Now Reading
Ramai Kecam Tindakan Perodua Alza Memandu Secara Berbahaya & Tukar Lorong Mengejut Di Kuantan [Video]

Ramai Kecam Tindakan Perodua Alza Memandu Secara Berbahaya & Tukar Lorong Mengejut Di Kuantan [Video]

Menerusi video dashcam dikongsikan, kelihatan Perodua Alza tersebut menukar ke lorong kanan secara mengejut sehingga menyebabkan pemilik dashcam terkejut dan membunyikan hon panjang.

Ringkasan
  • Sebuah Perodua Alza dilihat dipandu secara berbahaya ketika dan menukar lorong ke lorong kanan secara mengejut ketika melalui Jalan Pintasan Kuantan, Pahang
  • Netizen turut mengecam tindakan Perodua Alza yang memandu secara berbahaya, bahkan ada yang meminta agar laporan dibuat terus di aplikasi MyJPJ

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tindakan segelintir individu yang tidak berhati-hati dan memandu secara melulu sememangnya sangat berbahaya untuk pengguna lain. Malah mereka ini hanya mementingkan diri sendiri asalkan mereka sampai ke destinasi.

Perodua Alza memandu secara berbahaya di Kuantan Bypass

Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial memaparkan tindakan pemandu Perodua Alza yang memandu secara berbahaya di Jalan Pintasan Kuantan (Kuantan Bypass), Pahang.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh Shahirul Adly di Threads, awalnya kelihatan dia berada di lorong kanan dan di hadapannya ada sebuah Proton Saga, manakala di lorong sebelah kiri pula terdapat sebuah lori.

Tukar ke lorong kanan secara tiba-tiba & menyelit antara kereta Saga pemilik dashcam

Namun secara tiba-tiba muncul sebuah kereta Perodua Alza dari belakang di lorong kiri yang masuk mengejut masuk ke lorong kanan di antara kereta Saga dan pemilik dashcam.

Terkejut dengan tindakan Perodua Alza itu, pemilik dashcam kemudiannya membunyikan hon yang panjang bahkan turut kedengaran suara wanita memanggil suaminya seolah-olah minta berwaspada dengan kenderaan tersebut.

Sebaik memotong lori yang berada di lorong kiri, Perodua Alza itu kemudiannya dilihat sekali lagi tukar ke lorong kiri dengan laju.

Siap masuk ke lorong kecemasan untuk memotong

Tidak berhenti di situ sahaja, pemandu Alza itu turut masuk ke lorong kecemasan untuk memotong sebuah lagi lori berwarna biru yang ada di hadapannya.

Pemanduan kereta Alza tersebut dilihat begitu menakutkan serta membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

View on Threads

Ramai kecam tindakan Perodua Alza

Menjengah ke ruangan balas ramai yang mengecam tindakan Perodua Alza yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

Bahkan ada yang meminta pemilik dashcam untuk membuat aduan terus di aplikasi MyJPJ.

Ada juga netizen mengatakan di jalan tersebut sememangnya ramai pemandu yang suka memandu secara berbahaya.

Namun ada juga beranggapan mungkin kereta Alza terebut mempunyai hal kecemasan sehingga menyebabkan dia memandu secara berbahaya.

“Bayangkan ada motor tepi lori biru tu. Naya”

“Mana tahu ada kecemasan. positif lah sikit otak kau bro.”

“Video jelas, terus ke insiden. Editing mantap, standard dashcam video yang kita mahukan.”

“Apa kata video ni muat naik dan buat aduan ke MyJPJ. Dia akan kena panggil ke JPJ nanti untuk diberi sama RM300. Tak bayar kena senarai hitam tak boleh perbaharui cukai jalan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.