Harimau Malaya akan memulakan kempen ASEAN Hyundai CUP 2026 dengan perlawanan menentang Myanmar pada Sabtu 25 Julai (6 petang waktu Malaysia).
Malaysia menjadi satu-satunya negara AFF yang belum mengumumkan penyiar rasmi bagi kejohanan tersebut menyebabkan peminat bola sepak tempatan tertanya-tanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Peminat bola sepak tempat pasti mengetahui yang esok (25 Julai) bakal bermulanya perjalanan skuad bola sepak kebangsaan bagi Piala Hyundai ASEAN 2026.
Bagi perlawanan pembukaan tirai kumpulan B, Harimau Malaya akan bertemu Myanmar di Thuwunna, Yangon (6 petang waktu Malaysia).
Namun di sebalik keterujaan peminat, Malaysia menjadi satu-satunya negara AFF yang masih belum mengumumkan penyiar rasmi bagi kejohanan berkenaan.
Malah berdasarkan senarai rasmi penyiar pada posting terbaharu “Where to Watch” yang dimuat naik pada petang 24 Julai juga tidak menyenaraikan mana-mana stesen televisyen atau platform penyiaran tempatan berbanding negara di Asia Tenggara yang lain .
Senarai ini dilihat sama dengan senarai terdahulu yang dikeluarkan Asean United FC pada 17 Julai lalu.
Keadaan ini pastinya mencetuskan tanda tanya peminat sukan nombor satu di Malaysia itu.
Malah peminat fanatik Harimau Malaya juga pasti berharap akan ada pengumuman saat akhir bagi membolehkan mereka menyaksikan dan menyokong pasukan kesayangan mereka beraksi di kaca televisyen memandangkan senario perundingan hak siaran sukan pada saat-saat akhir bukanlah perkara baharu lagi.
Apa-apa pun marilah kita terus menyokong skuad kebangsaaan bagi kejohanan Asean Hyundai Cup kali ini.
Jadual Harimau Malaya di Asean Hyundai CUP 2026
Sebagai info Harimau Malaya yang berada di kumpulan B akan bertemu Myanmar pada Sabtu sebelum menerima kunjungan Laos di Stadium Kuala Lumpur pada 28 Julai.
Perlawanan ketiga pula melibatkan Thailand pada Sabtu, 1 Ogos diikuti Filipina pada 8 Ogos.
The name is Ahmed Faez Amir. I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters . Outside of work, I enjoy working with audio, composing music, reading, and camping whenever I get the chance.