Now Reading
Hasrat Pemuda Nak Bawa Ibu Bapa Tunaikan Haji Tak Kesampaian Selepas Maut Kemalangan

Hasrat Pemuda Nak Bawa Ibu Bapa Tunaikan Haji Tak Kesampaian Selepas Maut Kemalangan

Kongsi bapa kepada Allahyarham, Baharudin Othman, anaknya itu baru sahaja lulus sijil kejuruteraan untuk peningkatan kerjayanya namun tidak sempat mengambil sijil tersebut kerana maut dalam insiden terbabit.

Ringkasan
  • Muhamad Jafni Baharudin was killed after being rear-ended by a foreign driver at Puncak Alam on 21 Julai, while returning home from work.
  • Muhamad Jafni had expressed his wish to bring his parents for Haji and even bought them a new Proton Saga to ease their daily travel.
  • His father, Baharudin Othman, is seeking justice and will take legal action against the driver under Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam (22 Julai), tular di media sosial rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kemalangan melibatkan seorang rider di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam, Sungai Buloh.

Menerusi rakaman tular, penunggang motosikal, Muhamad Jafni Baharudin dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis Nissan Almera yang dipandu warga asing pada 21 Julai lalu kira-kira jam 8.10 malam.

Akibat daripada pelanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bapa Dedah Allahyarham Muhamad Jafni Baru Lulus Sijil Kejuruteraan

Kongsi bapa kepada Allahyarham, Baharudin Othman, anaknya itu baru sahaja lulus sijil kejuruteraan untuk peningkatan kerjayanya namun tidak sempat mengambil sijil tersebut kerana maut dalam insiden terbabit.

“Semalam anak berjaya lulus sijil kejuruteraan untuk ‘upgrade’ lesen kerjanya tapi tak sempat untuk mengambilnya kerana terbabit kemalangan,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Jelas Baharudin, Muhamad Jafni yang merupakan anak ketiga dari empat beradik sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah.

“Saya dapat tahu anak terbabit kemalangan selepas pulang dari masjid sebelum hantar cucu kelas mengaji.

“Anak kedua meminta saya dan isteri ke lokasi kejadian, dia kebetulan berada di sana mengajar adiknya mengucap dua kalimah syahadah.

“Sebaik tiba, saya terus melihat anak, pada masa sama mencari pemandu yang menyebabkan kemalangan.

“Mujur keluarga dan orang ramai menenangkan saya yang ketika itu sudah hilang pertimbangan,” kongsinya.

Anak Pernah Luah Hasrat Nak Bawa Ibu Bapa Pergi Haji, Sempat Belikan Kereta Proton Saga Baru Untuk Mudahkan Pergerakan

Cerita Baharudin, dia hanya mengetahui anaknya itu bekerja dalam industri solar selepas lulus sijil kejuruteraan pada malam kejadian.

“Anak tidak sempat berkongsi kejayaan itu dengan kami dan hanya berita duka yang diterima.

“Dua bulan sebelum meninggal dunia, anak ada menyatakan hasrat untuk membawa saya dan isteri menunaikan haji.

“Dia juga ada mendapat tawaran bekerja di beberapa negara namun menolak kerana mahu menjaga kami.

“Malah, tahun lepas anak belikan kereta Proton Saga baharu kerana mahu memudahkan pergerakan saya,” jelasnya.

Tambahnya lagi, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan malah turut menyifatkan anaknya itu sebagai pendiam namun bertanggungjawab kepada keluarga.

Bapa Mahukan Keadilan Buat Anak, Nafi Anak Berlumba Tetapi Baru Pulang Kerja

Jelas Baharudin, dia mahukan keadilan untuk Muhamad Jafni dan akan mengambil tindakan terhadap pemandu kereta berkenaan mengikut undang-undang.

Pada masa sama, Baharudin menafikan dakwaan bahawa anaknya berlumba sedangkan arwah sebenarnya pulang dari tempat kerja.

Jenazah Muhamad Jafni selamat dikebumikan pada jam 2.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Bestari Jaya selepas proses mandi dan kafan jenazah dilakukan di Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam.

Kes Disiasat Dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor menjelaskan Allahyarham Muhamad Jafni yang menunggang Yamaha Y15ZR dirempuh sebuah kereta Nissan Almera dari arah belakang.

Impak pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai bertugas.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sebelum ini, turut tular komen seorang pengguna Threads yang dipercayai kakak kepada Allahyarham Muhamad Jafni yang mencari pemilik dashcam rakaman tersebut.

Malah, video dan gambar di lokasi kejadian juga sohor dan menjadi perhatian di media sosial.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Alhamdulillah Selesai” – Anak Tunai Hasrat Suhaimi Saad Untuk Mandi & Solatkan Jenazahnya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Hasrat Teman Anak Lapor Diri Di PPD Kuantan Tak Kesampaian, Wanita Meninggal Dunia Di Hotel

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.