“Habis Pasir Berterbangan” – Helikopter Terbang Rendah Dipercayai Cuba Mendarat Di Tepi Pantai Undang Kecaman [Video]
Menerusi rakaman tular, dapat dilihat pasir memenuhi meja kedai makan berhampiran dipercayai kesan daripada helikopter yang terbang rendah di Pulau Kapas, Terengganu itu.
Sebuah helikopter dirakam terbang rendah berhampiran kawasan pantai di Pulau Kapas, Marang, Terengganu, dipercayai cuba mendarat sebelum berlpeas semula.
Helikopter yang terbang rendah itu menyebabkan pasir berterbangan sehingga memberi kesan kepada pelanggan di gerai makan berhampiran.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selain kapal terbang, helikopter merupakan antara kenderaan yang turut menjadi pilihan segelintir pihak untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain untuk tempoh masa yang singkat.
Kebiasaannya, kenderaan seperti ini mempunyai tempat khas untuk mendarat dan berlepas jauh dari orang ramai.
Helikopter Terbang Rendah Di Persisiran Pantai Dipercayai Cuba Mendarat Sebelum Berlepas
Pun begitu semalam (26 Julai), tular di media sosial rakaman sebuah helikopter yang dilihat terbang rendah dipercayai cuba mendarat sebelum berlepas semula berhampiran kawasan persisiran pantai di Pulau Kapas, Marang, Terengganu.
Rakaman video itu dikongsikan oleh seorang pengguna yang merupakan seorang boatman di pulau terbabit dalam satu hantaran di Threads @arifwengweng_officiall.
Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan helikopter yang terbang pada ketinggian rendah itu menyebabkan pasir di kawasan pantai berterbangan serta pokok-pokok berhampiran turut bergoyang kesan daripada angin yang kuat.
Tindakan Helikopter Terbang Rendah Sebabkan Pasir Berterbangan Sehingga Ke Gerai Makanan Berhampiran
Menerusi rakaman tular, dapat dilihat beberapa individu yang dipercayai pelancong pulau tersebut turut berlari mendapatkan perlindungan.
Bukan itu sahaja, gerai makan yang terletak di kawasan berhampiran turut terkena tempiasnya akibat tindakan helikopter berkenaan.
Manakan tidak, pasir turut dilihat memenuhi meja kedai makan berhampiran dipercayai kesan daripada helikopter yang terbang rendah itu.
Malah, ada segelintir pelanggan mendakwa mereka tidak dapat menghabiskan makanan disebabkan pasir telah masuk ke dalam hidangan serta salah seorang daripada mereka turut dilihat membersihkan pasir yang melekat pada badan dan barangan.
“Pilot (juruterbang) tak reti bahasa. Nak tunjuk kamu kaya. Habis masuk pasir dalam makanan orang, jenis b*d*h,” tulis pengguna berkenaan.
Ramai Kecam Tindakan Helikopter Terbang Di Kawasan Rendah Di Pulau Kapas
Perkongsian yang telah mendapat lebih 363,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengkritik dan mengecam tindakan helikopter berkenaan yang terbang rendah di kawasan pantai sehingga menyebabkan pasir turut berterbangan sekaligus memberi kesan kepada orang sekeliling.
Malah ada yang mempersoalkan adakah tindakan helikopter yang dipercayai cuba mendarat di kawasan pantai itu dibenarkan oleh pihak berkuasa.
Bukan itu sahaja, ada yang mencadangkan agar pihak yang terkesan membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai kejadian berkenaan.
Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang info atau kenyataan rasmi dari pemilik helikopter berhubung insiden terbabit.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Tauke Kedai Kena Buat Bantahan Dalam Group, Suruh Pilot Ganti Rugi”
“B*d*h Ke Pilot Nak Landing Area Ramai Orang Macam Tu? Kalau Kecemasan Mungkin La”
“Report CAAM”
“Bahaya Pada Orang Awam, Main Suka Hati Nak Landing Report Je”
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.