Now Reading
Ambil Gula Berlebihan Pun Antara Punca Jerawat! Doktor Kongsi Sebabnya [Video]

Ambil Gula Berlebihan Pun Antara Punca Jerawat! Doktor Kongsi Sebabnya [Video]

Mungkin ramai di antara kita yang tidak tahu apakah punca utama masalah jerawat yang degil dan berterusan pada kulit wajah. Siapa sangka makan gula berlebihan pun antara puncanya.

Ringkasan
  • Pengambilan gula berlebihan menyebabkan badan menghasilkan hormon insulin, yang meningkatkan sebum dan menyebabkan jerawat pada wajah.
  • Menurut Dr Nazirin Ariffin, gula berlebihan boleh menyebabkan glikasi, merosakkan kolagen dan elastin, serta mempercepatkan penuaan kulit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Memang tidak dapat dinafikan, banyak makanan dan minuman manis viral yang menjadi buruan orang ramai sekaligus menyebabkan gaya hidup masyarakat kini sudah berubah berbanding dahulu.

Bagaimanapun, pengambilan makanan dan minuman yang terlampau tinggi kandungan gula ini sebenarnya memberi impak kepada masalah kulit seseorang.

Gula Antara Punca Utama Muncul Jerawat & Bintik-bintik Pada Muka

Baru-baru ini, pegawai perubatan dikenali sebagai Dr Kenneth Wong menegur orang ramai yang selalu mengambil makanan dan minuman manis.

Jelas beliau, pengambilan gula yang berlebihan merupakan antara punca jerawat dan bintik-bintik muncul pada kulit wajah.

Malah menurutnya, badan manusia akan menghasilkan hormon insulin akibat pengambilan gula. Insulin ini akan menyebabkan banyak kandungan minyak berlebihan (sebum) terbentuk pada kulit wajah sekaligus menjadi punca jerawat keluar.

Malah sebum juga boleh menyebabkan liang-liang pori tersumbat.

Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Picit Jerawat Di Hidung, Gadis Alami Penyakit Misteri Hingga Hilang Penglihatan

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Pakar Kulit Ini Kongsi 8 Tips Bebaskan Diri Korang Daripada Jerawat

“Gula Adalah Sangat Bahaya!” – Dr Kenneth

Bukan itu sahaja, menurut Dr Kenneth, insulin juga boleh meningkatkan tahap penghasilan IGF 1 (sejenis insulin) yang mengundang kepada masalah keradangan kulit selain memberi kesan kepada organ dalaman yang lain.

“Sesiapa yang sentiasa dapat jerawat, perlu kurangkan minuman dan makanan manis. Gula adalah sangat bahaya.

“Gula bukan sahaja bagi kesan kepada kulit kamu tetapi semua organ (termasuk) hati, buah pinggang, jantung dan lain-lain,” jelas beliau.

Memetik Hello Doktor, peningkatan tahap insulin mendorong lebihan gula ke dalam sel dan mengakibatkan munculnya jerawat.

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Bahaya! Jangan Picit Jerawat Di Spot Tiga Segi Pada Muka, Ini Sebabnya

Pengambilan Gula Juga Boleh Sebabkan Kerosakan Tisu Kulit

Seorang Pakar Dermatologi dikenali sebagai Dr Nazirin Ariffin sebelum ini juga pernah menjelaskan selain masalah jerawat, pengambilan gula juga boleh membawa kepada eczema dan kulit kusam malah mempercepatkan proses penuaan.

Tambahnya lagi dipetik Harian Metro, pengambilan gula berlebihan turut mengundang glikasi. Glikasi bermaksud satu proses di mana molekul gula melekat kepada protein seperti kolagen dan elastin, menyebabkan kerosakan kepada tisu kulit.

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Kongsi Rawatan Efektif Untuk 2 Jenis Parut Jerawat Di Muka

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dah Cuba Banyak Cara Tapi Parut Jerawat Masih Tak Hilang, Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: Muka Breakout Sebab Sepanjang Hari Pakai Makeup? Ini Tips Jaga Kulit Wajah Anda

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.