Now Reading
Wanita Dedah Bayar RM15 Kepada Ulat Parkir Sebelum Disaman DBKL Raih Pelbagai Reaksi

Wanita Dedah Bayar RM15 Kepada Ulat Parkir Sebelum Disaman DBKL Raih Pelbagai Reaksi

Wanita terbabit turut mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas terhadap individu (ulat parkir) yang didakwa mengutip wang daripada kenderaan dan melakukan operasi tanpa permit.

Ringkasan
  • Wanita bayar RM15 kepada ulat parkir di Changkat, Kuala Lumpur,  bimbang kereta dirosakkan atau dicalarkan pihak berkenaan. 
  • Sedari kereta kemudian disaman DBKL meaning she was penalized twice for parking in the same spot.
  • Wanita persoal mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap ulat parkir yang mengutip duit secara haram.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Masalah ulat parkir merupakan isu yang sudah berlaku sejak sekian lama, bahkan mereka juga berani merosakkan kenderaan seperti mencalarkan kereta dan sebagainya jika pemilik enggan membuat pembayaran.

Apa yang peliknya parkir yang ‘disediakan’ bukanlah di tapak yang dibenarkan apatah lagi mendapat kebenaran oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk digunakan oleh orang ramai namun mereka seolah-olah berkuasa di kawasan berkenaan sehingga mengambil kesempatan dengan mengutip wang.

Wanita bayar RM15 kepada ulat parkir sebelum kena saman DBKL

Terbaharu seorang wanita mendedahkan dia terpaksa membuat ‘pembayaran parkir’ sebanyak dua kali kepada ulat parkir dan juga saman daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sewaktu meletakkan kereta di sebuah kawasan di Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh pengguna Threads itu, wanita terbabit memaklumkan dia telah membayar RM15 kepada seorang ulat parkir di Changkat, Kuala Lumpur.

Tak nak kereta dirosakkan oleh ulat parkir

Katanya pembayaran itu dibuat kerana enggan berlaku sebarang perkara tak diingini pada kenderaan yang diparkir seperti calar atau cermin sisi dirosakkan.

Namun sebaik sahaja kembali ke kawasan parkir, wanita itu menyedari terdapat surat saman dari DBKL di bawah pengelap cermin hadapannya.

“Saya memberikan RM15 kepada seorang ulat parkir yang tidak mempunyai permit kerja di Changkat kerana jika anda tidak membayarnya, kereta anda akan dicalarkan atau cermin sisi akan dirosakkan.

“Sewaktu pulang semula ke kawasan parkir dan menjumpai terdapat saman baru DBKL di bawah pengelap cermin.

“Jadi biar saya jelaskan. Pertama ulat parkir haram itu terlepas daripada hukuman daripada melakukan sindiket pembayaran bebas ke atas cukai jalan awam. Kedua DBKL mendenda saya kerana berada di jalan sama (memarkir kenderaan di kawasan sama),” katanya.

Persoal kenapa tiadda sebarang tindakan tegas diambil terhadap ulat parkir

Wanita itu turut mengatakan dia sudah dua kali didenda sewaktu berada di Kuala Lumpur.

Malah dia turut mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas terhadap individu tidak bertanggungjawab yang didakwa mengutip wang daripada kenderaan dan menjalankan operasi tanpa permit.

“Jadi pekerja haram boleh menswastakan harta kerajaan dan menyimpan wang tunai, DBKL mendapat wang saman saya dan saya ditipu dari kedua-dua belah pihak.

“Kenapa tiada apa-apa yang dilakukan mengenai perkara ini? Kenapa saya membayar untuk infrastruktur awam jika DBKL hanya akan membiarkan sindiket mengenai bayaran masuk dan mendenda kami?” soal wanita itu.

Ada yang berpendapat wanita disaman kerana parkir kereta di garisan kuning

Walau bagaimanapun di ruangan komen, ada yang berpendapat wanita terbabit didenda kerana memarkir kenderaan di garisan kuning seperti yang tertulis di dalam surat saman terbabit.

Ini kerana, perbuatan memarkir kenderaan di kawasan kuning adalah satu kesalahan undang-undang jalan raya.

Ada juga yang berpendapat untuk wanita terbabit seharusnya mencari kawasan parkir khas untuk mengelakkan masalah berulang.

Tidak mengkritik isu disaman, tetapi bimbang mengenai ulat parkir

Wanita itu bagaimanapun berpendapat ia bukan kerana dia disaman oleh DBKL tetapi kebimbangannya lebih kepada ulat parkir yang mengutip bayaran.

Ada yang kongsi lalui pengalaman sama walau parkir di kawasan sepatutnya

Akan tetapi ada juga yang berkongsi pengalaman di mana mereka meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang sepatutnya dan membayar kepada ulat parkir serta didenda.

Tidak kurang ada yang meminta wanita tersebut membuat laporan polis terhadap ulat parkir yang mengambil duit secara haram.

Ada juga mengatakan mereka tidak akan membayar kepada ulat parkir sebaliknya mengugut dan mereka akan melarikan diri. Selain itu, pengguna itu turut merakam kenderaannya sebelum meninggalkan kawasan parkir.

Sebagai info pada Mei lalu seramai tiga ulat parkir telah didenda dan dipenjara antara dua hingga tiga bulan selepas didapati terbabit dengan kegiatan ulat parkir di Kuala Lumpur.

Ulat parkir itu telah didenda antara RM1,200 hingga RM2,500 selain hukuman penjara berkenaan selepas mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seksyen ini adalah peruntukan di bawah undang-undang yang melarang orang awam yang berada di atas jalan atau tempat letak kenderaan awam untuk mengutip bayaran, menjaga kenderaan (ulat parkir), atau cop parkir.

Jika sabit kesalahan ulat parkir boleh didenda sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Hanya kerana awak bayar kepada ulat parkir tak bermaksud awak tak akan kena saman untuk parkir di garisan kuning.”

“Awak tahu undang-undang? Garisan kuning tak boleh parkir. Bayar kepada ulat parkir tak membuatkan ia perkara yang dibenarkan.”

“DBKL apa yang boleh anda katakan mengenai hal ini?”

“Apa yang saya buat, apabila mereka tanya duit saya akan rakam video dan ugut mereka semula. Mereka akan lari, dan saya rakam kereta sebelum tinggalkan kawasan parkir”

“Saya rasa b*d*h selepas parkir di kawasan sepatutnya, bayar RM10 kepada individu ‘menjaga’ kawsan di Jalan Balai Polis. Tak bayar parkir dan didenda kemudiannya, tetapi satu pengajaran”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.