julai), tular di media sosial hantaran seorang pengguna mengenai tindakan individu dipercayai scammer yang didakwa menggunakan AI sebagai taktik penipuan.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @nikssuhada_, pengguna yang dikenali sebagai Suhada itu mendakwa scammer terbabit telah menjana imej pempengaruh yang juga doktor perubatan terkenal, Dr Malar Santhi menggunakan AI untuk menipu orang ramai.
Apa yang menjadi perhatian adalah Suhada mendakwa imej yang dijana itu sememangnya nampak meyakinkan.
“Gila betul scam*** sekarang sampai sanggup guna muka dan suara yang menyerupai Dr Malar untuk perdaya orang.
“Dengan teknologi AI semua nampak menyakinkan eh jadi kena sentiasa lebih berhati-hati,” kongsinya.
Melalui hantaran itu juga, Suhada turut berkongsikan video serta imej yang digunakan untuk menarik orang ramai mengenai jualan murah jenama beg tangan terkemuka yang memberi diskaun sebanyak 75%.
Difahamkan, video dan imej itu dimuat naik dan dikongsikan pada akaun palsu Facebook Celoteh Dr Malar yang mempunyai dua orang pengikut.
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat Dr Malar memegang beg tangan jenama Coach serta menunjukkan orang ramai beratur di luar butik terkemuka itu.
View on Threads
Namun hasil semakan kami di akaun FB palsu pempengaruh itu mendapati video dan imej berkenaan telahpun dipadam.
Pun begitu, terdapat satu hantaran dengan imej Dr Malar menggayakan beg tangan berwarna hitam jenama sama dalam keadaan butik yang dipenuhi orang ramai pada April lalu.

Dr Malar Sedih & Marah, Dakwa Tiada Undang-Undang Ketat Untuk Penipuan Digital
Hantaran yang telah mendapat lebih 240,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial termasuk Dr Malar sendiri.
Jelas Dr Malar, dia sedih dan kecewa dengan kandungan yang melibatkan dirinya itu.
Namun dakwanya, dia buntu untuk mengambil tindakan yang sepatutnya apatah lagi tiada undang-undang yang ketat mengenai penipuan digital ini.
“Saya sedih, marah, geram, upset, malu, kecewa, sakit hati dengan content sebegini.
“Tapi, selagi negara kita tiada undang-undang yang ketat untuk penipuan digital, tiada apa yang kami boleh buat.
“Buat report polis pun, polis ‘tak boleh ambil tindakan’ katanya, kena report kat MCMC.
“Report MCMC akan makan masa sebulan dua untuk diorang deactivate acount ni. Tapi sebelum MCMC deactivate, si scammer akan bukak akaun baru jadi dia macam patah tumbuh, hilang berganti. Jadi apa yang kita orang patut buat?” katanya.

Ramai Kecam Tindakan Scammer, Bimbang Ada Yang Tertipu
Pada masa yang sama, warganet turut meluahkan rasa bimbang kerana takut ada individu yang akan menjadi mangsa penipuan scammer apatah lagi ada yang tidak dapat membezakan AI dan situasi sebenar.
Malah, ada segelintir netizen berpendapat pihak berkaitan khususnya kerajaan melakukan sesuatu bagi membanteras tindakan kumpulan scammer berkenaan yang tergamak menyerupai pempengaruh popular demi mendapat perhatian orang ramai.
Ada juga seleintir pengguna media sosial yang nyaris menjadi mangsa penipuan taktik scammer sebegini.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Ini Yang Tak Best Dah Nak Post Apa-Apa Dekat Media Sosial, AI Merata, Makin Lama Makin Tak Tahu Mana Real, Mana Fake”

“Sebab Itu Kerajaan Kita Atau Dunia Sekali Kena Gubal Undang-Undang Siber Dengan Lebih Ketat & Detail, Lagi Satu Adakah Polis Khas Untuk Jenayah Siber”

“Sejujurnya Saya Dah Kena Hari Tu, Dah Klik Link, Isi Details, Tak Buat Payment Sebab Ada COD, Dah Settle Baru Sedar Macam ‘Eh Ini Macam Scam’. Bila Check Memang Betul Scam”

“Tak Baik Buat Dr Malar, Dia Fokus Topik Kesihatan, Beli Beg Coach Tak Buat Kita Sihat Ya. Orang Yang Buat Video Ini Tolong Jangan Gula-Gulakan Masyarakat”

“Siot Betul Video AI Yang Emak Aku Tengok. Patutlah Dia Cakap Dr Malar Beli Perfume YSL RM100 Je, Beli Beg Coach Pun Murah, Ramai Beratur”

Baca Artikel Berkaitan: Kedai Pizza Dedah Ada Scammer Guna AI Sunting Gambar Konon Terima Piza Mentah Untuk Dapat Refund [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pakar Siber Kongsi Bagaimana Scammer Akses Data Peribadi Dalam Telefon Android [Video]
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.







