Now Reading
Wanita Kecewa, Pelanggan Konon Pulangkan Parcel Samping Rupanya Baju Lusuh

Wanita Kecewa, Pelanggan Konon Pulangkan Parcel Samping Rupanya Baju Lusuh

Kata Maizura yang bekerja di syarikat Sampinexclusivemy itu, tindakan pelanggan itu yang memulangkan parcel dengan barangan tidak sepatutnya telah menyebabkan syarikat mengalami kerugian.

Ringkasan
  • Maizura, pekerja operasi Sampinexclusivemy, kecewa selepas pelanggan memulangkan baju lusuh kotor sebagai ganti sampin hitam yang dihantar.
  • Syarikat menanggung kerugian besar kerana insiden seumpama ini berlaku beberapa kali, dan tuntutan kepada platform sering gagal mendapat bayaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan dunia teknologi yang ada di masa kini memudahkan kehidupan setiap individu, malah proses membeli-belah juga hanya di hujung jari. Yelah sekarang ini banyak peniaga yang memasarkan produk mereka di dalam talian.

Bukan hanya itu, sekiranya barangan yang dibeli terdapat kesilapan pelanggan juga mempunyai pilihan untuk memulangkan semula produk kepada peniaga.

Wanita kecewa dakwa ada pelanggan pulangkan parcel dengan barangan tak sepatutnya

Namun baru-baru ini terdapat pelanggan yang menyalahgunakan pilihan tersebut dengan memulangkan semula parcel dengan barangan yang tidak sepatutnya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Maizura di Threads memaparkan tindakan pelanggan yang memulangkan samping dihantar dengan baju lusuh.

Hantar samping warna hitam, tapi pemulangan dapat baju lusuh

Dalam foto dikongsikan, Maizura yang bekerja dengan jenama Sampinexclusivemy di dalam bahagian operasi telah menghantar satu samping berwarna hitam kepada pelanggan dipercayai pada 7 Julai yang lalu.

Turut kelihatan produk samping yang dihantar dalam keadaan cantik dan diletakkan di dalam sebuah beg plastik berzip sebelum dibungkus dalam parcel.

Namun apa yang mengecewakan, pelanggan tersebut telah memulangkan parcel berkenaan dengan sehelai baju lengan panjang lusuh dan kotor yang jelas bukan produk jenama pakaian itu.

Terima pulangan semula parcel pada 21 Julai lalu

Menurut Maizura, pemulangan terbabit diterimanya pada 21 Julai.

“Yang kami hantar pada pelanggan, cantik kan? Nak tahu apa yang kami terima untuk pemulangan?

“Yang kami terima adalah baju yang dah dipakai dengan kotoran dan lusuh. Tak ada hati pertu betul manusia sekarang. Pulangan ni baru kami terima 21 Julai,” ujarnya.

View on Threads

Dalam proses untuk buat tuntutan, dah banyak kali pelanggan pulangkan parcel bukan produk sebenar

Maizura turut memaklumkan dia kini dalam proses untuk membuat tuntutan kepada sebuah platform dalam talian ekoran daripada tindakan pelanggan yang tidak memulangkan produk sepatutnya.

Kata Maizura lagi, insiden seperti itu sudah berlaku beberapa kali dan pernah juga mendapat barangan seperti seluar yang penuh dengan bulu kucing serta hancing.

Syarikat terpaksa tanggung kerugian disebabkan sikap tak bertanggungjawab pelanggan

Maizura juga meluahkan rasa kecewanya kerana tindakan pelanggan yang memulang bungkusan dengan barangan yang tidak sepatutnya telah membuatkan syarikat terpaksa menanggung kerugian.

Ketika ditanya adakah terdapat sebarang tindakan yang akan diambil oleh syarikatnya terhadap pelanggan seperti itu, Maizura mengatakan setakat ini belum ada.

“Setakat ni belum ambil apa-apa tindakan. Biasanya terus hubungi platform berkenaan (untuk buat tuntutan).

“Tapi kadang-kadang tak dapat apa-apa (tak dapat bayaran), boleh rugi. Tapi pelanggan tu dapat produk dan dapat pulangkan semula parcel (dengan barangan bukan produk asal),” katanya kepada BuzzKini.

Kos yang dikeluarkan banyak untuk satu item produk

Jelasnya lagi kos yang dikeluarkan untuk setiap satu item juga banyak selain syarikat terpaksa menanggung kerugian.

“Kesannya syarikat kami (Sampinexclusivemy) menanggung kerugian sebab banyak kos yang telah dikeluarkan untuk menghasilkan setiap satu item.”

Ramai kecam tindakan pelanggan tak jujur

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pelanggan yang memulangkan semula parcel dengan baju lusuh.

Tidak kurang ada yang turut berkongsi pengalaman pernah berdepan dengan situasi sama.

“Dedahkan je nama dan alamat”

“Orang macam ni lah yang akan menyusahkan orang yang betul-betul jujur nak pulangkan barang nanti. Saya pun selalu return barang salah sizing atau defect. Tapi tak gamak nak gantikan yang lain.”

“Mencuri versi online”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.